Lifes: Bila Keropok Jadi Nasi

By iha - 10/15/2012 03:55:00 PM

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Hati TERtouching hancing ketika TERjumpa gambar's yang menghiris right atriumku.. wah bahasa, kalah pemain skuasy no.1 dunia.. :D

Okeh sebelum aku meraban tak menentu, nak tunjuk 2 keping gambar yang membuatkan aku bermonolog sendirian sambil TERsengih macam cipan busuk.



Waaa mak, orang nak kahwin!

*Kena ketuk kepala dengan periuk nasi*

Kata nak jadi motivator, tapi pantang tang tara tang tang tang nampak gambar romantik sikit aku dah gedik semacam.

Entahlah, to be honest aku rasa kadang-kadang dah penat tipu diri sendiri. Jadi single tak pedih, yang pedih bila dulu tak single tiba-tiba TERpaksa jadi single. Waktu macam ni kita akan fikir ada ke orang nak kat kita. Lagi-lagi macam aku, memandangkan lifes aku macam wanita kat dalam gambar tu membuatkan aku rasa rendahnya diri ni. Lagi rendah dari pembaris 15cm.

Tapi bila aku merungut macam ni cepat-cepat aku beristighfar balik. Rasa macam jahat pulak pertikaikan Qada' dan Qadar yang dah tersurat untuk aku. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab ahli keluarga aku masih lengkap. Ada abah yang garang tapi sporting pada waktu-waktu tertentu, ada mak yang pandai masak dan mengikuti kartun + muzik + teknologi macam anak dia, ada akak yang balik kerja je terus nak peluk aku tapi kadang-kadang aku buat dia merajuk tanpa disengajakan, ada akak (lagi satu) yang sudi bagi nasihat bila adik dia tersasar jalan masuk ke hutan :D ada abang yang sudi buat otak aku rasa tercabar setiap kali berbual dan ada adik untuk bergaduh setiap masa sampai muka masing-masing lebam. Huahaha..

Takpelah, mungkin sekarang masa aku hanya untuk keluarga je (tapi sentiasa ada depan netbook). Aku tak pernah menyesal dengan takdir sebab bagi aku hidup single lebih santai berbanding couple. Bila bersendirian aku jadi cepat matang dan susah nak menggedik dengan sesiapa. Tak macam dulu, asal orang tak layan kita kejap dah sentap dan merajuk, Say bubai to old memories.... :)

Apa yang pasti, aku tetap TERharu tengok gambar kat atas, nampak suami isteri yang sungguh bahagia.. semoga ada prince charming untuk aku satu hari nanti, Amin..

P/s: Saja letak nama tajuk yang takde kena-mengena dengan entri.. xD

  • Share:

You Might Also Like

3 Geng Banyak Bebel

  1. rasanya single lg indah hidup..tak banyak masalah..lg riang..ya dak?

    ReplyDelete
  2. Dunia skrang x pyh nk mngharap kasih org yg blum tentu baik mcm kita.

    ReplyDelete
  3. Penat aku baca nk cari nasi

    ReplyDelete