Latest!

Lifes: Zaman Sekolah Part 6: Duit Kena Curi


Kisah kali ni aku nak buat cukup-cukup ringkas. Actually aku nyaris-nyaris TERlupa nak buat entri pasal sekolah. Asyik sibuk buat research pasal medical + tutorial membuatkan aku alpa seketika. Ecehh bahasa tak boleh blah..

Kredit pada gambar ini

Selalunya dulu (2001) aku akan bawak duit belanja RM1 versi syiling je. Senang nak simpan. dan senang jugak nak hilang

Masa darjah 1 dulu, aku ni jenis pelajar yang kurang baik (nakal!). Nak dijadikan cerita, kawan aku ni yang berjantina lelaki saja nak sakat aku. Katanya nak ambil duit seringgit aku. Aku dengan muka innocent + sedikit b*doh pun cakap kat dia "Ambillah" sambil mengeluarkan duit seringgit dan menghulurkan pada lelaki tersebut.




Aku pun serius jugak nak bagi dia. Dalam beberapa minit lepas aku bagi dia, mamat S (macam dalam cerita cinta pulak ada nama S la, A, M, P, A, H, dan lain-lain huruf.. eh aku taip SAMPAH la pulak) pun tersenyum sambil ulang lagi soalan dia.

"Aku ambik tau?"

"Yee ambik je la.."

Malam hari itu....

"APA? Ada orang curi duit kamu???"

"Err, ha'ah mak.."

Ish3.. jahat betul aku ni dulu, dah la aku yang bagi secara sukarela, lepas tu aku cakap yang orang tu curi duit aku. *Insaf :(

Keesokan harinya, cikgu kelas mintak maaf kat aku atas sebab gagal jaga aku sepanjang duduk kat kelas dan mengakibatkan kes kecurian. Cikgu tu pun marah mamat S sambil suruh pulangkan balik duit sehengget aku. Laki tu dengan takut-takutnya terus pulangkan balik kat aku (dalam bentuk duit kertas kalau tak silap).

Tapi yang peliknya, S tu langsung tak marah aku. Tak tau la sama ada dia rasa bersalah ataupun sebab dia baru berusia 7 tahun jadi tak pandai memberontak (kalau 17 tahun konfem gigi aku patah dah).

Tapi jasa baik beliau tetap aku takkan lupa.. nak tau tak apa jasa dia?

Dialah manusia pertama yang ajar aku lukis bintang masa kecik dulu. LOL itu je rupanya.. xD

P/s: Rindu tahun 2001, tahun aku diiktiraf sebagai pelajar paling pandai.. tahun seterusnya dah tak pandai, hukhuk..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. simpati dgn mamat S...tak pasal2 kena marah dgn cikgu...haha

    ReplyDelete
  2. @Hatimi Tahirruddin

    Haha.. harap dia tak nampak la entri ni :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017