ยญ
ยญ
Chapter 2: Apa itu Osteogenesis Imperfecta? - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Chapter 2: Apa itu Osteogenesis Imperfecta?

By iha - 4/23/2013 02:11:00 AM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah beri kemudahan untuk aku menaip kali ni walaupun tangan dah rasa kebas-sekebas-kebasnya. Aku tak boleh berhenti dari dunia blog. Kena jugak menaip walaupun lambat+lembab sikit nak menekan satu-satu butang, hehe.. dah tiba masa untuk aku terus menaip dan menaip sampai aku betul-betul tenat (means tak larat, jangan salah faham pulak).

Bukan paksa diri, tapi aku dah janji dengan 'adik-adik' aku dulu. Adik aku ramai, lebih 10 orang. Aku dah berjanji dengan setiap seorang untuk bantu mereka. Aku nak Malaysia tahu akan penyakit kami. :)

Ok dah 2 perenggan aku taip tapi melalut bebeno dah ni, hikhik.. sambungan pada Chapter 1, aku nak ceritakan serba sedikit mengenai penyakit Osteogenesis Imperfecta a.k.a OI ni. Nak taip panjang-panjang takut korang bosan. Jadi aku cuba singkatkan sehabis mungkin.
#Cuba singkatkan tak bermakna entri ni pendek :p

Gambar pesakit OI

โœŒ Osteogenesis Imperfecta (OI) merupakan sejenis penyakit genetik/keturunan akibat kekurangan kalsium dan kolagen dalam badan.

โœŒ OI juga merupakan penyakit tulang rapuh yang menyebabkan tulang mudah patah walaupun secara tiba-tiba.

โœŒ OI terbahagi kepada 8 jenis yang mana setiap bahagian mempunyai tahap penyakit yang berbeza.

โœŒ Simptom/gejala/tanda asas penyakit OI adalah:
1. Tulang bengkok.
2. Otot tidak kuat/lemah.
3. Hilang deria pendengaran (err, not sure).
4. Ketinggian terbantut.
5. Kulit sensitif.
6. Mempunyai masalah pernafasan.
7. Pendarahan yang agak teruk jika mengalami sebarang kecederaan.
8. Tulang belakang agak bengkok.
9. Hanya satu lapisan pada gigi berbanding manusia normal yang memiliki tiga lapisan.

โœŒ Cara membezakan jenis ataupun tahap dalam penyakit OI:
1. Warna mata = Ada warna kelabu, biru, ungu.
2. Ketinggian pesakit.
3. Penyakit lain selain menghidap OI = Contoh sakit jantung, masalah paru-paru yang kronik.
4. Jenis gigi = Kadang-kadang nampak tembus ke dalam (transparent).
5. Tahap kebengkokan tulang.
6. Tulang belakang = Ada yang terlalu bengkok sehingga jarak antara tulang dada dengan belakang agak rapat.

โœŒ Macam mana pesakit OI boleh patah?
1. Angkat barang berat
2. Tersilap cara bergerak (setiap pesakit OI mempunyai 'cara tersendiri' untuk bergerak)
3. Terkejut =
-Dengar bunyi mercun
-Dengar bunyi kilat
-Dengar belon meletup atau bunyi letupan yang sewaktu dengannya
-Tengok cerita hantu pun dilarang sama sekali, huhu..
4. Tiba-tiba (sila jangan pelik)
5. Batuk dan bersin

โœŒ Tindakan yang perlu dibuat ketika tulang patah?
1. Balut pada bahagian yang patah untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakkan tulang yang patah dari bergerak/terkulai.
2. Letakkan kawasan yang cedera sedikit tinggi untuk melancarkan peredaran darah. Kalau tak tinggikan tempat yang cedera, nanti darah tak akan sampai ke kawasan tersebut lalu berwarna biru.
3. Jangan banyak bergerak (yang ni aku selalu degil).
4. TERPAKSA tahan bersin dan batuk.
5. Jangan sesekali sentuh atau pegang pesakit ketika patah. Hanya pesakit sendiri yang boleh menyentuh kawasan tersebut.
6. Take note, jangan suruh atau bawa pesakit pergi berurut. Tulang yang patah tidak boleh diusik mahupun diurut. Ramai orang salah faham antara patah dan terseliuh.

