Lifes: Special Friendship with Chinese Guy

By iha - 2/10/2013 01:25:00 AM

Assalamualaikum, ni hao.. ni zenme yang?

Sempena CNY hari esok, aku tiba-tiba teringat kisah 5 tahun lepas. Kisah anak dara Pak Zali yang menggatal dengan seorang 'apek'. Hehe..


Sebenarnya cerita ni lama lagi aku nak publish sebab pengalaman sekolah aku nak cerita step by step, tapi tak tahan pulak rasanya nak berkongsi kisah tak sweet langsung ni. Huhu..

Masa awal Januari 2008, aku kena tukar sekolah yang jauh sikit dari rumah aku, penangan kena buang sekolah masa tingkatan 1 punya pasal. Nanti aku cerita sebab musabab kena buang sekolah.. jadi bila dah sampai ke sekolah baru ni, aku tak dapat nak belajar pada minggu pertama sebab semua bilik darjah ada kat tingkat atas. Yang ada kat bawah cuma bilik guru, pejabat, dengan bengkel je.

Keluarga aku memang beria-ia nak aku sambung belajar kat sekolah tersebut sebab ada pendidikan khas. Kisah aku tukar sekolah ni sama je macam dalam filem 1 Litre of Tears tu. Lepas aku terima dengan redha dan betul-betul bersedia jadi 'manusia istimewa', mak apply kat pengetua sekolah untuk tempatkan aku kat kelas khas.

Dipendekkan cerita, aku dapat belajar kat kelas biasa atas arahan pengetua. Pengetua jugak la dengan beraninya menukarkan bilik guru kepada bilik darjah aku. Sweet kan? :)
Tapi sementara tunggu proses penukaran kelas tu, pengetua suruh aku tumpang kat kelas khas dulu. Sampai je kat pintu kelas tu, Cikgu Sidah suruh aku duduk kat satu bahagian ni.

Dalam kelas tersebut telah dipecahkan kepada 5 atau 6 bahagian. Semua tu telah diasingkan untuk murid yang boleh belajar, syndrome down, dan lain-lain. Kelas yang aku duduki ialah kelas pertama yang mana semua pelajar itu boleh belajar dengan baik.

Seorang pelajar perempuan yang duduk depan aku hulurkan tangan. "Hai, nama siapa?"

Aku senyum dan sambut huluran tangan dia. "Hai, Nabihah."

"Hah siapa?"

"Nabihah." (dengan nada yang cuba dilembutkan)

Tiba-tiba berubah muka pelajar perempuan ni, dia terdiam kejap. Lama-lama dia tergelak. Kawan-kawan yang perasan respon pelik tu tanya la kenapa dia gelak macam tu. Aku risau la jugak sebenarnya sebab nampak sangat member baru aku ni tengah gelak bersungguh-sungguh.

Rupa-rupanya sikit punya hal je, sambil gelak tu dia halakan jari telunjuk dekat aku kemudian tunjuk kat diri dia pulak. "Nama kitorang sama.."

Laaa.. itu je ke. Tapi tu la first time aku jumpa orang yang nama sama. Disebabkan dia tua 3 tahun dari aku, aku panggil dia kak Nabihah. Nama dia Najwa Nabihah, kawan-kawan suruh bahasakan diri dia Najwa untuk elakkan kekeliruan 2 orang nama yang sama tapi kak Nabihah taknak. So sorang panggil akak sorang lagi panggil adik.

Wahh intro je dah panjang ni.. boleh sambung lagi? :)

Seorang lelaki berbangsa cina berkenalan dengan aku.

Tan: Nama awak Nabihah kan? Nama saya Tan Bing Hong.

Aku: Owh ok.. (sambil senyum gatal)

Tan: Umur berapa tahun?

Aku: 14 tahun. (sambil senyum gatal)

Tan: Ohh.. samalah kita.

Aku: Wahh yeke? Kebetulan kan? (sambil senyum gatal)

Eheh, sudah-sudah la senyum gatal tu cik iha..

Tan: Tinggal kat mana?

Aku: Kat Cheras..

Tan: Ehh yeke? Sama jugak la!

Aku: Hah?? Kenapa saya tak perasan?

Tan: Ya, saya tinggal kat situ..

Kak Nabihah: Nabihah jangan nak percaya sangat cakap Tan, dia tu nak mengorat je..

Aku: ???

Tan: *gelak*

(muka aku lepas kena tipu)

3 hari je aku tumpang kelas dia. Waktu diorang belajar aku cuma duduk diam sambil perhatikan kawan-kawan yang lain buat kerja. Aku pernah join sekali buat kerja sekolah tapi sekejap je siap sebab diorang masih lagi belajar sifir. Baru aku faham kenapa pengetua tak bagi aku belajar kat situ. Aku duduk kat sebelah kanan Tan.

Tan sebaya Kak Nabihah tapi aku tak pernah panggil dia abang dan aku tak pernah jugak panggil nama dia. Bila aku dah dapat belajar macam biasa, aku terus 'terpisah' dengan dia. Sebab menurut pemerhatian aku, kawan-kawan sekolah ni susah nak berkawan dengan budak-budak 'istimewa'. Kesian diorang, disisihkan..

