Kisah Keluarga Yang Annoying

By iha - 5/05/2012 08:34:00 PM

Assalamualaikum..


Entry kali ni aku cuma nak ceritakan sikit mengenai satu rancangan TV yang aku berminat nak tengok buat masa ni.. haa, bukan Wonderpets tau, Spongebob Squarepants pun bukan.. hah Raja Lawak? Ish, kat rumah aku mana ada Astro.. stro (straw) minuman pun takde.. sekarang ni aku agak berminat tengok cerita Nanny 911 ni.. kalau tak tahu tu cerita apa korang boleh tengok kat sini .. tu cuma salah satu episod dalam Nanny 911..



Sinopsis
Mengisahkan keluarga yang bermasalah, tidak memiliki institusi keluarga yang baik, dan seluruh ahli keluarga tidak menghormati antara satu sama lain.. masalah yang mereka hadapi begitu konflik sehingga keadaan menjadi huru-hara pada setiap masa.. ibubapa tidak mampu mengawal sikap anak-anak mereka lagi malah mereka sendiri pun tidak mampu mengawal perbalahan sesama suami/isteri itu sendiri..

Keadaan mereka yang teramatlah rumit memaksa mereka untuk meminta bantuan dari pihak luar.. mereka terpaksa melaporkan (menelefon) masalah tersebut di Nanny Central dan panggilan akan dijawab oleh Head Nanny Lilian (Ketua Segala Nannies la ni).. selepas menerima panggilan, pihak Nannies yang berada di Nanny Central akan menonton video yang telah dirakam dari rumah keluarga bermasalah berkenaan.. selepas menonton barulah Head Nanny ni berbincang dengan para Nanniesnya apa punca sebenar yang berlaku dan siapa yang akan memikul tanggungjawab ni.. selalu yang aku nampak ada 3 je Nannies yang bertugas.. Nanny Deb (Deborah), Nanny Stella, dan Nanny Yvonne..


Inilah para Nannies yang terlibat.. dari kiri Nanny Ivonne, Nanny Deb, Nanny Stella, dan Head Nanny Lilian (Duduk)..

Tempoh Seminggu
Salah seorang daripada Nannies akan memikul masalah satu keluarga dalam masa hanya SATU minggu.. bak kata diorang "One Family, One Nanny, One Week, Can This Family Saved?" Selalu aku tengok bahagian Nanny Stella.. tapi mana-mana pengasuh pun tetap okey.. masa mula-mula pengasuh tu datang rumah keluarga tersebut, diorang (contoh Nanny Stella) akan memperkenalkan diri dia pada seluruh ahli keluarga dan menyuruh keluarga berkenaan abaikan kehadiran dia selama seminggu di rumah tersebut.. si pengasuh hanya boleh memerhatikan gelagat mereka sekeluarga sambil mencatat setiap kelakuan ahli keluarga itu..

Dalam tempoh seminggu ni lah macam-macam benda yang teruk berlaku.. semua orang dalam rumah tu tetap berperangai buruk seperti biasa.. yang muda sampailah ke tua sama je.. memang cerita ni yang boleh tonton cuma 18 tahun keatas je kot walaupun cerita ni melibatkan kanak-kanak sekali.. aku yang genap 18 tahun pun rasa seram je tengok sebab unsur-unsur yang dipaparkan teramatlah ganas untuk ditonton secara terbuka.. macam mana tu? Kejap aku nak buat list kat bawah ni..

  1. Bila si anak menengking ibu/bapa.
  2. Bila si anak memukul ibu/bapa.
  3. Bila si ibu dan ayah bergaduh tanpa berbincang dengan baik.
  4. Bila si anak menyepahkan barang-barang.
  5. Bila si anak membaling makanan.
  6. Bila si anak membuli adik-beradik tanpa belas ehsan.
  7. Bila si ibu/ayah tidak memarahi anak mereka dan membiarkan segala perlakuan anak mereka.
  8. Bila semua ahli keluarga tak hormat-menghormati antara satu sama lain.
  9. Bila semua ahli keluarga mencarut.
10. Bila mereka tidak menghormati agama yang mereka anuti sendiri.

Mungkin ada banyak lagi yang aku patut listkan, tapi aku malas pulak.. cukuplah senaraikan 10 benda yang boleh buat aku rasa macam nak sakit jiwa je ni.. masa aku tengok cerita yang ditayangkan selama sejam ni memang mendidih jugaklah darah aku.. mana tak mendidih beb, ada ke si anak's tengking mak bapak diorang.. kalau tak puas hati, diorang akan pukul mak bapak diorang sampai rasa puas.. lagi sakit orang tua diorang lagilah diorang suka.. O.o

Aku jamin siapa yang tengok cerita ni mesti rasa macam nak lempang budak's annoying tu kan sebab derhaka + durjana + biadap + kurang ajar dan yang sewaktu dengannya dekat ibubapa diorang.. TETAPI perlu diingat, anak kita (aku takde anak lagi, so anak korang) takkan jadi macam tu kalau kita beri didikan yang sempurna..





Antara gambar-gambar psiko yang sempat aku curi kat Google..

Okey, gaduh sesama adik-beradik tu memang lumrah dan fitrah manusia la especially sejak kita kecil.. masa tu kita tak fikir mana yang baik dan buruk.. tak tahu macam mana nak mengalah dan kalau boleh kita nak kita seorang je yang menang.. tapi kalau sampai bergaduh dan belasah secara berleluasa, aku tak rasa tu satu lumrah dan fitrah manusia.. perkara macam tu boleh dielak, dengan syarat ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting untuk mwndidik anak's.. kalau takat macam apa yang aku senaraikan lagi kat bawah ni, jangan haraplah anak's korang akan jadi manusia yang boleh guna (berguna)..

