Lifes: Langit, Awan, Pokok, Bangunan

By iha - 2/18/2013 11:54:00 PM

Assalamualaikum..


Rindu dekat blog.. rindu nak membebel kat blog geng-geng yang lain. Sejak demam mengejut aku TERpaksa buat-buat tak ingat yang aku ada akaun blog. Heh..

Macam yang aku cakap sebelum ni, aku akan ceritakan kisah ataupun kaitan antara aku dengan langit, awan, pokok, dan bangunan.

Dulu, aku tak boleh duduk. Aku boleh baring je. Jadi, banyak benda yang aku tak dapat tengok kat dunia ni. Contohnya, masa nak pergi sekolah ataupun hospital, aku akan nampak 4 jenis yang aku cakap tadi tu sahaja. Awan adalah hiburan aku, aku boleh nampak macam-macam bentuk awan. Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila nampak rupa bentuk yang kelakar (syok sendiri).

Kalau pokok aku cuma nampak daun je dan bangunan pulak tingkat yang paling atas je yang aku boleh nampak. Pernah dulu aku TERbuat satu lawak bodoh, satu hari tu aku tak dapat datang ke sekolah untuk ambik hadiah tempat kedua dalam peperiksaan akhir tahun. Jadi masa balik dari hospital, abah tiba-tiba berhentikan kereta beliau dan mak terus keluar dari kereta. Aku fikir abah suruh mak ambik hadiah aku kat sekolah. Bila mak masuk kereta balik aku tanya la soalan seperti:

"Mak, mana hadiah periksa orang?"

"Aik, kat rumah la kot. Kenapa?"

"Eh, tadi mak pergi mana?"

"(tahan gelak) Beli lauk kat pasar la yang.."

Haishh, rasa malu pulak bila teringat balik.. -_-"

Masa umur aku 6 tahun ke bawah abah cuma ada motor je. Nak tak nak TERpaksa la mak aku jadi stuntwoman pegang aku yang terbaring tu tanpa peluk suaminya yang tercinta. I lebiu mak (tapi tak cakap depan-depan beliau, huhu). Bila dah ada kereta, aku masih baring kat tempat duduk belakang. Aku ingat lagi masa umur 9 tahun mak pernah terkejut tengok anak dia 'hilang'. Sebenarnya tak hilang pun, aku ada tapi tengah duduk. Haha.. siapa expect budak yang tak reti nak buat apa-apa selain dari baring tu tiba-tiba boleh duduk pulak. Aku saja je nak belajar duduk tiba-tiba boleh duduk dengan elok.

Doktor pernah cakap, aku takkan dapat duduk sebab tulang paha aku bengkok dan risiko tinggi boleh patah. Tapi aku kan degil, langgar jugak arahan doktor.. tapi kalau aku tak ambik risiko, mungkin sampai sekarang aku baring je kot, hehe..

Bila fikir balik, seronok jugak kan pengalaman plus kenangan dulu-dulu ni. Kekurangan masa dulu buat kita hargai bila dah besar. Sekarang aku dah boleh duduk, siap dah boleh ngorat ABAM lori gitu.. xD
boleh nampak rumah lawa-lawa, boleh tengok kereta-kereta yang smart. Ohh lagi satu, boleh posing maut masa lalu kat AES. LOL..

Apapun, aku tak pernah menyesal dengan zaman kanak-kanak aku dulu.
Praise to Allah.. :)

  • Share:

You Might Also Like

5 Geng Banyak Bebel

  1. hehehe ngurat abam lori ye....:)

    ReplyDelete
  2. excident time kecik, msti akan ada effect bila tua.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...bersyukur kerana menyedarkan mamahanny menilai keindahan semua itu, kdg2 kita terlalu alpa hingga tak ambik pusing pun nak tengok keindahan ciptaan tuhan..tak tenung keindahan awan..tak kisah tentang pokok2 dn sebagainya...

    ReplyDelete
  4. bila kita susah atau sakit, kita akn jadi lebih kuat..lebih banyak ingatkan allah..betul tak..semoga kita semua lebih tabah mengharungi kehidupan nie..begitu juga iha..:-)

    ReplyDelete
  5. Pintar rupanya dik Ihaa ni.. tp bila baca entry2 Ihaa mmg dapat agak, Ihaa ni bukan calang2 orang..kan kan..

    ReplyDelete