Latest!

Lifes: Zaman Sekolah Part 5: Berniaga atau Sistem Barter?


Tiba-tiba rasa malas nak update entri lately ni. Malas tak bermaksud aku tak ada kerja. Okeh berhenti merepek.

Masih di SKTC, masih bahagian sekolah rendah, dan masih belum akil baligh, seperti yang dijanjikan aku akan cerita kisah aku berniaga di sekolah masa darjah 2.

Aku tak ingat mana datang idea nak 'berniaga' ni, mungkin sebab mak pernah cerita masa akak-akak dan abang aku sekolah dulu pernah tolong berniaga nasi lemak kat sekolah. Tak salah aku sebab tu kot 'idea baik' aku datang.


Menurut memori ingatan aku yang masih menyimpan kenangan mengong itu, aku dengan muka serius cakap kat kawan-kawan kelas aku yang lain.



Firstly aku nak cakap jangan kutuk lukisan Paint aku.

Secondly, agak-agak korang boleh faham tak maksud gambar-gambar diatas?

Ok aku cerita lebih lanjut.

Masa kecik dulu aku ni dianugerahkan dengan rezeki coklat yang melimpah ruah. Jadi aku akan bawak ke sekolah sebagai bekal. Coklat tu pulak aku dah jemu nak makan kalau tak silap. Aku nak berniaga tapi aku nak cari kelainan sikit. Jadi aku pun jual la coklat ala-ala chocolate stick tu kat kawan-kawan.

Kawan-kawan aku pulak aku tak faham kenapa diorang boleh suka dengan cara perniagaan aku tu. Nak kata macam sistem barter pun tak jugak sebab duit dibagi dengan duit dan coklat. Sebatang RM1, korang ingat murah ke RM1 zaman awal 2000-an? Masih dikira mahal tau. Keropok Mamee pun sepaket tak sampai seringgit. Ni kan pulak sebatang biskut coklat yang berbentuk jejari tu je. Masa darjah 2 aku pandai Matematik la jugak tapi tak tau la kenapa 'kepandaian' aku waktu lain macam sikit. Huhu..

Bila dah nak balik sekolah, aku tengok tempat duit belanja, ada 2-3 ringgit. Aku terkejut giler, mak selalu bagi aku duit belanja RM1 sehari. Tapi macam mana boleh ada lebih ni? 'Berniaga' yang tak macam berniaga pun tadi tambah seringgit tolak seringgit. Mana datang lebih-lebih ni? Aku cuak, lagi beberapa minit parents aku dah nak sampai. Terus aku keluarkan lebihan baki tu pastu terus aku bagi kat kawan berdekatan. Rezeki yang ada TERpaksa dibuang. Hukhuk.. bila dah masuk dalam kereta, cikgu kelas aku berdiri dekat kereta. Aku cuak dia cerita perangai aku kat mak abah aku je sebab rasanya dia nampak tadi. Kebetulan abah aku bagi dia rambutan, dia pun dok leka sembang dengan abah sambil makan rambutan.

Ending dia, perangai hodoh aku tidak berjaya dihidu oleh ahli keluarga. Sampai la masa aku tulis entri ni, aku dengan beraninya cerita kat mak. Mak aku gelak sambil cakap:

"Aku cakap dulu kalau kau tak nak makan bagi kat kawan bukan jual makanan tu. Ish ish ish.."

Hehe, seperti yang ramai orang tau mak aku ni sporting orangnya. Cuma kalau boleh bagitau la beberapa tahun kemudian. Bukan macam masa aku darjah 2 aku bagitau dia waktu tu jugak, nanti memang kena chokeslam dengan beliau. Kihkihkih..

Next part nak bagitau pasal duit belanja kena 'curi'. Cerita ni tak berapa ingat sebab masa darjah 1. Tapi yang peliknya muka 'pencuri' tu aku ingat 10,000% sampai sekarang. Heheh.. kita cerita lain kali okeh, chow!


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
5 Comments

5 comments:

  1. sy pon pernh berniaga. jual asam boi msa sekolah rendah..

    ReplyDelete
  2. @Nasuha

    ok la tu.. seronok dpt pengalaman berniaga masa kecik kan.. :)

    ReplyDelete
  3. eh camne tu tak paham...beli RM1 dapat RM1 balik...bukan ke serupa tak beli tu??

    ReplyDelete
  4. @Hatimi Tahirruddin

    Ha'ah memang pun.. bila fikir balik, awatla otak TERlebih 'genius' masa kecik dulu.. hihi..

    ReplyDelete
  5. so,mama Iha tak boleh marah,sebab Iha bukan jual tapi bagi dgn kawan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017