Facebook Tutorial 6: Cara Nak Dapat Friend Requests Tanpa Sebarang 'Cheat'
By iha - 7/17/2012 08:35:00 PM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera..
Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri, sejak aku belajar lagi aku selalu tak online FB. So bila log in je aku mesti terkejut "Wooo banyaknyee owang add" โ Tetiba ayat gedik. Dalam tahun ni pun aku pernah jugak tak online dalam seminggu dua. Bila bukak je 10 orang add aku. Aku terfikir, kenapa time aku tak online je ramai orang add? Kenapa bila aku online jarang orang add? Ke sebab bila orang add kita approve, bila orang add kita approve dan bila orang add lagi kita approve lagi so kita takkan nampak berapa banyak orang add kita dalam seminggu? Hmm..
Disebabkan aku ni kaki game kat FB (dulu je kot) aku biarkan notifications aku penuh tanpa check. Aku cuma usik notifications untuk game je. Termasuklah orang yang add aku pun aku ignore. Sekali aku nampak makin lama makin banyak pulak yang add. Lagilah aku pelik. Account aku banyak ong ke apa?
Dalam 3-4 bulan kemudian, aku biarkan lagi friend requests aku bertambah. Dan sekarang baru aku faham. Kalau kita biarkan atleast sorang je kat friend requests kita, nanti makin ramai yang akan add.. kenapa? Ni bukan sebab pakai cheat game ke software ke atau apaยฒ jela tapi ni sebab bila kita biarkan friend requests tu dan tak approve langsung, nanti akaun kita akan muncul kat sebelah kanan masa kita pergi ke Home ataupun Message. Orangยฒ kepada mutual friends yang kawan dengan aku akan nampak akaun aku dan bagi kaki add tu mesti akan add. Nak-nak lagi nama aku tak boleh blah kan, orang mesti akan cakap "Hati kaca ke?" or "Rapuhnya hatimu" and "Jaga hati tu baik-baik ye :P ".. nak kena ni
Macam aku cakap tadi, tak semua orang buat berhasil dan menjadi. Aku pakai akaun RBK masih boleh dapat kawan baru sekurangยฒnya sehari seorang. Akaun aku yang lagi 3 tak jalan buat macam ni sebab friends pun tak ramai.
Aku ada satu nasihat sebelum nak tutup short entry (short konon) ni, bersyukur je dengan kawan yang kita ada sekarang. Bertambah kuantiti kawan pun tak menjamin kualiti jugak. Silap-silap boleh jatuhkan kita. Biar tak ramai kawan yang penting sentiasa ada waktu menangis dan huhahuha. Selamat mencuba buat yang berani mencuba ya!
1 Geng Banyak Bebel
Salam. Akaun rbk tu apa ye
ReplyDelete