CS6

Photoshop Tutorial 2: Mancungkan Hidung (Plastic Surgery Free)

By iha - 9/19/2012 11:39:00 PM

Assalamualaikum / Salam sejahtera..


Sila baca tajuk entri betul-betul. Aku bukan taip percuma pembedahan plastik tau, huhu.

Zaman sekarang zaman yang teramatlah canggih. Kadang-kadang benda yang tak masuk akal pun akan wujud jugak kat muka bumi ni apatah lagi kat planet lain. Sudah Iha Zaliza, sila berhenti merepek.


La ni sekarang tak payah susah-susah nak pergi hospital → mintak tolong doktor → keluar duit banyak-banyak → buat tarik hidung dagu bagai → pastu muka rosak. Untuk dapatkan gambar yang menarik, pakai Photoshop pun boleh tau.

Sekarang nak ajar macam mana nak mancungkan hidung menggunakan Photoshop. Aku bukan nak ajar korang tak mensyukuri rupa paras korang, tapi sekadar belajar mengedit sahaja.

1. Bukak Photoshop.

2. Tekan File → Open atau dalam bahasa shortcutnya Ctrl+O.

Iklan: Nak crop dulu gambar mana yang aku nak buat eksperimen.






Ok iklan dah selesai.

3. Tekan Blur Tool dan klik kanan. Pilih Smudge Tool.


4. Guna '[' atau ']' mengikut kesesuaian saiz. Aku buat saiz besar-sebesar-besar alam. Buat 150 px pun cukup.


5. Tarik hidung time! Tarik dengan perlahan-lahan supaya tak terlalu nampak kesan edit.


Tudiaa paruh burung dah mai.. xD

Aku harap korang akan manfaatkan Turtle Ria kali ni ke arah kebaikan bukan penganiayaan. Nasihat aku, Allah dah beri kita hidung yang cantik. Walaupun kembang tapi sesuai dengan rupa paras kita sendiri (muhasabah diri jugak ni).

Jacqueline Steinert makan tangan bomba,
Selamat Mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

5 Geng Banyak Bebel

  1. hidung orang melayu jarang nak jumpa yg mancung..kalo kat jepun, diorang ada alat macam penyepit letak kat hidung nak bagi mancung..huhu..syukur dengan apa yg ada :)

    ReplyDelete
  2. @Nick Nashram

    ooo patut la hidung diorang lawa lain mcm sikit.. hehe..

    ReplyDelete
  3. rasanya dah cantik semua tuhan buat..tak perlu ubah2 kan..:-)

    ReplyDelete