Latest!

Lifes: Mak Saya Memang Awesome

Assalamualaikum..

Kelmarin masa dating dengan mak, ada la satu perbualan yang ringkas (tak termasuk gosip selama 2 jam)..

Aku: Mak tau tak kalau setiap hari Rabu, blogger akan buat entri Wordless Wednesday.

Mak: Tau, jadi? (hebat kan mak aku, dia tau je pasal blog)

Aku: Jadi, orang rasa nak cari kelainan sikit la. Ingat nak buat tajuk entri yang lebih kurang macam tu tapi pada hari yang berbeza. Masalahnya takde idea pulak.

Mak: ....

Aku: Contohnya la, hari Khamis kita buat Talkless Thursday. Jumaat apa pulak?

Mak: Bla bla bla bla bla bla bla..

Aku: Ha'ah la.. mak memang osem tau. Terima kasih!

Kalau mak baca blog aku ni mesti beliau bangga tahap gaban. Maka aku kena buat keputusan untuk sorokkan entri ni dari beliau buat sementara waktu, haha..

Hatta maka, aku senaraikan kat sini antara cadangan aku dengan mak mengikut nama baru dan tujuan pada hari tersebut:

Monster Monday
Entri yang mungkin gila-gila sebab nak bagi 'mood' pada pekerja dan pelajar untuk hari pertama yang agak tertekan.

Talkative Tuesday
Nak taip entri panjang-panjang pun lantak pi la.. :D

Wordless Wednesday
Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu aku jelaskan, hehe..

Treasure Thursday
Tipu la kalau takde pengalaman berharga/bermakna dalam hidup kita kan. Mungkin kita boleh kongsikan sama-sama..

Fadhali Friday
Ni aku cuba jugak cari nama-nama yang best kat Google. Dan aku tertarik dengan nama Fadhali. Fadhali bermaksud kelebihan ataupun keutamaan dalam bahasa Arab. Nak publish entri yang berilmiah + Islamik sikit. Kira dalam blog macam tak lengkap pulak kan kalau tak berdakwah.. :)

Searching Saturday
Maksudnya bukan mencari sabtu ye. Entri yang lebih kepada info kot (ada pulak 'kot'). Tapi seboleh-bolehnya taknak formal/rasmi sangat. Contoh dalam info tu kena ada humor sikit-sikit ke dan tak terlalu panjang. Hujung minggu macam bosan pulak kalau nak letak entri skema kan..

Songlist Sunday
Aku tak rasa entri ni aku akan taip panjang-panjang. Tapi berkemungkinan akan letak senarai lagu yang aku suka dengar dalam minggu tu dan aku akan jelaskan serba sedikit kenapa aku suka layan lagu tersebut.

Haa over tak aku ni? Sila komen dan tegur kalau rasa idea aku ni langsung tak bernas, tak janji lagi bila boleh rasmikan nama-nama ni. Mungkin bila otak dah blur baru boleh gunakan agaknya. Kalau ada sesiapa yang TERtarik dengan nama-nama tu dipersilakan untuk merasmikannya dulu (haha ayat budak bajet hot)..

P/s: Malas nak publish komen buat sementara waktu.. sebab lepas publish je entri ni, aku nak sambung rehat balik.. tuan puteri nak beradu 5 hari 5 malam, hehe..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Perempuan Boleh Hidup Ke Tanpa Alat Solek?

Assalamualaikum..

TERpanjang pulak entri kali ni.. mungkin lepas gian sebab TERpaksa batalkan temujanji dengan doktor petang tadi.. bulan ni je dah dua kali aku TERpaksa cancel appoinment, huhu.. okey nak tukar topik, kalau rasa sanggup nak baca entri yang panjang ni silakan..

Kisah aku dengan barangan mekap:


Masa umur 5 tahun dulu, aku teringin sangat nak pakai gincu AVON mak. Bila mintak kat mak yang aku nak pakai gincu beliau, mak pun bagi dan tolong pakaikan. Tapi sekali je la, kalau mintak lagi memang dapat penyepak la kan. Mak pun bukan suka pakai lipstick, cuma ada barangan asas je. Jadi aku dididik untuk tidak terlalu meminati dengan benda-benda macam ni..

Bila umur dah nak masuk anak dara (13 tahun), mak saudara bagi aku lip gloss warna merah jambu. Seronok bukan main aku masa tu. Beberapa jam lepas dapat lip gloss, aku kena demam campak teruk. Bila dah ok baru aku curi-curi pakai waktu malam sambil tengok muka depan cermin. Aku yakin hantu pun tak berani nak kacau aku yang nampak macam keturunan hantu jugak waktu tu akibat lip gloss tebal..

Mulut hiasan semata-mata. Geli pulak aku tengok dekat-dekat ni.. (ಊ╰)

Disebabkan takde alat solek yang lain, aku gunakan marker warna hitam untuk ganti celak dan guna lip gloss tu untuk gantikan blusher. Semua ni aku akan buat waktu malam bila semua orang dah tidur. Aku bukan seorang yang berkeyakinan tinggi. Benda yang baik pun kadang-kadang aku malu nak tunjukkan pada orang lain. Hanya adik lelaki aku sorang je yang tau aktiviti tak bertauliah akak dia, hehe..

