ยญ
ยญ
Lifes: Zaman Sekolah Part 2: Kantin - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Lifes: Zaman Sekolah Part 2: Kantin

By iha - 9/10/2012 04:35:00 PM


Peace be upon you..

Mana yang masih ingat dengan entri yang lepas mesti terfikir mana kisah best friend yang berlainan jantina tu.
Err, aku nak tarik balik la.. tak jadi nak cerita. 

Why Iha Zaliza, why why why?

Malu kot nak bukak kisah ni. Banyak lagi cerita bermoral yang lain.

Hmm yelaaa.. so, nak cerita pasal apa pulak kali ni?

Kali ni nak cerita pasal K a n t i n..

Ini bukan kantin sekolah aku. Cari kat Google tak jumpa pulak.. -_- 
Gambar kat atas diambil dari blog Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran ( Akibat tak jumpa gambar sekolah sendiri ). Nak kata SKTC tak popular tak mungkin. Sebab mengikut sejarah mak aku masa tahun 80an-90an ada HVD kat situ. Ala, senang cakap syarikat yang melahirkan pelakon popular macam Zamarul Hisham, Rusdi Ramli, Wan Nor Azlin dan lain-lain.

Okey2 balik ke topik asal. Sebenarnya, sepanjang 6 tahun aku belajar kat sekolah ni, tak pernah lagi aku makan kat kantin.



Heh? Habis tu makan kat mana?? Kat kelas ke???

Absolutely! Aku makan kat kelas je selama ni.

Tak kena tangkap dengan pengawas?

Kena, tapi tak termasuk dalam buku tiga lima diorang. Pengawas siap suruh sorang kawan jaga aku lagi kat dalam kelas. Auww jealous tak? Sebab utama aku tak pergi kantin mesti la ada kaitan dengan Part 1. Haa dah bagi clue tu. Takpe, nanti bahagian akan datang aku bagi clue lebih sikit.

Dan dalam tempoh 6 tahun aku belajar kat sekolah tu, cuma 3 jenis makanan je yang aku akan beli.

Bebola ikan (fishball)

Sosej (sausage)

Dan..

Nugget (nuggets)

Perghh! Gila keBaratan aku ni dulu. Serius, aku tak suka makan makanan yang berat macam nasi lemak, bihun, dan yang seangkatan dengannya. That's why badan aku cantik je dulu. sekarang pun masih cantik apa

Setiap kali waktu rehat, aku akan fikir nak makan apa. Selalunya beli 1 jenis makanan je. Kalau nak fishball beli fishball. Maklumlah duit belanja RM1. Bunyi macam banyak seringgit tu tapi waktu tu kira mahal la jugak harga makanan. Tiga2 jenis makanan kegemaran aku tu kalau beli 1 = 30sen. Jadi setiap hari aku cuma dapat beli 3 biji je (sesuai ke guna perkataan biji ek?). Tapi ada 1 penyelamat untuk aku kalau nak hilangkan rasa lapar.

JENG JENG JENGGGG..

Inilah dia penyelamat aku dulu. (minum perisa coklat je) Beli siap2 sebelum pergi sekolah. Susu ni aku minum masa darjah 1 je sebab kotak dia kecik (tak sampai 250ml) jadi senang nak pegang. Tak tau ada lagi ke tak susu ni. Yang menarik perhatian aku selain gambar lembu yang macho tu, straw dia boleh bengkok macam gambar kat bawah ni. Mak aku ingat aku suka straw ni sebab senang nak minum waktu baring. Tapi sebenarnya aku suka sebab kat tengah2 tu boleh aku tarik tarik tarikkkk sampai jahanam straw tersebut. Haha,,

(Bila fikir balik perangai aku macam jakun pulak) :D

Selalunya waktu rehat memang tak dinafikan kawan2 akan berebut2 nak jaga aku. Alhamdulillah, syukur dapat kawan yang sudi teman *walaupun aku tau diorang sebenarnya malas nak beratur kat kantin* jadi bila ramai yang nak jaga, ada la part gaduh + dushum2 (okeh, dushum2 tu aku tipu). Bila dah gaduh, pengawas pun dapat tangkap ada 'bingit' sikit kat kelas aku.

Bila pengawas nak buat siasatan kenapa gaduh, kawan2 baik aku ni pun akan cerita kenapa diorang bergaduh. Lepas tu pengawas tak puas hati kenapa mesti nak teman aku kat kelas pulak? Patut aku keluar la pergi kantin ke, bilik guru ke (tiba2). Bila kawan aku perkenalkan aku pada pengawas, apa lagi, sesi orientasi antara aku dengan pengawas la pulak kan.

Kadang2 ada pengawas yang betul2 menjalankan tugas diorang, maksudnya nak sangat keadilan, semuaaaa kawan aku kena halau dari kelas. Dan akhirnya pengawas yang jaga aku, huhu..

Tapi sekali je kot aku pernah kena macam tu, sebab takut punya pasal so ikut je arahan akak pengawas. Lepas tu, kawan aku berjaya jugak jaga aku. Kawan yang aku maksudkan tu opkos kawan berlainan jantina. Hishh nanti2lah aku cerita pasal dia dengan lebih lanjut. Tapi apa yang pasti, dia memang satu2nya kawan berlainan jantina yang sanggup jaga aku 3 tahun berturut2. :)

Okey aku sambung balik. Bila dah darjah 5-6, aku dah mula suruh kawan perempuan pulak yang jaga sebab pengawas selalu bagi aku decide sendiri. Masa tu kitorang dah Tahap 2, so kalau ada pengawas senior yang tangkap pun tak takut sangat sebab jarak umur setahun dua je. Kawan2 aku pun banyak pengawas, lagi senang aku nak suruh diorang bersubahat. Ngehehe..

Kawan yang selalu jaga aku mestilah aku takkan lupa. Diorang dua orang ni je la kawan baik masa aku sekolah rendah dulu. Mention sikit nama diorang Sheila dan Norma. Sheila dah 2 tahun aku tak jumpa dan Norma pulak dah 5 tahun. Bila sembang kat FB pun aku dah rasa malu2 meow sikit. :3
 Hope boleh jumpa korang lagi.. :)

Ok, otak aku tetiba blank pulak. Rasanya cukup sampai sini je kot kisah kantin ni. Nanti kalau aku ingat aku update la balik. (senang2 je budak ni buat keputusan -_-)

Part 3 nanti nak cerita pasal B a j u. Kemungkinan korang akan menyampah dengan aku lepas baca Bahagian 3 pulak. :b Chow!

  • Share:

You Might Also Like

0 Geng Banyak Bebel