Assalamualaikum/Salam sejahtera..
Sebelum
Selepas
Bananana~ mesti orang ingat aku dah 'buang habitat' (also known as buang tebiat) pergi make up anak patung ni kan? Ala bukan aku mekap muka patung ni terus, pakai Photoshop je kot.
Turtle Ria kali ni aku cuma nak ajar macam mana nak gincukan bibir menggunakan Photoshop (aku guna CS6). Makeover yang lain aku ajar dekat entri lain pulak okeh.
1. Upload gambar yang korang nak. Cara shortcut tekan Ctrl + O (Open).
2. Pilih Polygonal Lasso Tool. Kalau tak jumpa kat butang yang aku tunjuk tu, korang klik kanan kat button yang sama.
3. Buat garisan mengikut bibir. Klik pada setiap bucu untuk membuat garisan yang berbeza. BERHENTI bila dah nampak tanda bulat (kecik je bentuk bulat tu), tu maksudnya korang dah tamatkan garisan tu.
P/s: Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Cinta di Akhir Garisan..
4. Pastu kan kan kan, pilih Select โ Modify โ Feather. Bahasa shortcutnya lagi tekan Shift + F6.
5. Pilih 4 je ye bukan 14 ataupun 40 tau.
6. Klik Image โ Adjustments โ Hue/Saturation pulak. Secara ringkasnya klik Ctrl + U.
7. Masa untuk tukar warna!
Ayat macam budak tadika baru dapat colour pencils pulak
8. Lihatlah dunia~
Senang kan? Kalau ada soalan sila tinggalkan komen ya. Kalau ada teka-teki ke syair ke korang boleh tinggalkan dekat komen jugak tapi jangan marah tau kalau aku tak Publish..
(โขโฟโข) โ Naughty smiley
Jacqueline Steinert tinggal di hutan rimba,
Selamat Mencuba!
1 Geng Banyak Bebel
cantik jadi kartun tu..klu dia betul2 hidup mesti cantik kan..:-)
ReplyDelete