Sejarah Rock di Malaysia

By iha - 6/19/2012 03:06:00 PM

Info untuk masyarakat yang masih tertanya-tanya mengenai kewujudan muzik Rock di negara kita dan buat yang masih mengingati sejarah ini, mari kita mengimbas kembali zaman kegemilangan Rock.

-Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.



-Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983 dimana pertandingan ini telah dimenangi oleh D'Febians (Febians) dan The Lefthanded (Lefthanded).

-Setahun kemudian, pertandingan Juara Rock diwujudkan lagi pada tahun 1984 atas sambutan yang menggalakkan pada pertandingan sebelumnya. Dalam pertandingan tersebut, The Burnmarks (Burnmarks) menggondol tempat pertama manakala Hurricane dari Johor Bahru mendapat tempat kedua diikuti oleh kumpulan Gersang di tempat ketiga.

-Dengan sambutan hangat pertandingan Juara Rock, pertandingan lain turut disediakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru.

-Battle Of The Bands 1 & 2 pula wujud pada tahun 1986 dan 1987 setelah bidang muzik rock semakin hebat dan memuncak di tanah air.

-Tidak lama selepas itu, muzik rock yang semakin popular mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok yang dianjurkan oleh papa Ali (Ali Bakar), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway.

-Bagaimanapun, imej rock mula tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kemudian disusuli dengan kisah masyarakat umum yang tidak berapa menggemari pengimejan rocker pada masa itu yang kononnya tampak negatif dengan rambut panjang dan berpakaian ketat.

-Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena 'underground'. Tanpa siaran TV mahupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG, dan lain-lain masih berjaya mengumpul peminat.

-Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock pada Disember 2005 oleh Mamat Khalid.

Daftar Gagasan Rock Malaysia:

•Juara Rock (1983)
•Juara Rock (1984)
•Festival Rock (1984)
•Battle Of The Bands 1 (1986)
•Clash Of The Bands 1 (1986)
•War Rock 1 (1986)
•Battle Of The Bands 2 (1987)
•Clash Of The Bands 2 (1987)
•War Rock 2 (1987)
•War Rock 3 (1988)
•Hikayat Rok (1988)
•Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
•Pancakara Di Cakerawala (1988)
•Batu-Batu Perjuangan (1988)
•Clash Of The Bands 3 (1988)
•Rock Galactica 88 (1988)
•Pesta Hiburan Kingsway (1989)

P/s: Maaf andai ada yang kurang dan khilaf.

  • Share:

You Might Also Like

3 Geng Banyak Bebel

  1. wah hebak...jrg jumpa budak pompuan generasi hari ni yg minat rock...hehe

    ReplyDelete
  2. @Hatimi Tahirruddin

    dulu x minat rock.. TERkena kejutan budaya lepas dengar lagu2 JRock.. hehe..

    ReplyDelete
  3. patut la abg timi panggil dia adik rock..rupanya dia minat lagu rock ya..:-)

    ReplyDelete