Bila dah masuk 17 tahun, saja mintak tolong akak aku mekapkan masa pagi raya. Tapi disebabkan aku tak selesa a.k.a janggal, aku edit sikit-sikit sebelum pergi rumah sedara. Balik je rumah, aku terus tanggalkan mekap tu, dah tak tahan.. tiba-tiba aku tengok muka aku lama-lama sebab cantik sangat. Bila fikir-fikir balik, tak pakai mekap pun takpe, Allah kurniakan kesempurnaan kat wajah aku. Muka aku takde kekurangan pun.

Cer bayangkan kalau muka aku macam ni, muehehe..

 Mata warna biru (sebab sakit)
 Hidung tak mancung tapi sesuai dengan muka debab macam aku ni
 Warna bibir aku tak gelap sebab suka gigit sampai luka, hehe..
 Bulu mata aku lebat, siap gugur masuk dalam mata je kerjanya
 Kening aku tersusun walaupun lebat dan selalu gugur jugak
 Pipi aku senang blushing kalau orang sakat
 Tambah lagi satu aku ada lesung pipit
 Dan satu lagi susah tumbuh jerawat

Jadi apa lagi yang aku tak puas hati? (•̪●)?

Kali terakhir aku gunakan alat solek dengan berhemahnya pada 27 Januari lepas bersamaan hari bahagia akak aku. Tak tebal tapi masih tak selesa. Aku kena pakai atas desakan kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran yang kata tak pernah tengok aku pakai mekap. Haih..

Bila pakai tu, aku rasa keyakinan diri makin kurang, celak ok ke, bulu mata ni lentik sangat ke, bibir aku warna apa sekarang. Memang tak selesa la senang cakap, aku ada guilty pleasure terhadap solekan. Bila pakai mesti rasa macam menyesal dan bersalah.

Tapi respon yang aku terima sebaliknya, jiran-jiran semua terkejut dengan penampilan aku. Tak henti-henti puji aku. Walhal bila tengok dalam album gambar macam makin buruk je, serius tak tipu yang aku nampak buruk. Sepupu lelaki boleh berhenti kejap dan berdiri depan aku lebih dari 5 minit sambil cakap "Wow lawanya." ang gila ka?

Masa hari kejadian, mungkin muka aku macam kat sebelah kanan, bukan sebelah kiri..

Tak lama lepas tu kawan baik aku pun datang, selalunya aku cuma cium tangan dia je. Ni dia tiba-tiba laga pipi dengan aku. Bapak saudara yang aku tak rapat pun masa tengok aku terus cakap elok-elok dan cium pipi aku. Erks?! Lepas dia cium tu aku terus fobia dan takut..

Kali ni aku bertekad, aku takkan pakai alat solek KECUALI atas sebab-sebab tertentu yang SANGAT MUSTAHAK sahaja.

Kesimpulannya, perempuan memang dikaitkan dengan kecantikan, itu lumrah dan fitrah. Cuma kalau boleh biarlah berpada-pada. Aku yakin, lelaki tak suka perempuan mekap tebal dan mereka lebih suka awek yang natural beauty. Perempuan kalau tak mekap takpe asalkan penampilan dia kemas. Itu pandangan orang lelaki sebenarnya terhadap kita. Betul tak mamat macho sekalian? Jangan ada yang terasa pulak ye.. kadang-kadang kita tak sedar yang selama ni untuk siapa kita berhias. Teguran untuk diri sendiri jugak ni..

Perempuan boleh hidup ke tanpa alat solek? Nak tanya pendapat kaum hawa pulak.. (≧◡≦)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Assalamualaikum..


Aku antara blogger yang paling lambat menyertai GA ini (dengan nada bangga) hehe..
Terima kasih +Mieza Jhaa K  dan  +Hatimi Tahirruddin  diatas jemputan. Selalu jugak aku datang blog Mak Dara tapi kadang-kadang tu rasa malu-malu meow pulak nak komen bertubi-tubi. Mak Dara, here I come! :)

Antara 30 orang penaja awesome GA ini:

Aku nak tag:

Jangan lepaskan peluang untuk menjoinkan diri korang di GA yang meriah ini. Buat masa ni (28 Mac) dah ada 279 peserta yang turut serta. Tarikh tutup 31 Mac 2013. Mana tau mungkin rezeki korang ada pada GA ni? ayat harus promote


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Tutorial: Buang Gambar Blog Dalam Galeri Telefon Pintar Android

Assalamualaikum..

Sepatutnya aku nak update entri ni esok tapi lupa pulak ada temujanji dengan Dr. Dragon. Err nama sebenar Dr. Naga. Suka suki suku sakat je aku translate nama beliau.

Bukan kisah doktor ni yang aku nak cerita, tapi aku nak kongsi serba-sedikit turtle ria (also knowing as tutorial) macam mana nak buang gambar blog yang TERmasuk secara automatik pada telefon pintar Android. Idea ni datang masa berjalan-jalan di blog +Aini Yunus . Kak Aini minta bantuan untuk menyahkan gambar-gambar blog beliau di telefon bimbit osem tersebut.

