Latest!

Lifes: Peralatan Hospital yang Disukai

Assalamualaikum..

Mengalir airmata aku masa buat entri ni. Bukan sebab menangis, tapi sebab asyik menguap. Tiba-tiba rasa mengantuk sangat pulak. Mungkin sebab penat research dan ulangkaji nama-nama ubat kot, nak pulak tengok bahan-bahan yang tak pernah dengar dan baca seumur hidup. Memang cepat mengantuk, haha..

Tapi hati kecil lagi mulus dan tulus ini memaksa aku untuk buat sambungan kepada entri sebelumnya: Peralatan Hospital yang Ditakuti. Sebelum ni mengikut majoriti commentators ramai yang kata ngeri.. kali ni aku tunjuk perkakas/objek/alat/barang hospital yang best pulak. Err, bagi aku la..

Propofol


Serius aku tak tahu nama ubat bius ni. Aku cuba cari segala jenis ubat bius yang ada di internet, hati aku yakin Propofol ni la yang aku cari. Sebab? Cecair ubat tu warna putih susu. Aku suka sangat kat menatang ni sebab dia tak menyakitkan, sangat-sangat suka berbanding hidu bau ubat bius yang sungguh yuckss itu. Bila masuk je ubat ni ke dalam tangan aku, apa lagi.. lalok la.. rasa pening-pening pastu terus pengsan.. memang berpusing je rasa dunia waktu tu tapi aku terus pejam mata ketat-ketat (berlakon pengsan siap-siap, heheh). Tapi sementara waktu nak tunggu 'koma' tu, sentiasa basahkan mulut dengan selawat. Sebelum operate, DIWAJIBKAN untuk mengucap dua kalimah syahadah dulu.. sebagai persediaan.. :)

Butterfly syringe




Ni antara jenis jarum yang paling aku suka. Pertama, sebab bentuk dia comel. Tu nampak bentuk macam rama-rama kat bahagian atas jarum. Kedua, sebab dia ringan. Bagi aku jarum ni sangatlah tak membebankan ketika mengambil darah. Berbeza dengan jarum yang lain, masa nak ambik darah beban/berat jarum tu membuatkan urat kita bergerak sekali dan bila jarum dah tanggalkan, urat akan bengkak berkali-kali ganda. Trust me, benda ni dah banyak kali jadi kat aku. Ketiga, bila darah berjaya keluar dari tangan aku, senang.. doktor terus sedut darah tu kat tiub butterfly.. err, bukan doktor tu yang sedut darah.. jarum yang sedut la..

Morphine


Aku mengaku bahawasanya aku peminat tegar morfin sejak dahulu kala lagi. Sejujurnya aku lagi suka morfin dari muffin, hahah..

Korang jangan salah faham, aku bukan penagih dadah.. tolong jangan masukkan aku ke pusat serenti. Sebenarnya morfin merupakan ubat yang paling aku suka. Dengan kata lain jasa morfin sangat tinggi masa aku sakit.

Antara jasa beliau ialah:

✪ Bila ada orang buat bising kat wad, morfin adalah penyelamat aku. Beliau buat aku susah nak berjaga walaupun morfin beri aku separuh sedar.

✪ Bila terjaga tengah malam atau dalam pukul 3-4 pagi dan terasa sakit sangat-sangat, aku akan tekan butang yang disediakan kat tangan aku melalui mesin ubat morfin. Aku berani tekan sekali dua je. Banyak-banyak nanti morfin habis pulak. Bila ubat dah habis, hospital takkan beri morfin lagi. Takut TERlebih dos.

Lain pulak ceritanya kalau dah nak balik rumah tapi morfin tak habis lagi. Tau tak mak abah aku boleh sepakat dan sebulat suara suruh aku tekan butang tu banyak kali sampai habis morfin! Korang bayangkan, bila kita tak sakit tapi kita kena ambik banyak dos sekaligus. Dengan alasan nanti dalam perjalanan nak balik ke rumah aku dapat tahan sakit masa nak naik ambulans sebab tangan/kaki bersimen. Waktu tu memang indah, aku akan rasa berada diawang-awangan, nampak macam ada orang terbang. Korang semua sila jangan ikut perangai aku yang tak bertamadun ni okeh.

Patient warming system


Ini adalah alat pemanas haba bagi pesakit yang sedang berada dalam bilik pembedahan sehingga selesai menjalani pembedahan. Waktu macam ni sah-sah aku koma. Kalau tak silap alat ni digunakan sebab dua perkara (mengikut teori). Pertama sebab keadaan suhu di dalam dewan pembedahan TERlalu sejuk membuatkan adanya objek ini (macam UFO pulak bila aku taip objek) ataupun kedua, alat pemanas haba ni bertujuan untuk menstabilkan suhu badan pesakit selepas menggunakan ubat bius (memang suhu badan pesakit yang menggunakan mana-mana jenis bius akan berubah terlalu mendadak). Bila aku sedar-sedar je kat satu ruang lepas bilik Operating Theatre tu, aku rasa macam ada angin yang kuat sangat dalam selimut aku. Syok ooo gua cakap sama lu (tak serius kejap). Benda ni akan digunakan ketika masih di bahagian pengawasan. Bila nak masuk wad semula kena pulangkan balik alat ni.

Disebabkan aku langsung tak tau apa nama barang ni, aku terus cari kat gugel lagi sekali. Dekat sejam aku cari, patut selewat-lewatnya pukul 3 pagi aku publish entri ni dah tapi sekarang dah pukul 4 pulak. Haishh..

