Lifes: Kisah Honeymoon di PPUKM #1

By iha - 3/26/2015 07:52:00 PM

Assalamualaikum..

Macam yang pernah aku cerita kat sini, sepatutnya aku dah tak dapat nak ambik Pamidronate lagi sebab dah cukup dos. Tapi taktau la pasaipa haritu doktor ada call mak aku suruh aku admit ward dan ambik ubat tu balik.

Jadi, berlakulah kejanggalan setelah hampir 4+2-2 tahun tak masuk wad.
Ada ke yang nak baca panjang-panjang ni?

18 Mac 2015

Lepas setel sepahkan bilik + download beberapa buah filem kat komputer lejen ni, akhirnya aku tidur dalam pukul 3 pagi, Dah set jam nak bangun pukul 5:30. Konon-konon sempat nak solat, bersiap dan kemas baju. Sekali terlajak pukul 6 pagi! Alamak, dah nak subuh ni. Aku pun cuba bersiap selaju Flying Dutchman. Ambik je baju kemeja pink kat dalam almari pastu pakai instant shawl. Yelah, dah janji dengan abah nak gerak ke hospital lepas subuh (padahal mak kata gerak pukul 7.30 pagi).

Aku download cerita ni atas permintaan mak aku. Hihi..
Credit

Akak aku ada la tolong kemaskan beg aku. Dengan hensemnya aku antara yang paling awal bersiap sambil dok diam-diam tunggu mak, abah, dan adik aku bersiap.

Tiba-tiba, perut memulas.


Aku abaikan je, mungkin perut aku ni masuk angin kot. Sekali makin lama makin memulas dan pedih. Adoila, mesti nak suruh aku berak o'ok ni. Dengan kelam-kabutnya mak suruh aku pergi berak o'ok dulu. Selalunya kalau dok kat hospital aku memang takkan berak. Selagi belum balik rumah selagi tulah aku simpan 'pelaburan busuk' ni elok-elok kat dalam perut.

Kesudahannya aku orang paling last sekali siap. Semua dah tunggu aku. Cis, jahat benau pelaburan ini. So kitorang gerak dalam pukul 8 lebih dan sampai kat hospital dekat pukul 10 pagi,


Bersiap tanpa bersolek.
Takkan masuk wad nak pakai mekap pulak.
Waktu ni tengah buat muka baik tunggu nama dipanggil.



Iklan: Cuba teka berapa umur mak saya??

Sempatlah jugak kitorang buat jejak kasih. Jumpa balik kawan-kawan senasib. Yang sorang tu dulu darjah 5, yang sorang lagi umur baru 2 tahun. Sekarang dah besar dah diorang. Aku pun dah makin tua. 

Lepas tu nurse panggil kat bilik rawatan. As usual, aku kena ambik darah dan buat line sekaligus sebelum jumpa doktor. Ambik darah tu untuk periksa tahap kalsium dan gula dalam darah. Setline (masukkan jarum) pulak memang prosedur dia kena cucuk siap-siap kat klinik. Kat wad nanti tinggal tunggu nak masukkan ubat je.



Si adik sado yang tolong teman kitorang anak-beranak kali ni.
Kerusi roda kakak dia pun nak inteprem jugak. 

Masuk dalam bilik tu, aku bagi senyuman manis bak gula-gula kapas 6 ketul kat nurse dengan doktor. Masa dia cucuk tu, darah tak keluar. Alaaa, jangan bengkak dah la. Pastu dia tarik sikit, dia masuk jarum dalam lagi. Aku tak kisah sakit cucuk tu, aku cuma kisah kalau urat bengkak je. Huhu.. pastu kali ketiga doktor tarik jarum tu sikit lagi sekali and then dia cucuk ikut arah lain pulak. Kali ni baru keluar darah. Legaaa makcik rasa.

Pastu laju pulak darah tu keluar. Doktor tu dah kelam kabut nak ambik tiub botol untuk letak darah tu. Aku tolong doktor apa yang patut, tahan jarum kat urat untuk hentikan darah kejap. Total ada la dalam 4 tiub darah diorang ambik.



Aku dah lapar! Puasa sejak pukul 12 tengah malam lagi. Dah tu dekat pukul 11 pagi.


Tok Adi pun bagi nasihat. Sangat mengharukan.

Lepas ambik darah, aku minum air 100 Plus mak aku. Baru minum seteguk, tiba-tiba aku teringat yang perut aku tadi baru lepas memulas. Terus berhenti minum. TERpaksa la tahan lapar sekejap. Pastu sorang pakcik ni (ayah budak yang sama penyakit macam aku) bagi yogurt. Aku pun sambut sambil tersengih. Sedapnya yogurt! Tapi tengok jelah yang den mampu, nak makan tak berani. Huhu..

