Latest!

Lifes: Zaman Sekolah Part 1: Katil di Kelas


Peace be upon you..

Kepala tengah pening. Mood nak update blog pun takde sebenarnya sebab tak berapa ok. Tapi komitmen kena ada untuk kejar cita-cita. Cita-cita? Ha'ah, ni je la cita-cita yang boleh aku harapkan sekarang. Harapnya berhasil la, Insya Allah.. :3

Waktu forever alone ni la aku tiba2 teringat masa zaman sekolah dulu. Teringat cikgu lelaki ni (tak ingat nama dia Amir ke Amri) pernah cakap, zaman sekolah adalah zaman yang paling best sangat. Nanti bila dah besar korang semua akan faham macam mana susahnya hidup. Aku pulak cebik bibir sambil monolog 'Mana best zaman sekolah'

Sekarang bila teringat balik CONFIRM tersenyum sorang2 macam monyet kekenyangan (pernah dengar tak perumpamaan ni?). Yela, seingat aku la kan, masa sekolah je aku kuat gelak. Bila dah besar, macam dah takde masa nak gelak golek2 sangat. Banyak masalah nak kena fikir.

Mana aku nak mula dulu ek, zaman sekolah aku sama macam pelajar yang lain. 12 tahun belajar secara asas. Jadi mungkin kisah sekolah aku akan jadi sebuah Telenovela, ewahh..

Mula2 aku nak cerita pasal katil dulu.



Katil?

Hee, yup.

Dulu, aku ada sebuah katil (tipu, dia ada 2 buah katil) 1 untuk rumah dan 1 lagi untuk sekolah. Sejak tadika lagi aku guna katil kat sekolah. Katil tu memang dari rumah sendiri dan bukan aku curi dari sekolah.

Lebih kurang macam ni la baby cot aku dulu. Kalau bosan boleh main benda bulat tu, hikhik..

Err, kenapa guna katil? Iha Zaliza ni kuat tido kat kelas ek?

Heppp, cakap baik2 sikit.. dulu aku ni anak murid kesayangan cikgu. Asal cikgu nampak aku je cikgu melompat keriangan. Bila waktu sekolah dah habis, cikgu macam berat nak lepaskan aku untuk balik rumah. Jadi cikgu pun bagi aku baring dalam katil sambil belajar. Nak tido pun takpe.

Okey, ayat diatas adalah dusta semata-mata....

Sebenarnya katil sangatlah penting dalam kehidupan aku masa kecil dulu. Takde katil kemungkinan budak2 akan pijak aku sampai penyek. Sadis kan.. jadi untuk mengelakkan kesadisan itu, keluarga aku perlu sediakan katil bayi (masa tu fizikal kecil je lagi tak macam sekarang, err..) untuk elak orang langgar aku yang tengah baring.

Baring pulak.. apsal tak duduk je?

Aku mana boleh duduk. 24 jam baring, takkan tiba2 boleh duduk pulak. Nampak sangat David Copperfield yang tolong. xD

Pasal kenapa aku cuma kena baring tu, nanti lain masa aku cerita pada entri akan datang. Tapi buat masa ni aku nak cerita kisah katil dulu.

Sepanjang tadika sampai tingkatan dua err tiga kot, tak ingat pulak, lebih dari dua jenis katil dah keluarga aku tukar. Bukan sebab aku obesiti apatah lagi kena curi. Tapi sebab katil pernah patah akibat budak2 panjat masa aku takde kat kelas (ayat lebih sedap adalah masa aku PONTENG KELAS). Katil kayu kot, biasalah zaman sekolah rendah, semua orang tertarik nak tengok katil tu. Masa tu kat Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs (SKTC). Diorang pun panjat2 la sambil masuk dalam katil sekali-sekala. Ini bukan fitnah tapi pengakuan diorang tanpa aku tanya. Betapa rasa tak bersalahnya kawan2 aku ni dulu.

Bila baring dalam katil ni, semua orang ingat aku ni budak lebih muda dari diorang. Padahal diorang darjah 1, aku pun darjah 1. Ada yang sampai ingat aku ni baby. Kalau tak takkan la ada abang salesman ni dulu dok sibuk jual buku kat kelas kitorang. Tiba2 bila nampak aku, dia pandang kawan2 aku yang lain sambil cakap:

Syhhh, jangan bising.. baby tengah tido..

Padan muka ko abang salesman, kan dah kena gelak dengan kawan2 aku. Aku pun gelakkan dia jugak. Maklumlah masa kecik bukan rasa bersalah sangat nak gelakkan orang ni. Bila abang tu tanya kenapa, kawan aku pun bagitau nama aku. Lagilah abang tu blur. Kawan2 aku tu ingat aku ni retis ke sampai sebut nama je orang lain boleh kenal terus. Haha.. nasib baik aku baik, beli jugak la buku yang dia jual tu (padahal masa kecik dulu mudah terpedaya dengan kata2 salesman) akibatnya, tiga2 buku dia yang aku beli aku kena siapkan masa dok kat hospital. Hahaha..

