Assalamualaikum..
Entri kedua dalam Monster Monday..
Serius! Aku tak ada kelapangan nak bukak blog sekarang ni. Mintak maaf beribu-ribu lemon kalau ada yang terasa dengan 'kesombongan' aku akhir-akhir ni. Harap ada la yang memahami. Nak update entri pun kena taip laju-laju, termasuk entri semalam. Sebab tu aku ada banyak lagu yang tertinggal dalam entri tu.
Jadi kalau aku ada masa, aku MESTI dan AKAN terjah blog korang. Dan aku akan follow mana-mana yang dah follow aku akhir-akhir ni. Dan (banyak betul dan aku) aku akan buat review untuk pengikut ke-400, penghargaan tu haruslah ada.:)
Tapi taktau bila. Mungkin malam ni, mungkin pagi esok, tak pasti. Bergantung pada waktu lapang yang aku ada. Tunggulah kak +Mieza Jhaa K dan +Nina Maslizza.. akanku serang belog anda bertubi-tubi nanti >:)
Oh entri ni sebenarnya pendek je, saja aku panjang sampai 3-4 baris. Ngehngeh.. okeh tajuk aku kali ni berkaitan dengan doodle. Jadi cuba tengok doodles hasil ciptaan dari blogger-blogger terkenal.
Doodle dari Dayang Deno. Comel sokmo kan? Kagum betul dengan kak Deno, rasa macam nak berguru je dengan beliau. :D
Kalau nak buat tempahan doodle dari beliau boleh klik SINI :)
Arghhhh.. ini boleh membuatkan aku histeria! Hasil dari Mr. Doctor atau lebih mesra-mesra kucing dipanggil MD. Ditekankan bahawasanya beliau adalah 'mister', bukan 'miss'. Korang akan jumpa berlambak lagi doodles ciptaan beliau di blog yang bernama ! Doctor Muda Vs Ustaz Rock ! ini. Jangan dok histeria jugak noh.. :D
Nama pemilik doodle ini ialah Nur Irdina. Dina, tolong ampunkan akak sebab tak mintak izin untuk menculik gambar ini terlebih dahulu, huhu.. adik Dina ni baru je bergiat aktif dalam mencipta doodle. Bagi aku okey apa, doodle kedua ni lebih cantik dari doodle ciptaan aku yang ke berapa puluh entah. Haha..
Umur Dina baru 13 tahun tapi macam-macam yang beliau dah pandai buat untuk blog. Aku? Umur 13 tahun cuma pandai makan, tidur, berfoya-foya pastu tengok cerita Kamen Rider, haish malu.. siapa nak buat tempahan blog dari beliau boleh singgah SINI.
P/s: Dina masih ada banyak masa lagi untuk belajar buat doodle. Chaiyok! ^^
Ni lagi satu doodle yang memang osem dari kak Nieyxzha Hassan. Kalau buat contest siapa pemilik doodle ni, memang aku akan cam 1,000,000%. Sebab kak Nieyxzha ada cara beliau tersendiri dalam menghasilkan doodle. Kira trademark gitu. Tempahan bolehlah dibuat di SINI.
Tengok doodle dari Wan Hazel, walaupun ini salah satu dari doodle beliau yang agak simple tapi aku suka! Beliau merupakan blogger terawal yang selalu mengajar kaedah pembuatan doodle pada aku. Tapi apakan daya, sampai sekarang aku masih tak lepas-lepas. Doodle pertama yang aku jatuh cinta adalah buatan Malaysia ehh buatan Wan Hazel sendiri. Sebarang tempahan Template/Doodle/Cover Timeline/Fanpage/Banner boleh klik di SINI dengan harga yang berpatutan.
Aku punya? Fuhh.. memang jauh berbeza gila dengan doodles kat atas ni. Aku tunjuk ni bukan nak suruh korang puji cantik, tapi nak suruh korang gelak secara beregu. Masih terlalu jauh untuk aku belajar menghasilkan doodle yang berkualiti. Tak caya tengok la kat bawah ni....
Haa kan aku dah cakap. Banyak lagi yang aku kena perbaiki lagi-lagi dari segi kemasan dan penggunaan berus. Sebenarnya hajat asal aku suci je, nak buat doodle comel jugak. Tapi disebabkan kecewa dengan kegagalan tersebut, aku TERpaksa menokok-tambah lagi keseraman dalam doodle ini. Kalau buat tempahan, dua kupang pun belum tentu aku layak. Huahaha..
