ยญ
ยญ
Facebook Tutorial 9: Tukar Warna Tulisan Selain Warna Biru - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising
FB

Facebook Tutorial 9: Tukar Warna Tulisan Selain Warna Biru

By iha - 8/01/2012 01:30:00 AM

Assalamualaikum/Salam sejahtera..


Siapa kata Facebook boleh buat tulisan biru je? Korang cakap je nak warna apa, lepas ni korang dah boleh buat terus. Tak percaya? Kejap aku upload gambar. *akaun aku jadi mangsa eksperimen sekali lagi..




Masih awal untuk korang berasa jealous dengan kebolehan aku. *riak
Niat aku bukan takat nak menunjuk je, aku nak ajar korang sekali. Jangan ingat aku guna software lain untuk edit pic ni. Bab tulisan warna lain tu memang warna yang aku tukar sendiri kat FB bukan kat Paint, Photoshop, MS Office, MS Powerpoint dan lain-lain. Okeh ni step yang korang perlu ikut.

1. Pilih perkataan yang korang nak tukarkan warna. Kalau tulisan tu ada link (nama User, tulisan biru, dll) korang right click terus then click Inspect element. Tapi kalau tulisan tu warna hitam contohnya macam tulisan kat komen dan yang sewaktu dengannya, tarik dulu baru tekan right click and Inspect element.


2. Lepas tekan Inspect element tu automatik akan keluar line warna biru macam kat bawahhhh sekali. Then korang pergi pulak tengok kat kotak kecik sebelah kanan tu. Scroll kotak tu sampai bawah sekali dan STOP! bila nampak petak colour macam yang aku tunjukkan tu. Kalau rasa confused dengan kod-kod ni korang cuma akan nampak SATU petak colour tu kat bahagian Styles dan merupakan kotak akhir sebelum Metrics.


3. Tukar colour time! Tekan Shift + Left Click pada kotak warna tersebut setelah selesai fikir masak-masak warna yang korang nak.




4. Tadaaaa.. Bananana~


Take a note!

* Warna yang telah ditukar hanya boleh dilihat pada skrin komputer kita sahaja.

* Pilihlah warna yang bersesuaian untuk mencantikkan warna tulisan (sila jangan tiru warna diatas kerana mata anda akan juling secara ekspress)

* Boleh print screen dan tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain.

* Boleh ubah warna pada setiap tulisan jika menjumpai colour box.

* (extra) korang boleh tukar nama dan warna pada nama rakan anda di Notification jugak.. :P

Sekian untuk tutorial kali ni. Sila tinggalkan komen korang, nak tau jugak jadi ke tak. Serius aku mengantuk sekarang, nunite dan Selamat Mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

2 Geng Banyak Bebel

  1. ASSALAMUALAIKUM, NK BUAT NI JGLH..

    ReplyDelete
  2. @Nasuha
    Wa'alaikumussalam.. kalau tak faham boleh tanya ya.. :)

    ReplyDelete