Ada 4 cara je sebenarnya dan ianya tersangatlah senang..

1. Pergi ke Settings → Applications → Manage Applications.
*mohon abaikan gambar kat belakang tu..


2. Pergi ke All → Gallery.


3. Klik Clear data tanpa rasa was-was, hehe..


4. Jangan menyesal untuk tekan OK.


Aku pernah kena macam ni sebab tu boleh tau.. gambar kat blog dah la ada beratus-ratus, masuk dalam telefon mau tak berat. Buat bazir memori je, nak posing maut lebih-lebih pun susah, Lol..

Sebenarnya gambar tu automatik masuk ke dalam telefon bila kita sign in blog kat browser. Gambar-gambar dari Picasa secara automatiknya akan melekat sampai bila-bila dalam galeri selagi tak buat clear data. Korang cuma kena buat benda ni sekali sahaja. Lepas ni sign in banyak kali pun gambar tu takkan masuk dalam telefon lagi.

Alang-alang tu jom kita terjah blog ibu yang hebat ni :)


P/s: Ambik header tanpa mintak izin dari tuan tanah. Jahat tak aku?


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Wordless Wednesday 7

Assalamualaikum..

Antara bahasa isyarat asas yang perlu kita ketahui:






Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Aku Ada KANSER?

Assalamualaikum..

Genap seminggu aku menSENYAPkan diri dari mengupdate sebarang entri. Serius rindu weh tapi nak buat macam mana, aku boleh tengok je. Bukak blog dan google+ tiap-tiap hari tapi tak boleh buat apa-apa.
Waktu macam ni la idea datang mencurah-curah tapi aku simpan dalam-dalam nafsu serakah tersebut, hehe..

Dalam tempoh penyembuhan ni tak dinafikan aku tak boleh duduk diam. Yang terbaru, aku dalam proses buat aplikasi radio abang angkat aku untuk telefon android. Gila betul idea aku ni, dah lah takde pengalaman, lepas tu suka suki suku sakat je buatkan aplikasi tu.. apapun kesian kat abang angkat aku sebab ramai yang dah tanya kenapa tak buat lagi radio untuk 'telefon bijak' diorang.. tu yang terdetik nak tolong..

Otak aku dah rancang nak buat cerpen baru tapi terpaksa simpan dulu. Tangan aku cepat letih sekarang. Ni pasal nafsu serakah nak menaip terlalu tinggi la aku cuba jugak menaip sampai lebam, hehe.. pasal main keyboard tu pulak, aku baru upload satu instrumental yang teramat la buruk kat soundcloud. Serius teruk sangat, aku baru tau kualiti audio tak berapa baik, maklum la bukan telefon mahal. Jadi terpaksa batalkan jugak niat untuk upload kat Youtube buat sementara waktu..

Err, sebenarnya aku ada benda nak bagitau tapi malu la pulak.. aku tak tau berbaloi ke tak kongsikan cerita ni kat korang. Sambil menaip aku tekup muka dengan baldi tau, betapa malunya diri ini.. haha..

Badan aku rasa 'pelik' sangat akhir akhir ni.. nak dijadikan cerita ada sekali tu aku sengaja golek golekkan badan kat ruang tamu.. takde kerja, hehe.. tiba tiba rasa sakit sangat kat satu kawasan.. aku buat bodoh lagi.. lama lama sakit makin kuat.. dan tak lama lepas tu aku nampak sesuatu pada kawasan tersebut. Secara spontan aku cakap 'Ya Allah, kenapa ni?'

Aku cuba cari kat Google, dan tanda-tanda yang Pakcik Google bagitau ialah 'benda yang aku alami' ni merupakan gejala awal penyakit kanser. Aku istighfar kejap, bukan taknak terima hakikat, tapi takut yang aku akan menyusahkan ahli keluarga lagi. Aku tak kisah penyakit apapun yang aku terima sebab dah memang aku ni 'pesakit'. Nak bagitau abah tak sampai hati pulak, kesian tengok muka abah nampak pucat sangat lepas balik dari Ulu Kinta. Khamis ni aku ada appoinment hospital, mungkin dalam masa yang sama boleh pergi buat appoinment lain..

Dah dah dah, hentikan entri luahan hati! Sila tengok iklan tak berbayar di bawah. :D

Ni hadiah mak bagi aku semalam. Katanya selipar ni comel sangat sebab tu belikan untuk aku.
Tapi otak aku fikir lain, aku anggap mak bagi semangat untuk aku belajar jalan.. :)

Air kotak 125ml sesuai dengan aku yang kemetot ni. Apa yang buat aku gelak golek-golek ialah pada air kotak Dutch Lady tu, mak belikan 1-6 tahun untuk aku okey! :D

Nota: Terima kasih atas komen-komen osem anda pada entri sebelum ini. Saya akan menjelajah dan menyelongkar dan menepek dan bertapa di blog anda dalam masa terdekat. :)

Nota 2: Selamat Hari Polis yang ke-206. Abah dapat anugerah cemerlang, Alhamdulillah.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Senyap....