Tengok doodle dari Wan Hazel, walaupun ini salah satu dari doodle beliau yang agak simple tapi aku suka! Beliau merupakan blogger terawal yang selalu mengajar kaedah pembuatan doodle pada aku. Tapi apakan daya, sampai sekarang aku masih tak lepas-lepas. Doodle pertama yang aku jatuh cinta adalah buatan Malaysia ehh buatan Wan Hazel sendiri. Sebarang tempahan Template/Doodle/Cover Timeline/Fanpage/Banner boleh klik di SINI dengan harga yang berpatutan.
Aku punya? Fuhh.. memang jauh berbeza gila dengan doodles kat atas ni. Aku tunjuk ni bukan nak suruh korang puji cantik, tapi nak suruh korang gelak secara beregu. Masih terlalu jauh untuk aku belajar menghasilkan doodle yang berkualiti. Tak caya tengok la kat bawah ni....
Haa kan aku dah cakap. Banyak lagi yang aku kena perbaiki lagi-lagi dari segi kemasan dan penggunaan berus. Sebenarnya hajat asal aku suci je, nak buat doodle comel jugak. Tapi disebabkan kecewa dengan kegagalan tersebut, aku TERpaksa menokok-tambah lagi keseraman dalam doodle ini. Kalau buat tempahan, dua kupang pun belum tentu aku layak. Huahaha..
P/s: Kaki aku patah, yeyyy.. sekian.
Assalamualaikum..
Nota: Kalau korang rasa blog ni berat dan gambar susah nak loading sepenuhnya, copy this url's link:
http://ihazaliza.blogspot.com/2013/04/monster-monday-1-google-nose.html?m=1
Link diatas adalah versi telefon yang mana blog kita akan mengeluarkan entri dan header sahaja. Segala aksesori lain tidak akan ditunjuk.
Eksperimen pertama untuk entri pertama dalam Monster Monday.
Bangun pagi tadi, tak jumpa pulak telefon bijak kepunyaan pemilik yang tak bijak.
Bila dah jumpa, aku baca komen-komen dari kak +Nina Maslizza. Rajin jugak beliau komen blog aku, hantu komen pun boleh tewas, hehe.. terima kasih kak Nina n_n
Tapi sayangnya aku tak dapat nak bukak komen-komen tu akibat kuantiti windows telefon yang terhad. Nak tak nak aku kena baca melalui carian Google terus. Sekali niat asal aku TERpaksa dibatalkan akibat TERnampak sesuatu yang baru di Google.
Apa itu Google Nose?
Mula-mula korang tengok dulu video ni..
Kalau korang tengok video diatas, korang MESTI mempunyai satu perasaan yang sama dengan aku iaitu TERUJA!
Aku pun cuba la dengan penuh rasa keterujaan yang ada di telefon. Kalau berjaya hidu memang aku nak jadi blogger pertama di Malaysia nak suruh korang cuba jugak.
Mula-mula aku klik pada butang Try Google NoseBETA
Kat sebelah kanan akan ada ruang hidu benda yang kita cari macam gambar kat bawah ni. Tekan Smell.
Pasang hidung korang siap-siap untuk menghidu bau waffles. Kalau pakai komputer, bau tu akan keluar kat keyboard. Kalau pakai kat telefon bijak, letak hidung korang kat skrin.
Dapat hidu tak? Sedap kan bau waffles tu. Aku cuak jugak tadi masa buat eksperimen kat telefon, Dah cuba satu mesti nak cuba hidu bau lain pulak kan? Aku pun cari la lagi bau-bau yang dah disediakan seperti hair salon, hospital, roses, diaper dan lain-lain. Sampai lampin pun aku hidu yang tak menahan tu. Haha..
Tapi tiba-tiba aku rasa pelik. Kenapa cuma waffles je yang aku dapat hidu? Bau-bau lain yang aku cuba tadi langsung tak bau apa-apa. Aku fikir mungkin kena cari Google Nose versi Android.
Tetapi....
Sumber sini
Jadi aku fikir semula, mana datang bau waffles yang aku dapat hidu tadi? Dan akhirnya aku gelak keseorangan di belakang pintu sambil menahan malu. Sebenarnya aku tengah makan lepat pisang waktu kejadian. Mungkin aku tak dapat bezakan bau antara lepat pisang dan waffles. Kesian..
Mak orang pertama yang gelakkan aku bila aku buat reaksi macam ni tadi..
Haih.. baru je malam tadi aku buat bedtime stories kat mak asal-usul April Fool's Day, balik-balik aku yang WAKENABEB! Siapa yang masih samar-samar pasal sejarah April Fool ni boleh la baca kat entri Kak Farah..




