Bila pukul 9:40 pagi je mata aku akan melilau pandang keluar kelas. Waktu macam ni cikgu lebih leka menulis kat blackboard dan aku akan curi-curi pandang luar. Kecuali cikgu Bahasa Melayu, setiap soalan yang dia tanya nama aku mesti dia sebut! 9:40 pagi adalah waktu kelas pendidikan khas beratur untuk pergi ke kantin (rehat). Kelas kitorang sebelah menyebelah, senang aku nak 'mengintai' ehem-ehem.. xp

Tak dinafikan, apa yang aku buat selalunya berbalas. Contoh, kalau aku curi-curi skodeng Tan, Tan pun skodeng aku jugak. Dia akan pandang dalam kelas selagi aku tak balas balik pandangan dia. Kadang-kadang cikgu kelas khas akan berdiri depan Tan dan ini akan menyebabkan pandangan kitorang terhalang dan terbatas (macam tau-tau je cikgu ni). Kalau mata bertembung, tangan kitorang terus terangkat dan melambai-lambai. Haha.. diorang awal setengah jam dari kelas aku kalau rehat dan waktu balik. Jadi pukul 12:40 diorang dah balik. 'Aktiviti' yang sama akan dilakukan kalau pandai cover dari cikgu dan member masing-masing..

Menurut cerita Kak Nabihah,Tan selalu tanya khabar aku kat dia kalau dah lama tak nampak aku datang sekolah. Tahun 2008 adalah tahun yang paling banyak kali aku kena operate. Jadi banyak kali jugak la aku ponteng, hehe.. dan ada jugak Kak Nabihah bagitau yang Tan selalu skodeng waktu aku belajar. Kadang-kadang dia panggil nama aku tapi aku tak perasan (bajet tengah tekun belajar lettew) dan bila aku rasa ada suara panggil, orang tu tak ada. Kak Nabihah ingatkan Tan panggil nama dia, sekali dia baru faham dan senyum..

Aku pernah mintak Kak Nabihah tanya Tan berapa nombor telefon rumah dia. Yelah, dulu tak semua orang ada handphone macam budak sekarang. Kalau ada pun mostly pakai model 3310 je kot, heheh.. rupa-rupanya Kak Nabihah cakap dia tinggal kat rumah anak yatim kalau tak silap. Tapi aku taknak kongsi kisah dia yang aku tahu serba-sedikit kat sini sebab takut TERbukak masalah peribadi orang lain. Mungkin waktu tu merupakan tahun terakhir dia belajar kat sekolah sebelum berpindah kat rumah makcik dia. Yelah dah cukup umur..

Sekarang aku tak tahu apa-apa pun khabar pasal Tan.. tipu la kalau cakap tak rindu kan. Kesimpulan yang aku dapat, dulu aku suka dia bukan bermaksud aku cintakan dia, tapi aku sukakan dia sebab selesa dan perasaan seronok nak belajar tu wujud lepas jumpa Tan. Kira macam dia ni lighter untuk aku belajar sungguh-sungguh la..

A friend is sweet when it's new
But it is sweeter when it's TRUE..

Sekarang umur Tan dengan Kak Nabihah dah 22 tahun. Oh lupa nak cakap, lepas Tan tak belajar kat sekolah tu, Kak Nabihah pun dah sambung belajar kat Johor. Aku pun belajar sampai hujung 2009 je kat situ, tahun berikutnya aku kena tukar sekolah LAGI. Tahun 2011, Kak Nabihah telefon aku ajak kenduri kahwin dia. Sekarang mesti Kak Nabihah dah ada anak-anak yang comel dan kiut-miut.

Kalau Kak Nabihah dan Tan TERjumpa belog aku ni, aku teringin nak sampaikan yang aku rindu giler dekat diorang. Dapat dengar khabar berita diorang pun dah cukup baik sangat. Waa.. panjangnya entri aku, korang rajin ke nak baca. Senang cakap, tahun 2008 antara tahun yang terbaik buat aku.. (tersengih)

Life isn't a matter Milestones
but of...
MOMENTS!
-Rose F. Kennedy

  • Share:

You Might Also Like

9 Geng Banyak Bebel

  1. ececeh...siap main lambai2 ye dalam kelas...kan best kalau buat reunion...iha, kak nabiha dgn tan...mesti syok tu...

    ReplyDelete
  2. @Hatimi Tahirruddin

    Jangan2 Tan pun dah kahwin.. buat gathering dengan family diorang sekali pulak nanti.. hehe..

    ReplyDelete
  3. @Tashyra Sha

    Setiap orang akan ada cerita yang best kan?
    :)

    ReplyDelete
  4. hehe..sekrang apa ya cerita si Tan..hehe
    tapi betul kan iha biasa budak2 kelas khas ni macam tak berapa campur dengan budak2 biasa..huhu..
    kat sekolah akak ni budak2 special ni untung sikit sbb cikgu banyak libatkan diaorang dlm aktv sukan khas n sllu juga la diaorg buat persembahan..hehe..istimewa

    ReplyDelete
  5. iha kalau buat novel best ni...hehehe...=D

    ReplyDelete
  6. :) heheeh~~ insyaAllah ada rezeki leh jumpa dorang balik ^^

    ReplyDelete