Tak lama kemudian, perut memulas dengan lebih mengganas. Huwaaa, aku paksa tahan sambil hentak kaki sikit-sikit. Tiba-tiba nurse panggil lagi sekali suruh masuk bilik rawatan. Rupanya diorang nak ambik darah satu tiub lagi. Lantaklah diorang nak ambik darah ke apa ke, yang penting kejap lagi aku dapat berak buang air besar. Tak lama lepas tu doktor pun panggil dan kitorang bincang kejap je sebelum dapat slip dan isi borang untuk masuk wad.

Ini antara dialog yang aku dengar masa tahan sakit perut:

Mak: Kita kena naik atas (masuk wad) terus ni. Tak boleh singgah mana-mana. Budak ni (aku) dah nak tercirit sangat.

Adik: Okey kita pergi cepat-cepat, dari tadi muka dia dah macam apa entah.


Najis sebegini sungguh annoying!



Masa ni mak tengah tolak wilcha aku selaju yang mungkin. Korang bayangkanlah situasi dia ibarat perempuan yang dah nak beranak naik atas stretcher dan staf tolak laju-laju macam dalam TV.

Kitorang akhirnya sampai ke wad 4E. Orang kata wad ni baru lagi. Wad bahagian respiratory kalau tak silap. TERjumpa SN (staff nurse) lejen. Kitorang sembang macam makcik-makcik kejap pastu aku dok kat katil.

Aku suka wad ni, walaupun wad 4E dikategorikan sebagai wad terbuka (open ward), tapi terasa sangat privasi dan SN pun taknak ganggu aku. Asalnya aku patut masuk wad 4A, tapi wad tu memang sentiasa katil penuh dan mungkin dikosongkan untuk sebarang kes kecemasan. Sejak zaman tok kaduk dulu lagi wad tu sentiasa penuh so aku tak heran dah. Kalau kat sana memang tak privacy langsung sebab wad tu tempat berkumpulnya medic students, doctors, specialist blablabla..

P/s: Aku tak sempat tangkap gambar wad 4E sebab aku fikir sakit perut nak o'ok je. Hahah.



Kesian budak ni, penat dia angkat beg akak dia yang banyak sangat.
3 hari punya barang dah sama banyak dengan bagasi orang nak pergi Mekah tau tak.

Aku tak makan lagi. Tengok jelaa adik aku makan nasi putih dengan ayam + mak aku minum susu kotak. Nak mintak tak berani, dah berapa kali buang air besar. Sebelum aku nak berhadas besar, SN lejen ada tanya aku a few questions sebab dia kata aku dah lama tak admit ward, mesti banyak yang dah berubah. Salah satu soalan yang dia tanya memang aku tak jangka iaitu:

Kegemaran?

Hah? Nak jawab apa? Aku dah la suka banyak perkara yang tak berfaedah. Jadi aku jawab satu je:

Surfing web

Aku jawab cenggini dengan harapan nanti hospital bagi wifi percuma dekat setiap pesakit xD

Tengah sedap berangan nak pergi 'membuang' dan menukar seluar, tiba-tiba langsir diselak. KJ (Ketua Jururawat)! Nasib baik KJ ni aku kenal sejak dia jadi SN yang paling pendiam dulu. Aku tersengih pandang KJ. Silap aku jugak sebab tak boleh nak tunggu SN tukar shift.

KJ: Nabihah tengah buat apa tu?
Aku: Err, dah nak melabur dah ni
(sambil tahan perut + tersengih, aku cakap je kuat-kuat sebab patient tak ramai)
KJ: Oo nak melabur ye. Jangan lupa tukar baju tau
Aku: Ok :D

Aku tau KJ suruh aku tukar baju sebab warna baju kitorang sama. Muahahaha. Tapi aku tak tukar pun, sebab aku tertinggal inner baju kat rumah. Kalau pakai baju hospital memang seksi la. Sweater pun tinggal. Entah aku pun taktau barang apa yang aku bawak sebenarnya, hahaha.


Result darah. SN tertinggal. Mak suruh aku tangkap gambar cepat-cepat. Sempat tangkap 1 mukasurat je, semuanya ada 5m/s. Kata nak check kalsium dengan gula dalam darah je. Kan dah terkantoi bab kolestrol. (-__-)

Adik dengan mak aku nak charge telefon depa. Aku cakap aku ada bawak 1 charger + 1 USB cable. Diorang pun memulakan sesi korek mengorek beg untuk mencari charger tersebut. Tak jumpa! Aku cakap macam mana boleh tak jumpa, aku dah letak laptop dengan charger dekat tempat yang sama. (that's why la pakai banyak beg, semua gajet makcik nak bawak).



Aku dah jeling charger katil sebelah. Silap-silap buat muka taktau malu mintak pinjam kat Aunty Mary (katil sebelah ni pun sama sakit macam aku jugak. Nanti aku cerita pasal depa pulak).


Aku dah tak tahan lapar, mintak kat mak nak minum air sikit. Nilah hasilnya, buruk lantak minum macam ni. Mak pun tak nak lepaskan peluang untuk merakam ketidaksenonohan anaknya yang buruk laku itu.

