Latest!

Bisnes: Berita Terkini Mengenai Zalora

Assalamualaikum..

NOTA! : Entri ni mungkin menjadi sedikit GEDIK dek kerana aku tak pandai buat promosi.

Wahai korang yang kacak lagi cun sekalian, pernahkah terdetik di hati anda mahupun terlintas di fikiran untuk membeli seketul dua barang dari ZALORA?

Kalau pernah terdetik dan terlintas, sila baca entri ni sampai habis. Ada cabutan bertuah aku nak buat (tipu).

Tajuk entri memang tak boleh blah kan. Sebenarnya ada benda a.k.a entri ringkas yang aku nak sampaikan ni. Kalau korang memang dah berhajat nak beli beg, kasut, baju, atau lain-lain yang terdapat di ZALORA, aku cadangkan korang guna nombor kod untuk dapatkan diskaun.

*Power Rangers ringtone*

Iha: Hello?

Unknown: Ni Iha Zalora ka?

Iha: Ehh bukan, saya Iha Zaliza.

Unknown: Ehh bukan Iha Zalora ehh, sorry. Tapi you ada buat entri pasal Zalora kan?

Iha: Haa ya ya betul tu.. mau beli barang ka?

Unknown: Saya cuma mau tanya, apa itu code number yang you maksudkan?

Iha: You tak baca sampai habis ke entri saya?

Unknown: You tak tulis sampai habis lagi. Macam mana saya mau baca.. haiyaaa..

Iha: Ok diam amoi. Scroll bawah terus ok. (gila garang)

Dialog diatas adalah dusta semata-mata.

Berikut merupakan nombor yang aku nak beri:

Nombor kod: Z9N9

Sekarang ni banyak barang-barang dalam ZALORA yang dah dipotong harga (tak pasti berapa peratus) dan korang boleh gunakan kod ni untuk menurunkan lagi harga yang dah sedia maklum.

Meh sini nak buat turtle ria (also knowing as tutorial) sikit:

1. Contohnya nak ambik Long Sleeve Formal Shirt.



2. Pilih warna dan saiz dulu, lepas tu baru klik Buy It Now.


3. Sekarang korang nampak kan diskaun 50% yang diberi. Okey sekarang cuba pula isi nombor kod tadi kat kotak kupon yang disediakan. Klik Use.


4. NAMPAK TAK??? (tiba-tiba caps lock)
Dah la ZALORA bagi diskaun, korang dapat diskaun lagi.


Yang kat atas ni untuk lelaki. Untuk wanita pun ada pelbagai pilihan macam jual kuih raya pulak jugak kat ZALORA. Aku yang tak berapa suka beli pun rambang mata tengok baju-baju yang ada. Maknanya aku dalam proses jadi 'perempuan tulen' la kot. Ngehehe..

Janganlah rasa waswas untuk guna kod ni. Ni aku dapat dari abang ipar aku sendiri yang bekerja kat situ. Dah diberi kemudahan, takkan nak lepaskan pulak kan? Bab-bab promosi ni memang aku failed sikit.Tapi aku harap ada la sorang dua nampak entri ni. Proses seterusnya korang buatlah sendiri ya.. aku memang tak pernah lagi beli barang secara online ni.

Yang menaip, Iha Zalora xD


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
20 Comments

20 comments:

  1. wah terbaiklah siap ada kupon diskaun...

    PS: wa lambat perasan entri ni...patutnya wa letak iha zalora pon sedap jugak td....:P

    ReplyDelete
  2. mamahanny sepetutnya dapat coupon dr zalora 50hinggit..tp lom dpt lagi..tunggu hingga minggu depan, mayb mamahanny yg salah faham kot..hmmm

    ReplyDelete
  3. Zalora memang selalu ada buat sale kan? tak pernah shopping situ lagi

    ReplyDelete
  4. kak dayah tak pnh beli zalora..
    tapi selalu cuci mata kat sana..

    hehe...
    paling suka tgk kasut..
    menggila..!

    ReplyDelete
  5. @Hatimi Tahirruddin

    Haha, baik jangan.. tak sedap pon nama iha zalora tu :P

    ReplyDelete
  6. @Hanny Abdullah

    Ramai blogger yg dapat kupon kan.. mungkin turn mama lambat sikit kot.. sabar ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dpt dah..cuma tgh fening nak beli apa nak nak wat entry gimana..x penah beli gan zalora kan tu yg x tau tu..

      Delete
    2. takpe mamahanny tengok je dulu barang2 yg zalora jual kat website.. dah confirm nanti baru borong, hehe..

      Delete
  7. @Dianaa

    Ha'ah selalu jugak.. tu la iha tukang promote je, tak pernah shopping jugak ni.. hehe

    ReplyDelete
  8. @Hidayah

    betul tu kak dayah.. lawa2 kasut zalora ni sampai kadang2 macam tak reti pulak cara pakai kasut sbb unik.. hehe..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Nama je glamer, orangnya langsung tak dikenali.. :D

      Delete
  10. tak pernah beli lg kat sini..dah tau nie..terima kasih sebab bagtau..boleh la kurang kan harga kan..:-)

    ReplyDelete
  11. ahahaha tak tertarik dgn promosi tu.. tertarik dgn gaya penulisan, siyes adore :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maceh..
      tenkiu menkiu kak Mar sebab sudi promote pasal zalora.. :D

      Delete
  12. Terbuka hati plk nk shopping online...~>_<~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, anggapla ni hadiah birthday iha untuk akak nanti.. :D

      Delete
  13. wow...macam best aje.....thanks for da info ya...=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017