Latest!

Lagu: Harapan

Assalamualaikum..



Intro

Di malam nan sepi
Termangu sendiri
Bagai melihat bayanganmu menemaniku

Kucuba amati
Nyata bukan ilusi
Lantas kusedar hanya khayalan disampingku

Chorus

Kelibatmu yang semakin pudar
Merindumu bagai dijentik rasa pilu
Hati sayu tatkala terpisah
Entah bila kitakan bersua

Ending

Ku pejam mataku
Dan helah nafasku
Namun masih tidak dapat mencari ketenangan

Ku hanya berserah
Pada Yang Esa
Agar harapan ini akan dimakbulkan

Suatu masa nanti...

Jiwang tak aku? Aku sendiri pun nak termuntah bila baca balik lirik lagu yang aku buat tahun lepas. Nyanyi untuk diri sendiri je boleh la.. kalau nyanyi untuk orang lain takut ada pendarahan kat telinga pulak. Heheh.. lagu ni sungguh simple, melodi ala-ala orang malas nak buat lagu. Tapi yang pasti, lagu ni aku TERcipta masa pukul 9-10 malam, termenung sorang-sorang sambil main gitar kapok.. memang lirik ni keluar dari luahan hati aku. Sebab seseorang dulu aku jadi minah jiwang. Sekarang jangan harap, sebab tu bahasa aku agak kurang sopan dengan mana-mana member kaum Adam yang aku kenal sekarang. Sebab aku taknak jadi lembik macam dulu, sekian.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
10 Comments

10 comments:

  1. amboi,jiwang pun..hehe :DD

    ReplyDelete
  2. boleh jd composer ni.. hehehe tak jiwang pun, kalau kita kita bg benda ni kat kwan sejati kita.. hikhikhik

    ReplyDelete
  3. boleh tahan lirik tu :D
    ada bakat terpendam ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. @Honey Yeo

    Dalam hati ada taman permainan gitu, hihi..

    ReplyDelete
  5. @✿A I N A A✿

    Kalau kak Ena nak karok lagu ni utk bespren dipersilakan.. :D

    ReplyDelete
  6. @Tengku Iji

    Bakat terendam ada la doktor.. huahaha..

    ReplyDelete
  7. wah hebak2....camne agaknya melodinya ye...try la rekod dan upload...

    ReplyDelete
  8. @Hatimi Tahirruddin

    wa cuma perlukan sorang vokalis je utk nyanyi tapi x jumpa lagi, hehe..

    ReplyDelete
  9. @Iha Zalizaeh..lu try la nyanyi....kot2 ada bakat terendam ke...

    ReplyDelete
  10. @Hatimi Tahirruddin

    Kalau nak Malaysia banjir, lu boleh suruh wa nyanyi.. hahah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017