Latest!

Lifes: Nak Minta Pendapat

Assalamualaikum..


Okey sedikit stres hari ni sebab apa yang aku rancang tak berapa menjadi. Lepas zohor tadi memang dah plan nak buat blogwalking sambil tembak komen berdas-das sampai rasa puas hati. Lepas tu nak upload gambar aku yang tak senonoh masa masuk Utusan Malaysia dulu. Tapi album gambar boleh hilang pulak. Harap takde sesiapa yang ambik la, sebab dalam album tu ada RM20.. err..

Bila aku nak bukak netbook tadi, tiba-tiba aku jatuh dari duduk. Padan muka, nyetnyetnyet.. :D Mungkin sebab tak cukup rehat dan rasa letih sangat sampai tak dapat tampung badan sendiri, aku TERzzz.. bangun sebelum asar, ingat nak bukak blog sekali hujan lebat. Bila hujan dah reda, masuk waktu maghrib pulak. Dah lepas maghrib, bukak netbook, takde internet pulak dah.. ( Y_Y ) Lepas restart 2 kali baru internet ada balik. Bermulalah kisah blog aku hari ini selepas waktu isyak..

Tadi aku buat senaman jari untuk main keyboard, lama tak usik sampai berhabuk dah kotak alat muzik tu. Last sekali main masa hujung tahun lepas, jadi banyak jugak la lagu yang aku dah lupa not. Salah satunya lagu Unintended dah tukar jadi Twinkle Twinkle Little Star. Hehe.. tapi rasa seronok sangat sebab koleksi lagu ciptaan sendiri dah makin bertambah. Nescaya lagu yang aku buat boleh jadikan negara Malaysia ni sejuk je hujan lebat + banjir.. ayam pun senyap je masa aku main tadi, beliau tengah menghayati muzik la tu agaknya, haha..

Akak aku punya, tapi aku suka buat macam harta sendiri.. :3

Nanti dah jumpa album gambar tu insya Allah aku upload. Err tapi nak tanya sikit ni, kalau aku upload instrumental lagu-lagu yang aku main kat video, okey ke atau sebaliknya? Aku tak kata muzik yang aku main tu sedap, aku bukan pandai mana pun. Jadi pendapat anda? Komen dari pengomen amatlah diperlukan untuk mengomen di tempat komen. Siapa yang komen nanti aku belanja aiskrim Lucky. :P


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
32 Comments

32 comments:

  1. okay je upload kat youtube...ramai je wa tgk org buat camtu...boleh jadikan reference jugak tu nanti...tapi kalau rajin boleh jugak record dan mix secara serius kat dalam DAW mcm sonar ke...

    PS: alamak jatuh tu ada tulang patah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nanti wa fikirkan dulu..
      takde patah, tapi memang dah ada signal nak patah, hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. alaaa kak Amy tak jawab soalan lagi, hehe..

      Delete
  3. apa salahnya berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pendapat :)

      Delete
  4. upload je.. hehe. percayalah, ada peminat untuk video2 tu nanti.. upload dan terus upload.. percayalah, sikit demi sikit , ramai yang akan menjadi peminat video awak tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh komen yang penuh bermakna ni.. sangat terharu, terima kasih sifu.. :D

      Delete
  5. Waaah.. Seronok la dpt main keyboard tuuu.. Upload je Iha.. best jugak kalau dengar2 musik instrumental ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai main lagu enjit2 semut je.. hehe terima kasih ye Amirul atas pendapat.. :)

      Delete
  6. Banyak betul halangan nak bukak internet tu yer hehehe.... Dina suke instrumental... Tambah tambah instrumental barbie haha *silalah gelak* alaa akak letak je... Saya nak dengar jugak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak baik orangnya jadi akak tak gelakkan Dina.. hee.. ok thanks dik atas pendapat.. ;)

      Delete
  7. cuba try upload dlu.. lau dapat sambutan, who knows one day dapat jadi terkenal.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, takmo la jadi terkenal.. thanks sis atas pendapat.. :)

      Delete
  8. meh nak bagi pendapat ! sila laahh upload, akak ahmat la meminati instrumental. plisyyyy ~

    *pndai ayam menghayati muzik kan [tepuktanganuntukayam]

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo akak ahmat suka instrumental ek.. iha ahmat berterima kasih kat akak atas pendapat tersebut.. :D

      Delete
  9. yeyyyy...nak komen la..nak ice cream..hehehe
    nak upload lagu..cam bez jer...nak jugak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, tokey kedai cakap aiskrim dah habis la kak.. hehe.. terima kasih atas pendapat.. :)

      Delete
  10. ehehe, mesty sedapp sgt ihaa main sampai ayam tu pun diam sbb menghayati iha main muzik tu kan :D
    Haa,meh nak bg pendapat, hehe, buat laa dear, boleh akak dengar nnt... ^________^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jgk ayam tu ckp "memekak je budak ni, kalau pandai main takpe gak" :D
      yeyyy, kita dah ada peminat.. hehe, terima kasih kak atas pendapat..

      Delete
  11. boleh je kalau nak upload..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Nini atas pendapat.. :)

      Delete
  12. ishh jangan sampai jatuh2.. sabar yer :) tenang buat kerja..ooo pandai main keyboard yer ?? wahh hebatnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. akanku dengar nasihat dari acik :)
      pandai main lagu rakyat je kot, hehe..

      Delete
  13. Upload je. Mana tau teserlah bakat Cik Iha ni. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee thanks Nabeel atas pendapat.. takat nak kongsi instrumental je, taknak jadi pemes..

      Delete
  14. upload aje... baru orang akan judge macam mane.... ^_^

    tak dapat makan ais krim sebab masih lagi 'berpantang'... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu kan, thanks kak Ruha.. :)
      alahai sian dia, get well soon.. n_n

      Delete
  15. blogging blogging jugak... rest kene cukup... :)

    ReplyDelete
  16. takde masalah nak upload video kat utube.
    salah satu cara nak expose diri kita.
    mana la tau kot2 ade company muzik yg berkenan nati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, niat nak kongsi hobi dgn kwn2 blogger je.. kalau terkenal nanti sy takut TERtutup periuk nasi justin bieber pulak.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017