Assalamualaikum..

Maaf kalau entri kali ni boleh menimbulkan tanda-tanya pembaca-pembaca blog (kalau ada yang membaca).. aku bukan nak buat entri panas, tapi aku kena bagitau sesuatu yang aku mungkin akan mengambil masa beberapa ketika untuk 'senyap'. Kat sini je aku tulis apa yang aku alami sekarang, tak ada seorang pun aku kongsikan kisah ni.

Secara jujurnya, aku rasa kesihatan aku makin merosot sekarang. Selama ni memang aku buat-buat kuat, huhahuha sana-sini. Gelak golek-golek beramai-ramai, tapi ada satu masa bila jatuh sakit, aku masih nak berlakon yang aku sihat. Aku dapat rasakan kaki makin tak boleh angkat, petanda tulang akan bengkok lagi dan mungkin akan jalani pembedahan lagi.

Tangan dan kaki sentiasa membengkak, berdenyut sampai ke tulang. Tapi aku malu nak kongsikan lebih-lebih, sebab aku yakin kat luar sana lagi ramai yang berpenyakit lebih teruk dari aku. Aku nak tahan selagi boleh tahan, nak gelak selagi boleh gelak, dan nak buat lawak selagi boleh melawak dengan korang semua. Jadi jangan pelik kalau aku selalu jadi macam 'biskut'.

Kalau ada yang perasan, aku ada join beberapa GA dan Segmen sekaligus, itu semua hasil tag dari rakan-rakan blogger. Walaupun aku bukanlah kaki GA/Segmen, aku hargai dengan ingatan korang semua untuk mengajak aku menyertainya sekali. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.. aku tak larat masa buat entri-entri tu tadi, lagi-lagi waktu petang ada hujan kilat, aku update dalam keadaan ketakutan. Mana yang masih tak tahu kisah sebenar aku boleh klik SINI.

Sepanjang aku 'rehat' dan aktifkan balik blog ni sejak awal Februari lepas, aku jumpa beberapa kawan yang sangat baik dan sporting. Korang semua berjaya buat aku gelak terbahak-bahak balik. Korang semua berjaya jadi 'ubat' untuk penyakit aku. Mana yang rapat akan tahu yang aku tak boleh bergantung pada mana-mana ubat lagi. Jadi jutaan terima kasih diucapkan pada anda semua.. dalam bahasa omputihnya ai lebiu, hehe..

Dah buat entri sedih lagi la pulak budak ni, pang kang.. haha.. maaf semua, sila abaikan ini entri kalau ini budak sangat mengada-ngada dalam itu tulisan.. Sekarang aku taip dalam keadaan tangan menggeletar.. insyaAllah, akan datang nanti aku terjah belog korang macam biasa balik. Jangan arr nangis, aku rehat kejap je.. Lol~

Kalau ada butang macam ni, dah lama aku tekan 10 kali, heheh..

Ni perangai korang kan? Sila mengaku.. lalala~

Lagu yang aku nak cuba main masa dah ok nanti..

P/s: Selamat merindui komen bertubi-tubi dari iha zaliza ye.. :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen: Featured Me on Bubbly?

Assalamualaikum..


Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 

Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better... 


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

My First Giveaway by AR

Assalamualaikum..

Terima kasih Bella sudi tag blogger tak fofular ini.


Klik pada banner

Saya mahu tag:


Selamat menyegmenkan diri anda.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

SEGMEN: SIAPA BLOGGER BERTUAH BY ANAK EN.YUSNI

Assalamualaikum..


Syarat-syarat peryertaan

 Buat entri yang bertajuk "Segmen : Siapa blogger bertuah by Anak En.Yusni"
 Follow blog Anak En.Yusni 
 Tampal banner yang telah disediakan oleh saya di entri tersebut (buat simple2 pOn xper) dan link kan ke salah Anak En. Yusni

 Tag kepada 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu . Siap!!!. 

Tarikh tutup penyertaan
 Penyertaan ini akan berlangsung selama 1 bulan..
 Tarikh tutup penyertaan pada 31.03.2013 jam 11.59 malam
 Pemenang bertuah akan diumumkan pada 02.04.2013

Blogger bertuah pilihan
✔ +Mieza Jhaa K 
✔ +siti zawiah 
✔ +sha dhira 

Selamat menyegmenkan diri anda.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT

Assalamualaikum..

Daku Amat Menyintai Mu

Terima kasih akak tomey +Mar Haini Abdul Rahim  sudi tag kita yang comel mohon loya tekak.

Syarat-Syarat Penyertaan :

 - WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT dan LIKE fanpage Facebook.  

 - Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT .

 - Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang.

 - Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang. 

 - Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN.
 - Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).
 - Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.

 - Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.


Hadiah-hadiah awesome:

Daku Amat Menyintai Mu


Calon-calon pemenang harapan sarung bantal kusyen dan sarung kotak tisu:

εїз ~ +Nao Mei 
εїз ~ +Hanny Abdullah 
εїз ~ +tenku butang 
εїз ~ +Cik Fie 
εїз ~ +Mimie Najib 

Tarikh tutup 2 APRIL 2013 / 12:00am

Selamat bersegmen buat semua yang menyertainya.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: I Will Miss My Hero

Assalamualaikum..

