ยญ
ยญ
Lifes: I'm Back! - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Lifes: I'm Back!

By iha - 11/01/2019 08:16:00 PM

Assalamualaikum,

Iklan: Boleh klik button ni sambil baca entri ^^


Yo! Kenal aku lagi tak? Tak kenal? Tahu dah xD

Well, aku dah lama gila tak update blog. Adalah dalam 4 tahun dah. Aku bukak balik blog ni pun sebenarnya lebih kepada rasa rindu. Aku rindu nak membebel macam dulu. Rindu nak blogwalking dan rindu nak paksa kawan-kawan blogger yang lain komen kat blog aku. Tapi tu semua kenangan je kot.

Kawan-kawan blogger yang aku kenal sejak 2012 dulu tak ramai yang aktif lagi dah. Aku faham kita semua dah sibuk dengan komitmen masing-masing. Ada yang dah kahwin, ada yang jadi businesswoman yang berjaya. Ada yang hilang macam aku jugak. Lagi dahsyat, ada yang menghilang dengan blog dia sekali pun hilang. Haha, camno nak buek jojak kaseh kalau susah nak jumpo.

Aku?

Masih sama, masih single HAHAHA ๐Ÿ’ฉ camne nak kecikkan taik ni


Single but not alone. 

Tapi aku kena jugak buat comeback tak kiralah korang kenal aku lagi atau tidak. Kali ni aku nak update entri lebih kepada mengenai kesedaran tentang penyakit aku sendiri iaitu Osteogenesis Imperfecta dan beberapa isu penting yang lain. Senang cerita aku tak nak merepek teruk macam dulu dah. Tapi kalau ada geng blogger yang boleh layan kemerepekan aku, aku akan jadi macam dulu balik :P

Terlalu banyak isu untuk dikupas. Lebih banyak dari kupas kulit bawang. Yang pasti niat aku untuk memberitahu sesuatu yang jarang masyarakat kita jumpa dan ambil tahu. Ya aku tahu korang dah confused dengan apa yang aku taip ni. Maafkanlah makcik yang sedang ghairah membuka blog sendiri.


Dahlah, tu je aku nak taip. Dah alang-alang aku buat comeback ni sudi-sudikan diri korang untuk follow aku kat Instagram, Facebook dan Twitter ya. Ya nanti aku follow back. Yang belum follow blog aku pun silalah follow. Nanti komen done untuk aku follow back. Yang mana nak bagi duit kat aku pun boleh ketik komen dibawah. Tapi aku tak bagi baliklah duit korang. K hambar babai ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

  • Share:

You Might Also Like

2 Geng Banyak Bebel

  1. hai, selamat datang ke blogging semula heheh :)
    https://mekaratisa.blogspot.com/2019/11/planner-for-new-journey.html

    ReplyDelete
  2. welcome back, kak AJ singgah sini memalam sambil BW :)

    ReplyDelete