Ada jugak yang ingat aku ni anak cikgu. Ye la, diorang ingat 'mak' (cikgu) sibuk pastu letak aku kat dalam baby cot masa dia sibuk mengajar. Aku pulak memang ada cikgu yang sayang (yang ni tak tipu) sebab simpati dengan hidup aku. Jadi diorang mengaku aku ni anak diorang. Hmm, rindu kat cikgu tu. Nanti aku nak cari FB dia dan nak invite dia dalam blog ni. :)

Dulu kalau baring kat katil mana boleh lari. Dok situ dari mula hingga nak balik. Sebab tu aku tak boleh lupakan insiden pengotoq masa darjah 1 dulu. Ada ke kawan aku ni bersin kat muka aku. Habis splash! kat seluruh wajah aku. Dia pulak gelak je memanjang. Tapi waktu tu je aku marah dia, esok lusa dah lupa. Tapi sekarang dah ingat dan rasa macam nak mengamuk balik. Haha..

Dan sejarah yang paling aku ingat sekali dan takkan sekali-kali lupa (melainkan aku hilang ingatan) adalah masa aku darjah 4. Masa tu budak2 UPSR nak guna kelas kitorang jadi kena halau semua budak2 dalam kelas. Tiba2 diorang pandang aku yang mostly lelaki dan mula tanya aku macam2 tapi dah lupa (belum hilang ingatan lagi dah lupa). Tiba2 lagi, cikgu perempuan yang paling aku takut masa tu dah datang.

Korang tau apa cikgu tu cakap?

Haa, korang semua nak buat apa ni.. nak ngorat yeee..

Ya ampun, malu aku kena macam tu. Budak2 laki tu pun nafikan jugak. Tiba2 cikgu tu ada benda nak cakap dengan aku. Seperti yang dijangka, aku jugak bakal dihalau dari kelas tersebut. Yang aku takut, seumur hidup aku belum pernah lagi individu kat kelas tu dibenarkan untuk mengangkat badan aku melainkan my parent. Ala nanti la aku cerita kenapa dan apa sebabnya. Aku cuak dah ni. Tiba2 cikgu tu bagi idea yang agak luar biasa.

Cikgu nak awak semua ni angkat katil dia sampai kat stor depan ni.

Korang faham tak? Maksudnya, aku tak kena dukung tapi KATIL aku yang kena dukung. Huahaha.. lagilah aku cuak beb. Aku ada kat dalam tu kot.

Budak2 (abang2 la senang cakap) pun tanpa bantahan terus angkat katil aku secara beramai2. Serius dah macam ada upacara pulak kat sekolah tu. Masa abang2 tu bawak aku keluar dari kelas dan nak menuju ke stor, depan kelas aku ada 1 kelas lagi jadi mesti diorang tergamam masa nampak ada flying bed lalu luar kelas diorang. Hahahaha.. sekarang boleh la aku gelak. Dulu? Cuak habis woo.. jangan harap nak rasa seronok. Apa aku nak jawab kat mak abah aku yang aku dah kena 'kidnap'?

Sampai kat stor tu, cikgu cakap katil aku tak muat nak masuk, jadi cikgu tu TERpaksa buat keputusan untuk dukung aku dan letak aku dekat sofa dalam stor. Lagi cuak + gerun + takut. Bukan sebab dia cikgu yang paling aku takut tapi sebab aku takut dia silap style untuk dukung aku. Silap cara aku jugak yang sakit nanti.

Masa dia angkat tu.... jeng3..

.
.
.
.
.
.

Aku rasa macam tengah terbang pulak. Hihihi.. Tak sakit la senang cakap dan yang memeranjatkan aku, cikgu tu tau cara angkat aku dengan betul. Walawei, setahu aku cikgu ni tak pernah tengok mak dukung aku macam mana sebab tiap kali waktu math dia selalu sibuk dan mak terus bawak aku balik rumah.

Adakah cikgu selalu mengintip saya? Hehe.. I lebiu la cikgu!

Bertemankan bestfriend aku Rabiatul (ni lagi sorang nak kena cari FB dia) masa tu, aku nampak dengan jelas muka mak aku berubah masa nak jemput balik rumah. Apatah lagi abah. Tapi yang pasti, dua2 orang tua tak marah aku, Alhamdulillah..

Haa, penat tak baca? Baru part 1, lepas ni nak cerita pasal bestfriend berlainan jantina pulak. Meow~


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. salam..jemput singgah n follow shoppylegacy.blogspot.com , pelbagai tudung menarik ada, promosi sehingga 15 september ini, tenkiu :D

    ReplyDelete
  2. Rajinnya adik ni menulis kisah zaman sekolah, tengah fresh boleh ler ingat. Kalau dah kertu mcm akak ni, huhu....semuanya kabur.

    ReplyDelete
  3. @~~zana@pb~~

    Hehe tak jugak kak, datang nyanyuk saya CONFIRM blur memanjang.. ahaha :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017