Latest!

Lifes: Hari yang Bakal Disibukkan

Assalamualaikum..


Pertama sekali nak ucapkan padan muka kat diri sendiri terlebih dahulu. Sejak habis sekolah lagi aku dah cakap yang aku BOLEH dan TAHU nak bahagikan masa sebagai penulis, pemuzik, blogger, dan yang sewaktu dengannya. Sekarang? Rasa macam dah nak botak Mediterranean dibuatnya, even aku masih tak sambung belajar tapi waktu jadual harian aku serius padat!

Kadang-kadang tengah fikiran kusut tu melodi baru tiba-tiba datang. Bila tengah rakam muzik, aku dah lupa balik kaedah nak buat rangka novel. Bila study balik dan buat research, dan-dan pulak ada kawan yang tanya itu ini pasal blog.. kang tak balas takut ada yang terasa. Malam pulak aku rasa bertanggungjawab nak teman DJ merangkap geng aku yang baru buat radio rock online.. bila rasa nak update blog, ehh dah pukul 3 pagi rupanya.. haishh, sekarang nak cukupkan waktu tidur memang payah..

Jadi akhir-akhir ni aku TERpaksa 'menyombongkan diri' seketika untuk menyemak dan menepek komen pada blog korang. Santabi! (maaf dalam Bahasa Batak/Mandailing)


Iklan: Lagi 3 hari aku dah nak jadi remaja tua, haishhh botak-botak.. (=_=")


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
12 Comments

12 comments:

  1. hoho.. nampak sibuknya disitu.. ^_^. Dengan kerja yang banyak rancanglah kerja dengan tersusun.

    ReplyDelete
  2. hihihi botak meditrenean tu camne agaknya? apa2 pon lu rilek je...buat je ikut mana yg sempat....yg bab melodi lagu tu lu selamba je rekod sambil tgh menaip entri...amacam cantek tak idea wa..?

    ReplyDelete
  3. Tq follow makcik.
    Nampak gaya cek masih muda belia lagi....and masih banyak waktu untuk 1001 macam activity.
    Teruskan "kekalutan"sekarang, moga nanti pandai cari/bahagi masa bila waktu itu diperlukan..:))

    ReplyDelete
  4. Woooo. .mmg busy betul iha ni, relax2 sikit ya..jaga kesihatan..cukupkn tido tu..nti muka tu nmpk tua dr umur kalu x cukup tido..

    ReplyDelete
  5. perghhh pemuzik tu... tak lama lagi ni boleh jadi artis.. hebat2!!!! Alhamdulillah sebab dah pndai agihkan masa.. satu peningkatan pd diri sis.. tahniah! ^_^

    ReplyDelete
  6. @Mohd Lokman Bin Ramli

    Tula, dalam proses buat jadual harian.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  7. @Hatimi Tahirruddin

    Sebijik mcm botak pulau tp botak mediterranean ni lawa sikit.. hehe.. ok gak tu, tenkiu menkiu brader.. :)

    ReplyDelete
  8. @makcikkantin

    Terima kasih Makcik.. :)
    P/s: Sedap nama belog Makcik, hihi..

    ReplyDelete
  9. @Hanny Abdullah

    Hehe, terima kasih mama atas peringatan.. nanti free2 iha singgah tempat mama ye.. :)

    ReplyDelete
  10. @✿A I N A A✿

    Twinkle2 Little Star je iha pandai buat la kak Ena.. huahua.. thanks sis! n_n

    ReplyDelete
  11. nanti kalau dah free, bolehlah aktif blogging balik

    ReplyDelete
  12. nampaknya iha memang sibuk nie..rasanya baik selesaikan satu2..nanti klu buat semua takut satu benda pon tak jadi..nie sebagai nasihat je..:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017