Situasi 1
"Along, angah, dahlah tu.. jangan gaduh lagi.." Tegur si ibu dengan nada yang malas sambil mata tidak berkalih dari menonton sinetron.

Situasi 2
"Hahaha.. abang ni sengallah, sakit kepala adik tu kena ketuk banyak kali.." Kata si ibu sambil ketawa terbahak-bahak melihat telatah anak-anaknya membelasah antara satu sama lain, walhal anak dia tengah bergaduh mengalahkan filem Hindustan.

Situasi 3
Si bapa hanya memerhatikan anak-anaknya yang sedang bergaduh tanpa rasa bertanggungjawab untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Kejadian macam ni aku tak payah susah-susah nak tengok kat TV, kat depan mata aku pun dah ada banyak kes ni.. tapi bukan keluarga akulah.. pengalaman tengok masyarakat sekeliling yang buat aku suka berfikir.. kalau kita buat 3 situasi atau situasi lain yang lebih kurang sama macam kat atas tu, kemungkinan besar anak's korang akan jadi seorang yang "hebat".. hebat yang aku maksudkan bukan dari segi positif ya tapi dari segi negatif la..

Walaupun dalam tempoh seminggu tu pengasuh cuma boleh perhatikan je tiap kelakuan keluarga tu tapi bukan bermaksud Nanny tu kena berdiam diri.. sambil diorang catat apa-apa yang diorang nampak, sambil tu jugaklah diorang tengah susun strategi yang sesuai untuk diberikan pada keluarga tersebut.. salah satu contoh strategi yang dimaksudkan ialah dengan menyediakan jadual waktu untuk seluruh ahli keluarga.. si Nanny akan membahagikan setiap aktiviti yang boleh dilakukan didalam rumah dari yang paling tua sehinggalah ke si kecil..

Yang paling tua iaitu ibu bapa. Nanny akan sediakan kerja rumah yang berat-berat seperti mengemop lantai, menyusun barang-barang/perabot rumah. Senang cakap diorang pikul kerja yang heavy la.. yang si kecil pulak diorang kena tolong parents diorang buat kerja yang ringan-ringan je macam kutip sampah, kemas katil, dan kerja-kerja ringan yang sewaktu dengannya.. bila dah selesai, Nanny akan tampalkan stickers pada jadual waktu kanak-kanak yang bermaksud diorang dah diberi ganjaran dapat menonton TV selama 15-30 minit atas kerja murni yang budak-budak tu dah buat tadi.. untuk mak bapak pulak, Nanny akan mengajak mereka untuk berbincang mengenai langkah-langkah yang paling sesuai untuk membina institusi keluarga bahagia.. selalu yang aku tengok MESTI ADA pertelagahan jugaklah dari ibu atau bapa sebab diorang rasa Nanny anggap diorang ni useless sangat.. tapi nak tak nak diorang terpaksa akur jugak dengan beberapa cadangan dan stretegi yang dah Nanny sediakan untuk kebaikan keluarga diorang sendiri..

Sehari dua lepas 'meeting' tu, kebanyakan keluarga akan bergaduh semula macam biasa, ada yang bertindak lebih agresif berbanding sebelumnya dan tidak mahu mengikut jadual waktu lagi.. tapi Nanny yang berkhidmat  tetap setia mencari jalan keluar dari permasalahan ini.. and sangat awesome bila usaha keras Nanny untuk membaikpulihkan keluarga yang bermasalah itu menjadi kenyataan dalam masa seminggu je! Mungkin susah jugak nak percaya termasuk aku sebab bila fikir balik macam mana keluarga yang kepala dah masuk air sirap tu boleh jadi 'happy family' dalam masa yang sangat singkat, tapi aku rasa tak ada yang mustahil kalau ianya berlaku di negara barat.. sebab diorang jenis yang berani mencuba.. pemikiran diorang pun tak sama macam kita.. sebab tu apa-apa yang advance + extreme selalu datang dari diorang dulu dan mulalah orang kita terkinja-kinja nak ikut macam diorang.. kalau tak ikut nanti kata ketinggalan zaman pulak..

Apapun aku tetap kagum dengan rancangan ni.. betul-betul menguji mental dan kesabaran aku sekaligus buat aku berfikir jauh untuk mengelak kejadian sebegini berlaku.. ada yang cakap anak ibarat kain putih, ibu bapa yang perlu membuat coraknya agar ia kelihatan cantik, ada juga yang cakap anak seperti pensel manakala ibu bapa pula seperti pemadam.. hanya pemadam sahaja yang boleh memadam setiap kesalahan yang telah pensel lakukan.. jadi sama jugak macam kehidupan kita.. aku malas nak cakap baik sangat sebab aku pun bukanlah anak yang baik.. cuma sebagai anak, aku sentiasa tak lupa pengajaran-pengajaran yang Sang Kancil dah berikan pada aku (Berkat tengok kartun rakyat time kucik-kucik dulu).. siapa yang rasa berminat nak tengok siri Nanny 911 ni, aku rasa better korang tengok kat internet tak pun paling senang search kat Youtube sebab aku bukak TV dalam 2 minggu lepas dah takde rancangan realiti tu..

P/s: Cerita ni buatkan aku tak sabar nak kahwin, lol.. -_-

  • Share:

You Might Also Like

1 Geng Banyak Bebel

  1. nak keluarga bahagia kena saling tolak ansur..ibubapa memainkan peranan yg sgt penting..cara didikan mereka yg menentukan sikap anak2 mereka...

    ReplyDelete