Infusomat fm


Ini bukan radio yang ada frekuensi FM tu ye, ini mesin ubat. Untuk masukkan ubat Pamidronate selalunya pakai mesin ni. Aku suka pakai mesin ni, sebab wayar-wayar yang ada tu aku akan main lilit-lilit kat tangan, buat-buat letak kat hidung, pengaruh tv punya pasal la ni.. kerja-kerja tak bertauliah ni aku akan lakukan akibat kebosanan tahap gaban bila baring atas katil. Aku tak bosan tinggal kat hospital sebab bagi aku hospital macam hotel dan syurga dunia. Serius! Cuma bila pakai mesin ni, aku tak boleh banyak bergerak.

Kalau tak silap Infusomat ni mesin 'otai', jadi bila gerak sikit dia akan berbunyi dan serta-merta proses memasukkan ubat ke dalam badan akan terhenti. Masa masukkan ubat tu prosesnya selama 6 jam, DAN selama 6 jam jugak la aku tak boleh bergerak. Bila mesin berbunyi, aku akan tunggu jururawat dari kaunter datang dan betulkan balik. Saja je nak manja, padahal aku tau macam mana nak betulkan semula.. dah 12 tahun berkawan dengan staf kat wad. Mau tak rapat.. :D

Terima kasih buat korang yang sudi baca entri tengah pagi yang agak panjang ini. Insya Allah, satu hari nanti kalau aku betul-betul dah sedia, aku akan cerita kisah aku kat hospital dengan lebih lanjut. Kisah hospital la punca utama aku buat blog sejak 3 tahun lepas..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
26 Comments

26 comments:

  1. best la iha...bnyak dapat pengetahuan...nini tak berapa tau sangat pasai hospital nih..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak Nini, banyak baca pasal hospital nanti mana tau kita boleh jadi doktor tak berlesen.. :D

      Delete
  2. ena bakal guna semua benda ni... huaaaaaaa... takutnyaaa.. tambah2 ena kena bedah org nnti.. sob sob sob rasa takut lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kak Ena belajar bahagian perubatan ke.. tak payah takut, vampire lagi menakutkan dari orang.. :D good luck sis!

      Delete
  3. sungguh panjang artikel ini

    15 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kehebatan Military Of Malaysia - Info - Blog 3 Dalam 1

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/03/15-perkara-yang-anda-tidak-tahu.html

    ReplyDelete
  4. wah...wa tak nampak mcm menyeronokkan pon alat2 tu...haha...yg paling ngeri ubat bius yg mcm susu tu pasal kena masuk ikut tangan...wa lebih rela hidu bau gas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak menyeronokkan ek? haha..
      p/s: takut jarum ke? :P

      Delete
    2. eh? mana ada takut jarum...cuak je time dia nak cucuk tu...haha..:P

      Delete
  5. Wahh, kalo akak, semua brg2 kat hospital ni akak takot dik, hehe, thank Q for sharing ur experience dear..suka sgt baca...semoga iha sihat2 sokmo ye pasneh.. ^______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... thanks kak, saje je nak share pengalaman sikit2 kat sini.. kalau bermanfaat utk semua, syukur Alhamdulillah.. :)

      Delete
  6. emm..terhibur baca kisah nie..sebab banyak yg iha tau pasal drug and medical devices nie..org yg pernah guna/pakai mesti tau semua nie kan..apa2 pon benda nie semua memang utk memudahkan kerja2 perubatan..sekarang teknologi makin canggih..:-)

    klu tengok dlm cite grey anatomy lg excited tengok teknologi perubatan diaorang..hehe..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. iha pun tak tahu sebenarnya psl nama dan kegunaan benda2 ni tapi minat punya pasal iha cuba ulangkaji (kononnya) :D

      kann, jeles tgk alat2 dalam cerita grey's tu.. tapi lama dah tak tengok.. :)

      Delete
  7. xsuka alat2 ni..hehe..tp da pregnant ni terpaksa la selalu g checkup.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iha pulak suka pada alat2 ni tapi buat-buat suka bila kena kat diri sendiri.. :D

      Delete
  8. panjang artikelni tapi bagus banyak info ada sini tq Iha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu baru 5 barang je iha letak tapi dah macam 5 esei kan :D
      thanks too Mama.. :)

      Delete
  9. cheqkaq rase ngeri tengok jarum tu..dulu brani tapi sejak dh tua2 ni macma2 rasa ade..nak terkencing terberak semua ade..waaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa normal tu cheqkaq.. iha masa kecik dulu berani jugak tapi lepas doktor banyak kali buat silap, TERfobia pulak.. hehe..

      Delete
  10. Uwaa akak serik duk hospital..serik dh masuk bilik bedah.. takutt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, sama le kita.. iha pun buat-buat berani je.. :D

      Delete
  11. Malangnya, Mieya baru je kenal semua benda tu hari ni. thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome sis.. takde malangnya Mieya.. iha pun ada banyak lagi yg tak tau ni.. :)

      Delete
  12. banyak nama alat hospital yang iha tahu.... nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan nak jadi doktor je ni :D terima kasih kak Ruha.. ;)

      Delete
  13. owh,mcm tu pulak.. akak tak tahu langsung menda2 ni..tQ Iha for tis ssharing..nice sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017