Sebelum korang baca lebih lanjut, aku nak bagitau yang mungkin entri kali ni sedikit peribadi.

Pagi ni aku terkejar-kejar dok depan tv. Bukan sebab nak tengok tv, tapi sebab aku tunggu abah bersiap nak pergi ke Ulu Kinta. Mana yang kenal aku, mesti tau apa pekerjaan abah. Dengan hati yang sedikit berat, aku buat-buat tengok tv sambil pandang abah bersiap pakai uniform.

Dalam hati mula la TERlepas marah, hanya kerana duit, pegawai atasan sanggup 'pisahkan' aku dengan abah.. hanya kerana duit. Selama seminggu dua pulak tu. Bila jadi orang bawahan ni kita memang kena redha, tu dah tugas kita. Tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa yang lagi lemah longlai dan lembik, aku sedih dengan layanan orang atasan, suka bagi kerja diluar karier sebenar. Lepas tu kerah tenaga orang yang dah berusia.

Dipendekkan cerita, sepatutnya petang tadi dah bertolak, tapi disebabkan pegawai agak tergopoh-gapah dalam jadual ni menyebabkan perjalanan terpaksa ditangguh kepada esok pagi.

Apa yang pasti, sebagai seorang anak, aku berbangga dengan pekerjaan abah aku. Bila tiap kali tukar sekolah, dengan bangganya aku bagitau apa pekerjaan abah pada kawan-kawan dan cikgu. Abah melaksanakan tugasnya dengan baik, sepatutnya hampir setiap tahun dia diberi anugerah pekerja cemerlang tapi abah tolak. Dia taknak nanti ada yang iri hati dengan dia. Jadi dia sanggup tak senaraikan namanya sendiri.

Walaupun gambar abah pernah terpampang di Youtube atas dasar tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang ingin aibkan pekerjaan abah, walaupun ada yang menyebarkan gambar abah sambil memaki hamun, abah tetap senyum.. orang yang tak merasa takkan memahami masalah yang kami hadapi. Satu negara suka mencemuh pekerjaan orang yang kami sayangi. Sedangkan pekerjaannya hanya untuk menjaga keamanaan dan kesejahteraan anda semata-mata. Sedangkan kami yang berasal dari darah dagingnya sendiri begitu susah untuk merasai keamanan dan kesejahteraan tersebut.. bila orang yang kami sayangi pergi, belum tentu kita dapat menyambutnya dengan seadanya. Mungkin kami akan menyambut orang yang kami sayangi dengan sekujur tubuh yang kaku.

Allah, menitik pulak airmata aku masa menaip ni. Maafkan orang, abah.. orang TERcerita pengorbanan abah pada semua.. biar semua orang kat luar sana tahu selama ni pekerjaan abah bukan la goyang kaki semata-mata.



Maaf kalau TERbuat entri yang sedih. Jom cuba gambar kat atas ni. Aku jumpa dekat Facebook malam tadi. Hasil guna nama aku yang sebenar, aku dapat Tokatuki Rikari.. haih awat pelik sangat nama lagu tu.. -_-

Apa pulak nama korang?


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Nak Minta Pendapat

Assalamualaikum..


Okey sedikit stres hari ni sebab apa yang aku rancang tak berapa menjadi. Lepas zohor tadi memang dah plan nak buat blogwalking sambil tembak komen berdas-das sampai rasa puas hati. Lepas tu nak upload gambar aku yang tak senonoh masa masuk Utusan Malaysia dulu. Tapi album gambar boleh hilang pulak. Harap takde sesiapa yang ambik la, sebab dalam album tu ada RM20.. err..

Bila aku nak bukak netbook tadi, tiba-tiba aku jatuh dari duduk. Padan muka, nyetnyetnyet.. :D Mungkin sebab tak cukup rehat dan rasa letih sangat sampai tak dapat tampung badan sendiri, aku TERzzz.. bangun sebelum asar, ingat nak bukak blog sekali hujan lebat. Bila hujan dah reda, masuk waktu maghrib pulak. Dah lepas maghrib, bukak netbook, takde internet pulak dah.. ( Y_Y ) Lepas restart 2 kali baru internet ada balik. Bermulalah kisah blog aku hari ini selepas waktu isyak..

Tadi aku buat senaman jari untuk main keyboard, lama tak usik sampai berhabuk dah kotak alat muzik tu. Last sekali main masa hujung tahun lepas, jadi banyak jugak la lagu yang aku dah lupa not. Salah satunya lagu Unintended dah tukar jadi Twinkle Twinkle Little Star. Hehe.. tapi rasa seronok sangat sebab koleksi lagu ciptaan sendiri dah makin bertambah. Nescaya lagu yang aku buat boleh jadikan negara Malaysia ni sejuk je hujan lebat + banjir.. ayam pun senyap je masa aku main tadi, beliau tengah menghayati muzik la tu agaknya, haha..