โœŒ Kesan selepas patah:
1. Tulang menjadi semakin bengkok
2. Petanda kalsium dan kolagen semakin berkurangan
3. Lebih kerap patah dalam masa terdekat

โœŒ Rawatan yang diperlukan:
1. Pembedahan untuk meluruskan tulang (also knowing as Kebab Procedure).
2. Memasukkan ubat (di Malaysia popular dengan penggunaan ubat IV Pamidronate) setiap 3 bulan sekali.
3. Fisioterapi khas untuk pesakit tulang rapuh.
4. Melakukan setiap rawatan susulan yang berkaitan seperti gigi, mata, telinga, buah pinggang, tulang belakang, dan dietetik (dietition).


Blue sclera sering dikaitkan dengan pesakit OI Type III.

Bentuk tulang dalam X-ray.

Ketinggian 'biasa' pesakit OI.

Kebolehan kami ialah mempunyai tulang yang agak elastik. Tapi kebolehan budak dalam gambar ni sama macam adik angkat aku yang senasib. *kagum* :D

Secara jujurnya ada banyak lagi yang perlu dikongsikan tapi rasanya entri ni dah terlalu panjanglah pulak.. kalau ada yang tertinggal nanti aku edit ataupun tambah ke entri seterusnya. Mana-mana pelajar perubatan terutama sekali student dari UKM harap dapat buat research dari blog ni. Aku pun dah lama tak jadi 'lecturer tak berlesen' diorang.. hehe..

P/s: Kalau ada soalan sudi-sudilah bertanya ya. :)

  • Share:

You Might Also Like

13 Geng Banyak Bebel

  1. bahaya juga kan sakit ni... tak boleh bayang kalau akak kena tahan bersin.. mcm mana rasanya... btw, kagum dengan iha!!! :)

    ReplyDelete
  2. oh..dugaan betul kan..nak batuk/bersin pun kena tahan..ish..iha degil..huhu..banyak sangat geraknya..

    (. Take note, jangan suruh atau bawa pesakit pergi berurut. Tulang yang patah tidak boleh diusik mahupun diurut. Ramai orang salah faham antara patah dan terseliuh.) okay take note..hehe..

    moga iha sihat selalu ya..banyakkan rehat..tak mahu degil2.. :)

    ReplyDelete
  3. Baru akak faham sepenuhnya.. mata Iha warna apa? Besarnya dugaan dik Iha kena lalui..tp Iha sentiasa gembira.. akak kagum.

    ReplyDelete
  4. acik baru tahu ada penyakit ini... acik akan selalu doakan kamu dan adik adik kamu dalam keadaan sehat dan di lindungi ALLAH...

    ReplyDelete
  5. penyakit ni jarang didengari . Sebab tu orang tak dapat beza "patah" dengan "terseliuh" . Err tapi dina tau beza tau ! Dina kan bijak :p

    #Ok merapu je . Ermm kalau sebab bunyik mercun boleh patah , akak tak tinggal kat rumah berjiran ke macam mane ? Sebab waktu hari raya kan GEDEBUM GEDEBAM bunyi mercun . Hihi .

    ReplyDelete
  6. kagum dgn org yg ada penyakit OI ni..kagum dgn Iha..

    ReplyDelete
  7. Baru tahu ada penyakit ini . Semoga iha tabah dalam ujianNya , btw semoga sihat (:

    ReplyDelete
  8. batuk gn bersin kena tahan..fuh..baru tau...you're strong girl dear!!

    ReplyDelete
  9. diharap para doktor yg bertauliah boleh fikirkan kaedah yg lebih efektif selain dari guna teknik kebab tu....ngeri pulak dengar pasal besi2 tu boleh terkeluar....haishhh

    ReplyDelete
  10. Subhanallah. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akn dikembalikan. Allah melebihkan kita dlm sebahagian hal, dan mengurangkan dlm sebahagian hal yg lain. Allah Maha Tahu, Dia tak pernah zalim. Maha Adil, setiap yang ditakdirkannya pasti sejuta hikmah tersembunyi. Derita di dunia sementara, insyaAllah kerehatan berpanjangan di syurgaNya nanti ^^ Allahu Akbar :)

    *Dik, akak bangga sgt dapat kenal iha, sangat2.. teruskan berkongsi ye syg, dr iha mcm2 akak belajar. Syukur Alhamdulillah atas nikmat tak terhitung*

    ReplyDelete
  11. u're such a strong girl my dear.. :')
    btw nice sharing..baru akak tahu pasal OI ni..

    ReplyDelete
  12. kalau bersin tu selalu macam mane ek?.. tahan jugak ke?

    ReplyDelete
  13. sangat kagum dengan iha...semoga blog iha terus berkembang....=D

    ReplyDelete