Latest!

Lifes: Zaman Sekolah Part 3: Pakai Baju Biasa ke Sekolah


Peace be upon you..



Cuba korang bayangkan apa perasan cikgu bila nampak kita pakai baju macam ni ke sekolah? Nampak macam retis ke? Agak2 boleh dapat makanan yang bernama penampar tak dari cikgu?

Tapi ni memang kisah benar, aku la manusia pertama kat sekolah tu yang tak tahu malu pakai baju biasa bila nak ke sekolah. -_-

Sekolah negara mana ko belajar ni beb? Mesti dah pernah kena blacklist kan??

Hehe, berapa banyak kali aku nak cakap. Aku ni anak kesayangan cikgu...

DUSH! (kena tumbuk)

Yela2 ni aku cakap betul2..

Sebenarnya, aku TERPAKSA pakai baju biasa memandangkan kesihatan aku masa tu kurang memuaskan semua orang yang memandang. Tangan dan kaki aku bengkok, agak susah nak masukkan baju sekolah dan pakaikan kain. Lagipun tak ada saiz uniform yang sesuai untuk aku. Dah mintak tolong mak saudara aku yang jahitkan tapi sempat pakai masa darjah 1 je. Lepas buat operation, tangan aku makin susah nak gerak sangat. Tapi cikgu sekolah tu semua memahami keadaan aku. Jadi diorang benarkan aku pakai baju *sekushi (seksi dalam bahasa Jepun) kat sekolah. Masa tu aku pun belum akil baligh lagi jadi dibenarkan la..


Gambar kat atas ni lebih kurang sama macam aku masa kanak2 Ribena dulu. Kalau korang tengok betul2 kat badan dia sebenarnya tulang bahagian dada timbul ke depan. Itu la salah satu sebab kenapa aku tak boleh pakai uniform sekolah dulu. Kena cari baju yang tak berlengan, kalau tangan patah kena cari baju butang depan. Okeh next time aku bagi clue lagi pasal diri aku. Jangan nangis ekk.. aku tak nak ada orang sedih, kalau tak aku karate korang xD

Kadang2 tu aku ni bersikap riak la jugak (masa kecik je). Nasib baik kawan2 jenis yang tak simpan perasaan dendam kat aku. Maklum la zaman sekolah rendah. Kalau sekolah menengah SAH mesti ada punya yang rasa tak puas hati dengan aku. Heheh.. bila ada baju baru, aku bagitau diorang "Baju ni kan, kita baru beli.. haa cantik tak? Cantik tak? Cantik tak?"

Annoying gila! (->_<-) *malu*

Sampaikan ada seorang pengawas dulu sanggup tak tegur aku sebab ingat aku ni anak orang kaya. Ye la, pakai baju tak hagak lip lap lip lap! Pastu dia ingat aku ni sombong. Bila dah kenal....

Rupanya dia ni kawan sekelas aku masa darjah 4. Masa umur aku 10 tahun, aku TERPAKSA belajar kat kelas lain sebab ada masalah tertentu. Cerita ni akan masuk dalam part akan datang. Jadi kitorang kenal masa darjah 5 sebab kelas sebelah2. Dia kelas pertama dan aku pulak kedua. (dan sekarang dia 80x ganda lagi pandai dari aku..)

Masa darjah 6 dan dalam beberapa minggu lagi nak UPSR, cikgu dari SK Batu 9 ada datang sekolah aku (bajet cakap sekolah aku xD ) lepas tu cikgu HEM bawak diorang jumpa aku. Rupanya cikgu2 ni la yang akan jadi pengawas masa UPSR nanti.

Dalam banyak2 soalan diorang, sampai sekarang aku paling ingat soalan ni:

"Kenapa dia pakai baju biasa? Kenapa dia tak pakai baju sekolah sama macam orang lain?"

Serius aku tergamam masa soalan tu keluar. Tak pernah lagi ada cikgu yang tanya dan aku tak pernah pulak rancang nak hafal skrip siap2 dari rumah. Baru tau cuak + bersalah.

Tapi nasib baik cikgu HEM jawab bagi pihak aku. Dia kata aku susah nak pakai baju sekolah sebab pernah jadi kes dulu masa tangan patah tak boleh nak bukak baju. Lepas tu barulah cikgu2 tu faham.

Dari situ baru aku tahu, cikgu2 kat SKTC sangatttt ambil berat dekat aku dan memahami masalah yang aku hadapi. Huhu~ sedih pulak bila teringatkan balik, sebab bila masuk sekolah menengah, belum pernah lagi ada cikgu yang tahan dengan aku selama bertahun2. That's why aku ni 'nomad'.

Okeh masa dah time. Esok nak pergi dating dengan doktor. Bahagian 4 aku akan cerita pengalaman pahit masa sekolah rendah. Chow!


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017