Tak lama kemudian, ada sorang doktor amoi ni nak tanya beberapa soalan pasal sejarah penyakit aku. Buat ke seratus lima puluh ribu tiga ratus kalinya aku menceritakan serba-sedikit kat doktor tersebut. Sebenarnya semua pasal penyakit aku dah ada kat dalam fail hospital. Dah rekod sejak tahun 1999 lagi. Cuma rajin atau tak je nak selak fail tu.

Tapi aku tak marah sebab doktor ni berbudi bahasa. Ceria je orangnya. Aku tak terfikir pulak nak tengok nama doktor tu macam yang selalu aku buat dulu. Bila dia nak buat regular check up kat badan aku. Dia pun mintak izin kat adik aku untuk tunggu kat luar kejap dan tutup langsir.


Aku tengah bergayut dengan kakak aku. Dan adik aku masih tidur....

Okey bab ni penting untuk korang baca (taip kemain panjang nak paksa orang WAJIB BACA pulak). Masa dia nak tutup langsir tu, aku perasan yang langsir dekat katil ni pendek sikit. Kira tak boleh tutup habis la. Puas doktor cina tu round 2-3 kali nak cuba tutup langsir ni sampai habis. Kesian pulak aku tengok, aku nak cakap 'dah ok tu' tapi aku tak tercakap. Cuma perhatikan je. Sekali dia pun lakukan sesuatu sampai aku tergamam. Dia pergi ambik langsir katil sebelah dan ikatkan sekali dengan langsir katil aku. Boleh kata takde ruang pun untuk langsir tu terselak.

Sumpah aku speechless. Kalau tak silap ni kali kedua aku dapat petunjuk macam ni kat hospital. Yang pasal 'petunjuk' tu aku akan cerita kat entri lain. Tapi yang pasti, aku malu dan terharu sangat when the non-muslim doctor is trying hard to cover me from anyone else. Agama lain, bangsa lain yang memahami kita. Agama sendiri, bangsa sendiri yang kadang tak peka.

Actually dia cuma nak periksa kaki, tangan dengan perut je.
Dengan kegigihan dia nak bukak stoking aku, aku rasa macam 'alahai kesiannya dia'.

Aku: Sorry Doctor, I pakai banyak lapis pakaian.
Doktor: Takpe takpe takpe takpe (aku tak faham kenapa dia sebut takpe sampai 4 kali), I yang patut say sorry sebab bukak sana bukak sini. Kesian you.
Aku: *speechless kuasa dua* It's okay, I faham.

Lepas siap periksa. Aku pun terlelap secara tak sengaja akibat rasa pening yang melampau + loya tekak. Fikir punya fikir, baru teringat yang aku tak makan lepas ambik darah 5 tiub kecik tu. Nak buat cemane, takut nak makan!


Keseronokan nak buat peace sampai terselak lengan baju kemeja makcik.
Abaikan adik makcik yang masih tido tu, haha.


Ubat dah masuk, YEAY! Tak lama lepas tu abah pun datang melawat aku kejap. Dengan manjanya mak suapkan aku makanan sikit. Aku makan dalam pukul 6 petang. Bayangkanlah puasa dari pukul 12 tengah malam. Kalau tak kurus tak tau laa..


Bila pakai mesin macam ni, kena hati-hati sangat nak bergerak. Takut mesin tu berbunyi dan melambatkan proses ubat masuk dalam badan. Tapi yang peliknya, aku tak gerak pun mesin ni dah tet tet tet. Rupanya bateri habis! Adoilaa, ni kes lupa nak switch on plug mesin punya pasal. Kihkih..

Good night 

Aku yakin takde sape nak baca entri ni. Panjang kot, tapi aku tak peduli. Aku saja simpan kat entri untuk dijadikan rujukan keturunan ke-23 nanti. :P

Bersambung..

Update 2 Nov 2019: Maleh aku nak sambung. Dah lupa 🀣

  • Share:

You Might Also Like

5 Geng Banyak Bebel

  1. walau pon pjg...sy tetap setia baca....heheheehe....moga dipermudahkan urusan yerrr

    ReplyDelete
  2. Asslmkm iha.. Dgn gigihnya akk bca sampai hbis. Even akk xdpt tngkap iha sakit apa, akk hrap iha cpat sembuh ye.. :-)

    ReplyDelete
  3. hahaha...panjang bebenor..apapun semoga dipermudahkan..selamat berpantang nanti

    ReplyDelete
  4. gigih akak baca sampai habis n cari clue awak sakit ape.. dah baca sikit2 pasal OI.. sangat tabah iha ni..very inspired.. akak doakan semuanya dipermudahkan ye..

    ReplyDelete
  5. Comel je akk kite ni...Hahah...πŸ˜†πŸ˜˜
    Be strong akk

    ReplyDelete