Akak aku punya, tapi aku suka buat macam harta sendiri.. :3

Nanti dah jumpa album gambar tu insya Allah aku upload. Err tapi nak tanya sikit ni, kalau aku upload instrumental lagu-lagu yang aku main kat video, okey ke atau sebaliknya? Aku tak kata muzik yang aku main tu sedap, aku bukan pandai mana pun. Jadi pendapat anda? Komen dari pengomen amatlah diperlukan untuk mengomen di tempat komen. Siapa yang komen nanti aku belanja aiskrim Lucky. :P


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Wordless Wednesday 6

Assalamualaikum..


Antara soalan-soalan yang sering orang tanya sejak aku baru masuk sekolah menengah sampailah ke hari ni.. kenapa diorang suka tanya dekat aku, aku tak tau.. aku rimas dengan ayat seperti tulisan berwarna hitam dalam gambar tu.. jadi terhasillah jawapan yang manis lagi sinis ini.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Tolong Senyap, Ayam Hutan

Assalamualaikum..

Haha.. aku memang takde idea nak letak nama tajuk yang lebih sedap. Tapi masa entri ni ditaip, aku tengah gelak memanjang. Sebab?

Aku ada satu masalah yang mana masalah ni berjaya mengusutkan fikiran aku selama beberapa minggu lalu. Korang bayangkan, dah la aku tinggal kat sebuah bangunan ala-ala kondominium (berangan), lepas tu TERdengar bunyi ayam berkokok dari SEBELUM SUBUH HINGGA SEBELUM MAGHRIB, apa perasaan korang?

Bukan ini ayam hutan yang dimaksudkan, beliau tak bersalah.

Aku suka dengar ayam berkokok, sebab aku jarang balik kampung. Kalau dengar kat kampung pun sejam dua je. Lepas tu dah senyap. Ye la ayam pun tau penat jugak, beliau bukan macam kita boleh minum Revive ataupun 100plus untuk dapatkan tenaga semula.. :P

Tapi berbeza dengan ayam ni, beliau berjaya menyedarkan aku sebelum subuh walaupun tingkap bilik aku ditutup dengan ketat. Kiranya aku patut berterima kasih pada ayam hutan tersebut. Tapi kalau waktu tengah hari masa matahari tegak atas kepala, sampai orang balik pejabat pun beliau masih tak berhenti berkokok apa kes?

Kata mak, bab berkokok waktu pagi bukan tugas ayam hutan. Jadi beliau memang berkokok ikut nafsu serakah je. Kalau aku tak tengok jam, mungkin aku akan sentiasa ingat Selangor masih pagi, huhu..

Cer bayangkan rupa ayam hutan tu macam ni.. :D

Sebenarnya sejak awal bulan Februari hari tu pegawai atasan dah beri arahan JANGAN bela/ternak apa-apa haiwan peliharaan kat rumah. Bukan, kat luar rumah sekalipun jangan bela. Tu undang-undang yang baru berkuatkuasa pada awal bulan lepas.

Dulu-dulu keluarga aku ada jugak bela burung puyuh kat rumah lagi satu tapi sekarang takde dah disebabkan pencemaran udara yang kurang menyenangkan, haha.. sekarang tak bela apa-apa pet, mak kata aku la pet dalam keluarga sekarang, ceh....

Jadi semua penghuni blok yang ada bela binatang peliharaan especially macam kucing memang tak dibenarkan untuk membelanya lagi. Kalau degil jugak, dengan tuan punya pet kena halau dari rumah. 

Aku tak tau kenapa beliau (pegawai atasan) TERlalu tegas pasal peraturan ni. Mungkin dapat aduan kot.. sebab rumah aku rumah abah okeh berjiran dengan pembela kucing, err sedap jugak sebut pembela ni. Kalau bukak je pintu rumah, bau najis kucing beliau terus berleluasa.. dah kena tegur pun diorang buat tak tau.. kalau tak buat penghadang kat gril, kucing akan masuk dan terus melepaskan apa yang ia mahu di alas kaki rumah aku rumah abah.

Akhirnya, jiran tersebut memberitahu bahawa mereka TERpaksa menyerahkan kucing-kucing pada kawan mereka yang tinggal di luar kem.

TETAPI, aku yakin yang diorang sorokkan kucing-kucing tersebut di dalam rumah. Kerana bau najis kucing itu amat mudah untuk dikesan.. :D


Berbalik pada kisah ayam hutan tadi, puas aku fikir macam mana nak buat ayam hutan berhenti berkokok. Memandangkan bilik aku berjiran dengan tangga blok dan pembela ayam tersebut tinggal di tingkat atas, jadi sangat senang bunyi ayam tu menceroboh masuk dalam bilik.

Berbekalkan sedikit kesabaran dan keredhaan yang ada, aku cuba buat-buat tenang sambil karok lagu rock kapak yang bernada tinggi. Dekat setengah jam aktiviti menyihatkan suara (kononnya) dijalankan, baru aku sedar yang ayam hutan tersebut langsung tak berkokok. Haha.. sengal kan beliau ni. Lepas 5 minit aku diam, baru ayam tu sambung 'menyanyi' balik. Ingat kita ni tengah berduet ke? Untung la ayam ni, takde pegawai dapat tangkap lagi suara merdu beliau..


