FB

Tips: Cara Mengenalpasti Si Misteri di Facebook

By iha - 8/29/2012 04:09:00 PM

Assalamualaikum/Salam sejahtera..


Tiba² aku rasa nak kongsikan tips yang tak seberapa ni kat korang yang tak seberapa jugak. xP

Sepanjang aku berkawan dengan mana² manusia kat FB, ramai yang tertanya-tanya:

"Wujud ke orang ni?"

"Eh mana gambar betul? Menyamar ke apa dia ni??"

Aku terfikir, macam mana ek nak bezakan sama ada orang tu wujud ke tak walaupun dia tak pernah dedahkan identiti dia kat FB. Tapi tu soalan masa aku baru sign up FB, sekarang dah dua tahun maa benda tu dah lepas.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama:


Mutual Friends
Masih ramai yang masih kurang faham maksud mutual friend yang ditunjuk dari FB. Secara ringkasnya, Mutual Friends bermaksud rakan yang sama.

Contohnya, korang pergi kat orang yang korang nak siasat ni. Lepas tu korang tengok ada tak mutual friends dia. Kalau ada, bermakna korang memiliki rakan yang sama dengan dia.

Contoh lagi, korang ada kawan yang bernama Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae (ceh, kawan dengan pelakon Ombak Rindu je..) dan si misteri tu pun ada kawan yang sama macam korang jugak, tu la maksudnya mutual friends.

Mutual friends antara cara paling mudah untuk korang siasat walaupun si misteri tu dah private friend list dia. Nak lagi mudah, korang boleh tanya mutual friend korang kalau kenal si misteri ini.

Info
Serius cakap, ramai yang nak 'menyorok' dari FB tapi kebanyakannya FAILED tentang info diorang sendiri. Takat tak tunjuk gambar tapi semua biodata dia terpampang, tu bukan si misteri namanya.

Aku selalu dapat tangkap si misteri dari biodata diorang sendiri. Tapi kalau masih tak berjaya, jom siasat cara lain.

Baca Setiap Post
Kadang² si misteri ni tak sedar yang orang boleh siasat dia melalui setiap post. Kalau dia letak status nak pergi makan termasuk bubuh lokasi sekali, orang dah tau kat mana dia tinggal.

Melalui post jugaklah kadang² kita akan tau nama betul dia melalui komen kawan². Senang cakap kebanyakan persoalan kita terhadap si misteri ni ada pada wall diorang. Cuma korang sanggup ke tak jela nak baca banyak² post tu.

Pic's Tagged
Jangan terlepas untuk menyemak + menyelongkar setiap gambar dalam Profile Picture, Cover Picture dan Photo Album. Selalu orang akan tanya kenapa takde gambar sebenar, tapi diorang yang MALAS nak cari bahawasanya gambar sebenar mesti tersorok dalam². Itu kelemahan FB User yang selalu aku perasan.

Tapi kalau tak jumpa² jugak, korang jangan lupa kat satu lagi tempat yang dikira agak penting dan kebanyakannya memang takkan TERfikir untuk melihatnya. Pergi ke Pics Tagged. Ala, tempat orang upload pic lepas tu tag kat kita tu. Klik je Photo nanti korang akan nampak gambar dan video yang di-tag.

Siasat Laman Web yang Lain
Ni lagi satu kelemahan sesetengah manusia yang TERlebih bijak. Diorang sorok identiti bagai nak rak, tapi semua biodata diorang ada dekat laman sosial/web yang lain. Lepas tu letak link kat Info/About FB. Adoyainyepunkan..

*Kisah benar disebalik wujudnya idea menyiasat..
Ok ni aku nak kongsi kisah aku sikit (sikit ke?). Aku memang seorang yang perahsia, aku ambik masa BERRRbulan² untuk dedahkan identiti aku kerana 2 sebab. 1st, sebab diri aku tak senormal orang lain dan 2nd, umur aku.

Waktu tu aku agak muda kalau nak dibandingkan dengan kawan² yang berusia dua kali lipat dari aku sendiri. Bagi aku umur semuda macam tu susah nak dapat kepercayaan dari orang dewasa jadi aku TERpaksa berkelakuan sama macam orang tua. Dalam masa setahun aku akan letak gambar sebenar aku sekali sahaja dan tak sampai sebulan aku akan pakai fake photos balik.

Nak dijadikan cerita, aku pernah saja² sakat seorang kawan FB yang serius handsome dan tak nampak macam bangsa Melayu langsung. (For information, aku tak tertarik langsung dengan beliau) Aku sakat sebab post dia selalu berlambak dekat news feed aku, so aku usiklah salah satu pic yang dia ada. Ingat, aku sakat dia bukan pikat dia tau.

Entah apa jenis saka yang rasuk dalam badan dia, tiba² dia marah aku sebab tak letak gambar sebenar. Mula² aku jawab dengan cool. Lama² dia macam ugut aku. Dia kata jangan marah kalau dia buang aku dari FB dia. Siap tuduh aku stalker dia pulak tu.


Agaknya macam ni kot muka aku tengah stalker orang.. ngehehe..

Aku terkejut, bukan terkejut sebab abang handsome nak buang aku, tapi aku terkejut sebab APA HAK DIA SAMPAI NAK UGUT AKU MACAM TU SEKALI? (sambil tepuk meja lepas tu tendang meja ke dinding)

Aku PM dia, tanpa panggilan abang (aku tak pernah tak panggil abang pada lelaki lebih tua melainkan ada sebab lain) aku cakap jangan paksa aku macam tu, dia pulak dengan perangai hodohnya tetap tak boleh terima segala alasan aku. Aku bengang, dalam hati dah menyumpah² ni (err, saka dah berpindah ke badan aku pulak kot). Patut sebagai seorang lelaki berilah galakan pada wanita yang tidak menyebarkan gambarnya kerana ingin mengelakkan mata dari berzina. Ni tak, dari situ aku dah tau perangai dia ni macam mana.

Aku tak boleh kata dia bodoh sebab aku bukan la manusia yang sempurna. Cuma aku bengang satu je, lain kali siasat la betul². Kalau dia tu bijak, dia dah jumpa gambar aku tau. Dekat tagged picture je dah ada dekat 5 keping (sesuai ke guna perkataan keping?) gambar aku dekat hospital dengan geng² Rock Selamba. Apa daa..

Aku siap cakap kat dia, kalau nak buang aku jugak, buang la. To be honest, aku bukan suka orang macam tu walaupun aku sedar aku ni taklah sesempurna + secantik + sehandsome dia. Tapi takde hak kot dia nak ugut aku macam tu. Err, sampai sekarang dia tak buang aku dari FB dia pun, nampak sangat masih berharap. :D

Kalau aku letak gambar dia kat blog ni, aku berani jamin takkan ada seorang pun perempuan yang takkan pandang muka dia lebih dari sekali. Tapi aku tak nak aibkan maruah dia. Cukup la aku cerita perangai hodoh dia tu je, hahaha..

Raya pertama hari tu, aku letak gambar sebenar aku sampailah semalam lepas tu macam biasa tukar balik gambar tak betul. Nak je aku birukan nama dia dan bagitau aku dah letak gambar sebenar. Tapi tak kuasa aku, nampak sangat aku tergedik kat dia. Bak kata orang utara, lantak pi la..

Wooo, panjang jugak entri aku ni. Nampak sangat aku tak mengamalkan Wordless Wednesday. Nasiblah korang nak baca panjang² nanti.. (cakap dengan nada tak berperikemanusiaan)

  • Share:

You Might Also Like

2 Geng Banyak Bebel