Assalamualaikum/Salam Sejahtera..
Perghhh dah 3 minggu tak update entry. Rasa terketar-ketar jari ni nak menaip balik. Sekarang aku free sebab ambil cuti sekejap dan inilah masa yang paling sesuai untuk aku mengajar korang macam mana nak download game online.
Boleh ke download game online ek? Boleh.... selagi aku tak cakap boleh blah kira boleh la tu. Cara dia mungkin agak rumit sikit (bagi aku la) and bagi memudahkan lagi tutorial ni, aku akan sertakan beberapa gambar yang telah di-print screen-kan okeh!
1. Mula-mula sekali korang kena pilih browser Mozilla Firefox. Aku tak jamin browser mana lagi yang boleh download game online selain Firefox. Tapi Google Chrome memang dah terang-terang tak boleh download.
2. Pilih game yang korang nak main. Kalau berminat nak main game Kindergarten ni, korang boleh tengok link kat atas tu.
3. Tekan right key dan pilih 'View Page Info' (macam dalam gambar diatas). Make sure korang kena tunggu game yang korang pilih tu habis loading. Kira download masa korang tengah main la ni.
4. Lepas klik View Page Info tu nanti akan keluar benda segi empat ni. Pilih Media dan akan terpampanglah jugak segala link-link pelik dan pening macam dalam gambar tu.
5. Dalam Media ni lah tempat korang boleh download game online. Tapi, korang kena pandai pilih link yang betul. Kalau silap, korang akan kecewa lepas download nanti sebab tak keluar langsung game yang korang nakkan tu.
Ok cuba tengok betul-betul, korang nampak kan kat dalam kolum Media tu terbahagi kepada dua iaitu Address dan Type. Game yang bakal kita download ni adalah dalam bentuk format SWF. Jadi cuba tengok setiap link yang ada. Kalau ada link yang nampak kemas seperi tunjuk link nama game (nama game yang korang tengah main) dan hujungnya SWF, korang klik Save As tu. Kalau ada dua-tiga yang berbentuk format yang sama, korang tengok Type pulak. Selalunya jenis Embed. Format SWF dan berbentuk Embed tak mungkin lebih dari 1 jenis. Tapi tak semua laman web game online sama cara nak download. Macam game Kindergarten yang aku main kat Miniclip ni, dia langsung tak ada format Embed, so aku kena pandai-pandai menggodam link yang lain supaya boleh download game.
Tup-tup aku dah jumpa cara nak download selain Embed. Aku cuba pulak klik kat Object. Kalau korang nak tau link untuk mendownload ni bukan berwarna hitam tapi berwarna kelabu. Macam gambar yang ke-4 tu. TETAPI, Object tu pun ada dua-tiga jenis jugak. So macam mana nak bezakan itu link game or link lain? Tadaaaa.. korang pilih je mana-mana yang Type Object tu then tekan Save As. Waktu nak save tu korang akan nampak sama ada dia dah set nama game tu sebelum download. Kalau betul tu link game, dia akan save nama game tapi kalau dia tak save nama game dan keluar nama macam 'gameloader' or 'fblbproxy', tu bukan link game.
Dan peringatan sebelum aku tutup tutorial no.5 ni, kalau semua 'Object' korang dah Save As tapi masih tak jumpa link sebenar untuk game, jangan cuak semacam. Tu tandanya game kesukaan korang memang tak sediakan untuk mendownload. Hahaha.. confirm korang akan frust sambil hentak-hentak tangan atas keyboard. Rileks.. ada berbilion lagi game kat muka bumi ni. Kalau tak cukup game boleh mintak kat Abang Yen (Alien) kat muka planet diorang pulak.
6. Contoh nama yang akan keluar macam yang aku cakap tadi.
7. Last sekali. Bila korang dah rasa yakin dengan nama yang ditunjuk tadi, korang terus je Save. Nanti akan keluar tempat download macam ni dan korang akan bertambah-tambah-tambah-tambah lega bila nampak berat game ni seberat MegaByte (MB). Kalau download tak menjadi, ia cuma seberat kB sahaja.
(P/s: Aku TERsilap taip nama game jadi Kindergarten 5 pulak. Sila abaikan nombor 5 tu)
Aku harap tutorial yang agak mencabar minda ni akan membantu korang semua. Ada sesetengah orang (merujuk pada diri sendiri) takut nak install game komputer sebab takut TERtukar semua format yang ada dalam komputer. Jadi tak payahlah terlalu takut untuk mendownload game online ni. Kalau salah boleh delete balik. Berat game pun selalunya bawah 10 MB. Lebih kurang macam berat 1 lagu Mp3 je kan.. sesiapa yang tak faham boleh tanya tapi cuba dulu sebelum tanya ok.
Selamat Mencuba!
4 Geng Banyak Bebel
perghh...!!terbaik la..akk nak try..nak try...!!hehehehe
ReplyDeletepergh... best2.. aku dah try.. jadi... thank u
ReplyDelete@.::: mr IQ :::.
ReplyDeletecongrats bro! (download kinder garten jugak ke?) :P
@akujekyangtau
ReplyDeleteselamat men'try' lepas raya nanti ya.. :D