Tiba-tiba mengidam nak makan ayam hutan, ada sesiapa boleh ajar aku tak macam mana nak tangkap ayam hutan? Ayam dah ada, tangkap tak reti (sambil senyum dengan penuh sarkastik)..

P/s: Ketika entri ni ditaip, ayam masih berkokok. Grrr..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Peralatan Hospital yang Disukai

Assalamualaikum..

Mengalir airmata aku masa buat entri ni. Bukan sebab menangis, tapi sebab asyik menguap. Tiba-tiba rasa mengantuk sangat pulak. Mungkin sebab penat research dan ulangkaji nama-nama ubat kot, nak pulak tengok bahan-bahan yang tak pernah dengar dan baca seumur hidup. Memang cepat mengantuk, haha..

Tapi hati kecil lagi mulus dan tulus ini memaksa aku untuk buat sambungan kepada entri sebelumnya: Peralatan Hospital yang Ditakuti. Sebelum ni mengikut majoriti commentators ramai yang kata ngeri.. kali ni aku tunjuk perkakas/objek/alat/barang hospital yang best pulak. Err, bagi aku la..

Propofol


Serius aku tak tahu nama ubat bius ni. Aku cuba cari segala jenis ubat bius yang ada di internet, hati aku yakin Propofol ni la yang aku cari. Sebab? Cecair ubat tu warna putih susu. Aku suka sangat kat menatang ni sebab dia tak menyakitkan, sangat-sangat suka berbanding hidu bau ubat bius yang sungguh yuckss itu. Bila masuk je ubat ni ke dalam tangan aku, apa lagi.. lalok la.. rasa pening-pening pastu terus pengsan.. memang berpusing je rasa dunia waktu tu tapi aku terus pejam mata ketat-ketat (berlakon pengsan siap-siap, heheh). Tapi sementara waktu nak tunggu 'koma' tu, sentiasa basahkan mulut dengan selawat. Sebelum operate, DIWAJIBKAN untuk mengucap dua kalimah syahadah dulu.. sebagai persediaan.. :)

Butterfly syringe




Ni antara jenis jarum yang paling aku suka. Pertama, sebab bentuk dia comel. Tu nampak bentuk macam rama-rama kat bahagian atas jarum. Kedua, sebab dia ringan. Bagi aku jarum ni sangatlah tak membebankan ketika mengambil darah. Berbeza dengan jarum yang lain, masa nak ambik darah beban/berat jarum tu membuatkan urat kita bergerak sekali dan bila jarum dah tanggalkan, urat akan bengkak berkali-kali ganda. Trust me, benda ni dah banyak kali jadi kat aku. Ketiga, bila darah berjaya keluar dari tangan aku, senang.. doktor terus sedut darah tu kat tiub butterfly.. err, bukan doktor tu yang sedut darah.. jarum yang sedut la..

Morphine


Aku mengaku bahawasanya aku peminat tegar morfin sejak dahulu kala lagi. Sejujurnya aku lagi suka morfin dari muffin, hahah..

Korang jangan salah faham, aku bukan penagih dadah.. tolong jangan masukkan aku ke pusat serenti. Sebenarnya morfin merupakan ubat yang paling aku suka. Dengan kata lain jasa morfin sangat tinggi masa aku sakit.

Antara jasa beliau ialah:

✪ Bila ada orang buat bising kat wad, morfin adalah penyelamat aku. Beliau buat aku susah nak berjaga walaupun morfin beri aku separuh sedar.

✪ Bila terjaga tengah malam atau dalam pukul 3-4 pagi dan terasa sakit sangat-sangat, aku akan tekan butang yang disediakan kat tangan aku melalui mesin ubat morfin. Aku berani tekan sekali dua je. Banyak-banyak nanti morfin habis pulak. Bila ubat dah habis, hospital takkan beri morfin lagi. Takut TERlebih dos.

Lain pulak ceritanya kalau dah nak balik rumah tapi morfin tak habis lagi. Tau tak mak abah aku boleh sepakat dan sebulat suara suruh aku tekan butang tu banyak kali sampai habis morfin! Korang bayangkan, bila kita tak sakit tapi kita kena ambik banyak dos sekaligus. Dengan alasan nanti dalam perjalanan nak balik ke rumah aku dapat tahan sakit masa nak naik ambulans sebab tangan/kaki bersimen. Waktu tu memang indah, aku akan rasa berada diawang-awangan, nampak macam ada orang terbang. Korang semua sila jangan ikut perangai aku yang tak bertamadun ni okeh.

Patient warming system


Ini adalah alat pemanas haba bagi pesakit yang sedang berada dalam bilik pembedahan sehingga selesai menjalani pembedahan. Waktu macam ni sah-sah aku koma. Kalau tak silap alat ni digunakan sebab dua perkara (mengikut teori). Pertama sebab keadaan suhu di dalam dewan pembedahan TERlalu sejuk membuatkan adanya objek ini (macam UFO pulak bila aku taip objek) ataupun kedua, alat pemanas haba ni bertujuan untuk menstabilkan suhu badan pesakit selepas menggunakan ubat bius (memang suhu badan pesakit yang menggunakan mana-mana jenis bius akan berubah terlalu mendadak). Bila aku sedar-sedar je kat satu ruang lepas bilik Operating Theatre tu, aku rasa macam ada angin yang kuat sangat dalam selimut aku. Syok ooo gua cakap sama lu (tak serius kejap). Benda ni akan digunakan ketika masih di bahagian pengawasan. Bila nak masuk wad semula kena pulangkan balik alat ni.

