Latest!

Facebook Tutorial 2: Macam mana nak birukan tulisan sendiri? (How to create an own words with blue colour)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Kalau sebelum ni aku dah ajar sikit sebanyak (padahal sikit sangat) pasal simbol² yang terdapat kat Num Lock, kali ni aku nak ajar macam mana nak birukan tulisan sendiri kat Facebook.. Tutorial 1 tu nanti aku akan update lagi nombor² kod tu sebab simbol yang aku sediakan tu masih sikit.. tapi kalau korang rajin, buatlah sendiri ya.. :b



Aku memang seorang yang egois, so aku sanggup belajar sorang² macam mana nak buat tulisan sendiri dengan warna biru tanpa harapkan bantuan orang lain.. dahlah ego, hipokrit pulak tu (tetibe emo pulak).. jadi lepas aku sahut cabaran dari member aku yang dah tahu macam mana nak buat tulisan biru tanpa guna link page, akhirnya aku boleh buat sendiri jugak dengan Jayanya dan Rameshnya (padahal ambik masa 3 minggu jugak nak tahu)..

Cara dia sangat senang.. nak hafal pun senang.. tapi untuk permulaan, aku rasa better korang copy paste dulu then baru boleh buat sendiri ok.. takut kalau tak jadi nanti buat malu kaum je.. hihi..

Step 1: Kalau korang nak type nama kawan korang kat FB, mesti korang akan buat macam ni untuk dapatkan blue color..

Contoh: @Remaja Berhati Kaca <--- (promote FB sendiri jap)

Step 2: Tapi kalau korang nak buat nama kawan korang jadi pendek, mesti korang akan potong first or last name kan?

Contoh: @Remaja ('Berhati Kaca' tu buang) dan nanti tulisan masih berwarna biru..

Step 3: Tapi kalau nak buat tulisan sendiri tu memang tak sama langsung dengan Step 1 dan 2.. saja je aku nak panjangkan entry ni, hehe.. ni cara dia..

@@[1:[0:1:Taip disini]]

Tukarkan 'Taip disini' tu dengan ayat korang sendiri.. nanti korang akan rasa terharu dan macam nak nangis je bila tengok korang dah berjaya ubah tulisan kuno (warna hitam) ke tulisan moden dan urban (warna biru).. tulisan biru ni boleh buat kat status dan komen di Facebook.. so lepas ni tak payahlah susah² nak pinjam link biru dari certain page ya.. <-- Padahal orang yang cakap ni la selalu pinjam link page dulu

Hah lagi satu, korang boleh buat tulisan biru tu kat inbox.. tak caya gi buat sendiri.. tapi kalau korang sembang kat chat box, memang tulisan tu takkan nampak warna biru tapi kalau tengok kat inbox baru boleh nampak..

Selamat Mencuba!!


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017