Latest!

Segmen: Diriku Istimewa

Assalamualaikum..

KLIK PADA BANNER

Baru tak sampai 24 jam aku update entri yang mengatakan aku akan sibuk dengan kerja-kerja baru. Tetibe pulak aku join segmen ni ek? ini semua POYO Memang aku TERtarik dengan tajuk segmen ni. Aku tak kisah kalau tak menang, asalkan dapat memeriahkan segmen dari kawan-kawan kita.

Kelebihan yang patik ada tidaklah sehebat seperti rakyat jelata yang lain, tapi ingin sangat patik nukilkan sedikit 'keupayaan' patik pada segerombolan makhluk di planet Bumi ini (rosak bahasa weii).

Berikut merupakan anugerah yang Allah SWT beri pada aku:

1. Boleh letak siku kat mulut dan telinga. Ahaks..

2. Boleh garu badan dan kepala guna kaki. Kaki jugak boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh tangan. Selalunya kaki memainkan peranan waktu tangan patah.

3. Boleh ingat apa yang orang lain tak berapa ingat. Bukan riak, tapi serius aku geram bila orang jadikan aku 'kalendar' sebab aku boleh ingatkan diorang apa-apa perkara yang patut diingat.

4. Boleh main piano, keyboard dan gitar dalam keadaan mata tertutup. Aku akan buat macam ni bila tak boleh tidur. Nanti automatik muzik yang aku mainkan tu jadi lullaby walaupun muzik macam tongkang pecah.

5. Suara aku halus macam Alvin and the Chipmunks, tapi secara jujurnya aku boleh menyanyi lantang macam Black dan Masatoshi Ono (Galneryus). Serius tak tipu, tapi aku taknak menyanyi sebab tak semua orang dalam ahli keluarga aku dengar suara aku yang sebenar. Aku seorang yang amat pemalu ini semua POYO. Dan aku akan pegang prinsip suara perempuan itu aurat, jadi buat apa aku nak tunjukkan?

6. Boleh minum air Nescafe lebih dari 4 kali sehari. Ehh tu kelebihan ke??

7. Boleh tahan lapar selama sehari. Kira kelebihan la jugak kan, hee..

8. Boleh hafal sesuatu perkara dengan cepat. Tapi sayangnya boleh lupa sesuatu perkara dengan cepat jugak..

9. Boleh makan dan minum dalam keadaan baring. Kalau aku tak larat sangat nak duduk, aku akan mengiring ke kanan dan makan guna sudu. Bila sakit badan, aku dengan selamba tenuk minum dalam keadaan baring tanpa guna straw. Benda ni aku buat sejak kecik lagi masa belum boleh duduk, sebab tu aku dah biasa. Bak kata abah "Kita jangan tiru cara dia (aku) makan, perut dia dah terbalik". xD

10. DAN yang paling istimewa sekali tentang diri aku ialah, aku memang dilahirkan menjadi 'anak istimewa'. Bukan semua orang ada kad OKU macam aku. Ada faham? :)

Sekali lagi ditekankan, aku bukan riak ataupun takbur dengan kelebihan yang aku ada, cuma nak kongsikan sedikit apa yang Allah kurniakan untuk aku. Korang join la segmen ni sekali. Nak jugak tahu kelebihan yang korang ada, mesti lebih osem.

Sekian, saya mahu mensibukkan diri semula.. kali ni serius aku sibuk.
ini semua POYO


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
19 Comments

19 comments:

  1. saya pulak xleh lapar lebih2 lg kalo on9..snack ade bantai je makan..haha

    ReplyDelete
  2. hehehee hebat lah lu boleh minum nescafe tu....

    ReplyDelete
  3. thank u sebab join... ajaklah kawan2 lain join jg ya.

    ReplyDelete
  4. wah blog dah bertukar wajah...:)

    ReplyDelete
  5. @Nick Nashram

    Kalau on9 sy suka letak jajan kat sebelah tapi tengok je, tak suka makan.. hehe..

    ReplyDelete
  6. @Hatimi Tahirruddin

    Sebenarnya wa minum setengah cawan je neskepe tu.. kalau 4 kali baru 2 cawan.. hehe.. design blog je tukar, domain belum lg :D

    ReplyDelete
  7. @amier_fekhry

    Terima kasih kembali Cikgu Fik.. :)

    ReplyDelete
  8. dirimu betul2 istimewa... ^_^

    selamat bersegmen... :)

    ReplyDelete
  9. selamat bersegmen ^^
    nanti setting kat komen ye
    http://www.fatindiana.com/2012/12/mood-nak-blogwalking-terbantut-bila-2.html

    ReplyDelete
  10. THANKS sbb join contest ni... Fik telah lanjutkan contest sampai 10 mac.. result akan keluar pada 13 MAC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok terima kasih sebab beritahu ye cikgu..

      Delete
  11. shad dari segmen yang sama.. hebatnya boleh main banyak alat muzik..
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2013/02/segmen-diriku-istimewa.html
    pssstt: shad follower ke#300 . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iha pandai rosakkan alat muzik je, hehe.. btw, good luck tau kak Shad.. :)

      Delete
  12. Perhh ! bleh letak siku kat mulut ? Awesome nya .. sakit tengkok try buat .. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak lupa nak bagitau.. Dayah jangan try tau, nanti sakit pulak.. iha boleh buat sebab tulang tangan dah memang bengkok..

      Delete
    2. Ohh ! hehee.. tp dah try .. hihii

      Delete
    3. By the way , kita dua menang !! awak dapat ION WATCH Dayah dapat novel

      Delete
  13. terbang dari heli royal malaysian dari segmen yang sama..
    http://bakaljenazah94.blogspot.com/2013/03/segmen-diriku-istimewa.html
    done follow iha..and byk nye kelebihan..nice..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017