Latest!

Lifes: 14th February

Assalamualaikum..



Gambar diatas merupakan besi K-wire yang telah berjaya dikeluarkan di tangan kanan aku pada 14 Februari 2011. Ini pembedahan kali pertama dijalankan di tangan kanan aku yang comel pada hujung bulan Oktober 2001. Ia TERpaksa dikeluarkan akibat besi ni dah bergerak sikit menyebabkan dia TERjatuh ke siku. Bila aku nak tahan badan dari terjatuh, benda tajam tu terasa betul-betul ada kat situ.. euwww, dulu aku takde la ngilu sangat, bila tau rupa sebenar besi ni terus rasa seriau. sekarang ada 6 lagi besi yang sama kat kedua belah kaki dan tangan kiri aku.

Sekarang ni semua besi yang ada kat badan aku rasa macam dah bergerak sikit. Besi kat tangan kiri macam dah terkeluar sikit dari pergelangan tangan, besi kat kaki kiri aku rasa dah timbul kat lutut dan besi kat kaki kanan aku terasa dia ada kat tumit kaki. Nak pijak memang payah. Tapi bila bagitau nanti doktor suruh buat operate pulak. Malas la, boring dah asyik kena masuk operating room je.. -_-

Ohh lagi satu pengalaman aku pada tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza (2010) ialah masa kali pertama beli laptop Acer.


Sumpah aku tak reti langsung guna komputer waktu tu. Nak gerakkan cursor tangan menggeletar, abang aku ajar klik kanan, aku betul-betul klik anak panah kanan kat keyboard. Aku klik folder banyak kali tapi tak masuk jugak, rupanya kena tekan double click. Aku tak tahu apa itu Google, tak reti download. Orang ajar tekan button download aku pi tekan Ctrl+S (save page as), pastu dah siap Ctrl+S aku cakap "Uish, lajunya internet malam ni.. baru download tak sampai seminit dah siap.." akhirnya aku kena gelak dengan adik-beradik aku yang lain.

Dalam masa sebulan lebih, aku TERberjaya tukarkan segala format dalam komputer aku kepada satu jenis format sahaja. Waktu tu nak cuba install game Plants VS Zombie sendiri tanpa bantuan orang lain. Entah apa yang aku godek-godek, tiba-tiba semua fail bertukar ke format untuk bukak game tersebut. Disebabkan laptop waktu tu cuma boleh terima satu jenis format je, aku pun tukarkan ia ke permainan mahjong. Mak aku suka gila main mahjong ni, bagi mengelakkan dia marah kenapa laptop aku boleh jadi macam tu, aku TERpaksa pancing dia dengan cara lain. Huhu.. beberapa bulan kemudian, akak aku tolong hantar ke kedai, kena bayar RM50..

Sampai sekarang aku takkan usik fail game ni. NAK TENGOK PUN TAK HINGIN! (trauma)


Itu antara pengalaman yang paling aku ingat berlaku pada 14 Februari. Takde kena mengena dengan hari kekasih yang orang kita suka sambut sekali. Sejak kecik lagi aku tak suka sambut benda tu sebab mak dah cerita asal-usul velentaindey ni.

Lepas ni aku nak buat entri pasal hidup aku antara Langit, Awan, Pokok, dan Bangunan pulak. Macam dalam subjek Komsas pulak rasanya. Tunggu aku larat sikit baru update, lepas balik dari Taiping sakit kepala makin menjadi-jadi pulak. Aku jenis tak suka makan ubat, bukan sebab takut.. tapi sebab aku lagi suka tahan sakit dari makan ubat. Boleh gitu? (alasan)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
13 Comments

13 comments:

  1. aduh besi dia...tgk pon dah rasa ngilu...taktau la camne lu rasa agaknya...kalau ada yg tak kena dgn position besi tu wa rasa elok lu consult doktor...

    PS: wa pon suka main mahjong tu...mmg boleh isi masa2 yg terluang...

    ReplyDelete
  2. syg sakit apa?? xcident teruk ke dlu?? ya Allah, ena tak tahu pun sis jadi mcm ni..

    ReplyDelete
  3. @Hatimi Tahirruddin

    Buat masa ni wa malas, nanti kena potong besi sikit.. kena operate lagi.. susah nak bukak blog nanti, hehe..

    ReplyDelete
  4. @✿A I N A A✿

    Hihi.. hari tu iha ada cerita sikit pasal penyakit iha kat SINI
    ingat lagi tak? :)

    ReplyDelete
  5. ngerinya tengok besi tu...

    ReplyDelete
  6. wahhh besi tu ..ishhh ..ini betul-betul pengalaman suka duka ..semoga hari mendatang lebih baik :)

    ReplyDelete
  7. @Mia Liana

    nipis je ni kak, tak ngeri pun.. nak jadikan pencungkil gigi pun rasanya takde masalah kot.. haha..

    ReplyDelete
  8. @Liza Razak

    ada budak 3 tahun pakai besi lagi besar dan nampak sungguh creepy, kesian dia.. :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017