Latest!

Lifes: 1 Litre of Tears / 1 Rittoru no Namida

Assalamualaikum and Peace be upon you


Aku baru tengok cerita ni kelmarin (14 Jan). Ceh, busy dengan persiapan kononnn.. sebenarnya lately ni aku selalu bukak video belajar bahasa Jepun dekat YouTube. Sambil belajar tu aku check kat suggestion videos. Aku terjumpa tajuk satu video ni lebih kurang macam 'Sad Japanese Song' kot. Aku pun klik.

Bila dah klik dan dengar lagu sedih tu, aku pelik. Tak sedih ponnnn.. mungkin lirik lagu tu kot yang sedih tapi aku je yang tak paham ke. Lepas tu aku tengok video tu. Err, tapi cerita ni macam sedih je.

Aku nampak ada seorang perempuan tengah buat fisioterapi and menulis sesuatu kat buku. Diari? Ehh, lama-lama aku macam kenal je cerita ni. Otak aku teringat sesuatu.

Dulu masa tahun 2008, ada seorang doktor wanita dari seberang suggest kat aku tengok satu cerita. Doktor  tu baru je lagi jadi doktor orto dekat hospital tu, Jadi macam senang sikit nak ajak bersembang.

Kalau tak silap dia tanya aku, apa yang aku suka buat. Aku cakap suka menulis (diari lettew) then dia kata menulis tu satu hobi yang bagus. Tiba-tiba keluarlah satu soalan yang lain.

"Kamu pernah nonton satu filem dari Jepun enggak mengenai seorang anak perempuan yang sakit bahagian otak?" (Kepada doktor berkenaan, saya minta maaf.. saya reka je ayat doktor ni tapi lebih kurang macam inilah soalan doktor pada saya dulu, hehe)

Aku geleng kepala tanda tak pernah tengok. Lepas tu barulah doktor tu cerita serba sedikit sinopsis filem tersebut. Kisah seorang gadis yang mana keadaannya makin hari makin teruk kerana menghidap kerosakan saraf pada otak. Doktor dia mencadangkan supaya sentiasa menulis diari kerana menulis merupakan salah satu terapi mental. Doktor aku tu cakap lagi, ia kisah benar dari Jepun dan bila perempuan tu meninggal dunia, barulah keluarganya menghantar diari-diari mendiang ke novelis dan novel tersebut terus popular dan menjadi bestseller. Kemudian baru adaptasi ke filem.

Selama ni aku tak tahu nama tajuk cerita tu sebab doktor tu pun dah lupa. Bila dah jumpa ni, aku pun eksaited la nak tengok dan terus download pakai telepaun. Dah siap donlod tu, aku tengok lagi sekali komen-komen yang ada dekat video tu. Semuaaaaaa komen cakap cerita ni sedih. Ada yang kata dah tengok banyak kali pun tetap menangis. Aku senyum sinis, heh.. takkan menangis banyak kali kot. Betul ke cerita ni sedih? Mula la rasa tercabar ni.

Setengah jam kemudian..

Bila tengok dalam lebih setengah jam, aku banjirrrrrrrr..

Jahat betul la cite ni! Awat sedih sangat?? Huhu.. salah satu sebab kenapa aku menangis bagai nak rak, aku dapat rasa apa yang Aya (heroin aka pesakit) tu rasa. Salah satu bahagian yang aku menangis sambil tutup pintu bilik ketat-ketat ialah bila dia dibuang sekolah dan cikgu Aya suruh tukar ke tempat pendidikan khas. Sedih wa cakap lu sebab wa pernah ada kat situasi yang sama maa. Masa aku kena macam tu, aku tak sedih pun. Tapi bila tengok cerita ni, baru aku rasa boleh tahan sadis jugak aku dulu.

Aku harap sangat-sangat, serius berharap sangat ni. Korang tengoklah cerita ni. Aku nak korang nangis dan banjir dan meroyan sama-sama dengan aku. 1 Litre of Tears ni dah berjaya bukak mata aku untuk jadi insan yang berguna dan bersyukur dengan nikmat yang dulu Allah tak bagi dulu tapi sekarang aku dah ada. Alhamdulillah.. sepanjang aku hidup (baru 19 tahun hidup tapi cakap macam dah 19 ribu tahun je hidup) ni cerita pertama yang berjaya buat aku menangis sampai bengkak mata. Selama ni tak pernah pun airmata aku keluar kalau tengok mana-mana filem mahupun drama sebab aku tahu tu cuma fiksyen je. Tapi disebabkan ni kisah benar plus aku pernah rasai serba sedikit buatkan aku tak henti-henti nak nangis.

Pesanan aku, jangan lupa sediakan sekotak tisu masa menonton nanti. Lagi banyak tisu lagi memadai. Srettttt (sambil hembus hingus kat henkercif)..


Cerita ni jahat sebab berjaya buat aku rasa sedih sampai hari ni. Sob.. sob..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
10 Comments

10 comments:

  1. korea memang selalu membuatkan orang lain menangis kan.. hehehe.. tp sya lebih minat hindustan.. ekekeke

    Minta jasa korang like: Like Gambar Amirah Banyak Banyak.

    ReplyDelete
  2. @PaPa Blogger

    Err tapi ni cerita jepun, korea malas jugak nak layan, hehe.. pepon saya dah vote Amirah.. goodluck! :)

    ReplyDelete
  3. confirm... kak mia mesti nangis punya.... uwaaaa

    ReplyDelete
  4. @Mia Liana

    Siapa tak tangkap leleh memang superb lah dia kan kak Mia. Saya yg hati keluli ni pun boleh touching..

    ReplyDelete
  5. ena tengok dlu, ya Allah rasa tak tahan hidung ena ni tersumbat sebab menangis je kerja.. esoknya, my mom datang, "kau kenapa ni Ainaa? kena tumbonk ke mata kau??" hahahah XD

    ReplyDelete
  6. @✿A I N A A✿

    Haha kan kak Ena, iha pulak before mak tanya dah bagitau siap2 "mak, orang menangis tadi tengok cerita tu.. sedihhhh" :D

    ReplyDelete
  7. sy tak berani nak tgk citer ni dulu padahal citer versi drama dia ada main kat 8TV....serius tgk sikit2 kat TV pon takleh tahan...terutama bila ending kredit tunjuk wajah sebenar si Aya tu....haishhh...tak berani beb nak tgk citer ni...

    ReplyDelete
  8. @Hatimi Tahirruddin

    oo drama dia pernah siarkan ek? melepas.... wa dah tgk drama jugak.. tapi wa tak menangis sebab drama punya mcm ada tokok tambah sikit.. TETAPI, tekak sentiasa sakit ketika menonton.. -_-

    ReplyDelete
  9. cerita ni sangat sedih...nini nangis sorang2 tengok cerita ni....dan...ni cerita benar kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak Nini, kisah benar.. tu yang buat iha meroyan memanjang masa tengok cerita ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017