Disebabkan aku langsung tak tau apa nama barang ni, aku terus cari kat gugel lagi sekali. Dekat sejam aku cari, patut selewat-lewatnya pukul 3 pagi aku publish entri ni dah tapi sekarang dah pukul 4 pulak. Haishh..

Infusomat fm


Ini bukan radio yang ada frekuensi FM tu ye, ini mesin ubat. Untuk masukkan ubat Pamidronate selalunya pakai mesin ni. Aku suka pakai mesin ni, sebab wayar-wayar yang ada tu aku akan main lilit-lilit kat tangan, buat-buat letak kat hidung, pengaruh tv punya pasal la ni.. kerja-kerja tak bertauliah ni aku akan lakukan akibat kebosanan tahap gaban bila baring atas katil. Aku tak bosan tinggal kat hospital sebab bagi aku hospital macam hotel dan syurga dunia. Serius! Cuma bila pakai mesin ni, aku tak boleh banyak bergerak.

Kalau tak silap Infusomat ni mesin 'otai', jadi bila gerak sikit dia akan berbunyi dan serta-merta proses memasukkan ubat ke dalam badan akan terhenti. Masa masukkan ubat tu prosesnya selama 6 jam, DAN selama 6 jam jugak la aku tak boleh bergerak. Bila mesin berbunyi, aku akan tunggu jururawat dari kaunter datang dan betulkan balik. Saja je nak manja, padahal aku tau macam mana nak betulkan semula.. dah 12 tahun berkawan dengan staf kat wad. Mau tak rapat.. :D

Terima kasih buat korang yang sudi baca entri tengah pagi yang agak panjang ini. Insya Allah, satu hari nanti kalau aku betul-betul dah sedia, aku akan cerita kisah aku kat hospital dengan lebih lanjut. Kisah hospital la punca utama aku buat blog sejak 3 tahun lepas..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Salut! Bienvenue! Merci!

Assalamualaikum..

Wah boleh tahan buang tebiat jugak aku ni tiba-tiba nak cakap peghancis. Maksud tajuk kat atas tu "Hai! Selamat datang! Terima kasih!" Ya, terima kasih berjuta-juta lemon buat awak, awak, dan awak yang sudi komen di belog ini sampai lebam. Aku terharu weyh. Dalam masa 3 hari aku mendiamkan diri untuk publish sebarang post dan komen, aku dapat komen sebanyak ini:

Klik pada gambar kalau nak lebih jelas.

Siapa la agaknya yang komen macam tembak pakai M16 tu ek? Hehe.. siapapun orangnya, terima kasih diucapkan. Aku tak tipu yang aku betul-betul terharu. Tapi yang memang palingggggg tinggi sekali sudah tentu cik +Noor Liyana kita. Terima kasih ye kak SP sudi main tembak-menembak dengan iha.. :D

Semalam pulak, tengah syok pusing-pusing dekat dashboard, TERnampak pulak entri ini:


Aku TERkejut + TERkesima + TERperanjat + TERmelatah + TERgamam seketika. Nampak notification Google+ kak Mar ada tag nama aku.

Aku memang takde kerja malam tadi selain printscreen. xD

Kat entri ni jugak nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih tak terhingga buat +Mar Haini Abdul Rahim. Seronok dapat kenal dengan akak walaupun BARU SEHARI kitorang jadi jiran blogger (harini masuk dua hari la). Keprihatinan anda terhadap diri ini membuatkan saya berasa seperti menjadi penyanyi terkenal seangkatan Justin Bieber (wek wekk).

DAN yang terakhir, aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih buat pengikut/followers yang ke-300! Masa kejadian ialah pada hari rabu (6 Mac) tapi aku je malas tahap gaban nak buat WW.



Klik pada gambar untuk berkenalan dengan awek comel ini. :)

Sedikit info mengenai tuan tanah. Aku kena panggil dia kak Shad sebab beliau sebaya dengan abang aku. Bila dapat kawan yang lebih otai ni buat aku rasa kembali ke zaman keMUDAan balik. boooo~

Terima kasih sudi follow blog ni. Maaf kerana hadiah memang tak disediakan sebab penaja tetap dah lari ke Afrika Selatan (sila buat-buat percaya). Tapi sebagai tanda penghargaan, iha CUBA selalu singgah dan komen seperti menggunakan air rifle gun. (haruslah highlight kan)

Moga kita semua kekal menjadi sahabat dunia akhirat. Amin.... :)

P/s: Selamat Hari Wanita buat semua yang rasa diri tu wanita. Yang rasa diri tu masih bawah umur macam aku ni, sila tunggu hari raya nanti untuk kumpul duit raya. LOL~


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017