Latest!

Lifes: I Will Miss My Hero

Assalamualaikum..

Sebelum korang baca lebih lanjut, aku nak bagitau yang mungkin entri kali ni sedikit peribadi.

Pagi ni aku terkejar-kejar dok depan tv. Bukan sebab nak tengok tv, tapi sebab aku tunggu abah bersiap nak pergi ke Ulu Kinta. Mana yang kenal aku, mesti tau apa pekerjaan abah. Dengan hati yang sedikit berat, aku buat-buat tengok tv sambil pandang abah bersiap pakai uniform.

Dalam hati mula la TERlepas marah, hanya kerana duit, pegawai atasan sanggup 'pisahkan' aku dengan abah.. hanya kerana duit. Selama seminggu dua pulak tu. Bila jadi orang bawahan ni kita memang kena redha, tu dah tugas kita. Tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa yang lagi lemah longlai dan lembik, aku sedih dengan layanan orang atasan, suka bagi kerja diluar karier sebenar. Lepas tu kerah tenaga orang yang dah berusia.

Dipendekkan cerita, sepatutnya petang tadi dah bertolak, tapi disebabkan pegawai agak tergopoh-gapah dalam jadual ni menyebabkan perjalanan terpaksa ditangguh kepada esok pagi.

Apa yang pasti, sebagai seorang anak, aku berbangga dengan pekerjaan abah aku. Bila tiap kali tukar sekolah, dengan bangganya aku bagitau apa pekerjaan abah pada kawan-kawan dan cikgu. Abah melaksanakan tugasnya dengan baik, sepatutnya hampir setiap tahun dia diberi anugerah pekerja cemerlang tapi abah tolak. Dia taknak nanti ada yang iri hati dengan dia. Jadi dia sanggup tak senaraikan namanya sendiri.

Walaupun gambar abah pernah terpampang di Youtube atas dasar tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang ingin aibkan pekerjaan abah, walaupun ada yang menyebarkan gambar abah sambil memaki hamun, abah tetap senyum.. orang yang tak merasa takkan memahami masalah yang kami hadapi. Satu negara suka mencemuh pekerjaan orang yang kami sayangi. Sedangkan pekerjaannya hanya untuk menjaga keamanaan dan kesejahteraan anda semata-mata. Sedangkan kami yang berasal dari darah dagingnya sendiri begitu susah untuk merasai keamanan dan kesejahteraan tersebut.. bila orang yang kami sayangi pergi, belum tentu kita dapat menyambutnya dengan seadanya. Mungkin kami akan menyambut orang yang kami sayangi dengan sekujur tubuh yang kaku.

Allah, menitik pulak airmata aku masa menaip ni. Maafkan orang, abah.. orang TERcerita pengorbanan abah pada semua.. biar semua orang kat luar sana tahu selama ni pekerjaan abah bukan la goyang kaki semata-mata.



Maaf kalau TERbuat entri yang sedih. Jom cuba gambar kat atas ni. Aku jumpa dekat Facebook malam tadi. Hasil guna nama aku yang sebenar, aku dapat Tokatuki Rikari.. haih awat pelik sangat nama lagu tu.. -_-

Apa pulak nama korang?


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
13 Comments

13 comments:

  1. Manusia ni suka cakap ikut sedap mulut sedangkan tak tahu ape ape... Diorang tak pernah rasa tapi......... Ergggg geram rasenye *_*

    ReplyDelete
  2. hargai parent kan , dear ? akak pun bangga dengan abah akak . no matter what , he is always no 1 hero for me :)

    ReplyDelete
  3. AYAH IHA POLIS KER?
    BIASALAH ORG ATASAN MMG SUKA BULI PEKERJA BAWAHAN

    ReplyDelete
  4. Sabarlah Iha..yang pasti kita dipihak benar. Dengar cakap orang mmg xkan habis.

    *Hai iha,,nama akak Rinkikuzika.. Macam sizuka pulak..hahaha

    ReplyDelete
  5. sayu saje entry nie ..:( semoga jadi anak yg baik dan solehah :)

    ReplyDelete
  6. sungguh peribadi ni tau hehehe

    - admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog @ facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  7. adik, sabarlah eh.. akak ucap jutaan ribuan ratusan dan puluhan terima kasih utk abah adik, dan semuaa yg seangkatan dgn abah adik kerana berkorban tenaga, keluarga demi keamanan negara. Biarlah manusia mencemuh, asal mulia di mata Allah :)

    # haii tokatuki rikari ! nama saya rinkashi rikakitoki ~ aiyohh apesal lak ade kaki-toki lak dh mcm adk bdk coki-coki haha ~

    ReplyDelete
  8. hehe biarlah apa org nak kata...yg penting sorg pekerja dah jalankan tanggunjawab dgn ikhlas...

    yg nama jepun tu tersangat la peliknya...ni semua pengaruh mat salleh la ni...diorg tak pasan ke org malaysia skang ni minat kat korea bukan jepun...:P

    ReplyDelete
  9. huhu, sedih akak baca entry dik..iha sabar ok,biarlah org nk ckp apa2pun, yang penting ayah kita tu bertanggungjawab dan mencari rezeki yg halal utk keluarganya kan....itu adalah pngorbanan yg paling besar drp seorg ayah.. :')

    p.s, nama akak lg pelik la iha, terbelit belit lidah nak mnyebut.hihihi :P

    ReplyDelete
  10. Sabar ye kak. Sobs kita pulak sayu :'(

    ReplyDelete
  11. sedih pulak baca..tunang akak polis..kdng2 akak kesian,rasa mcm polis d prgunakan o pihak atasan tp insylh,kalau niat prtahankn negara,darjat mereka tinggi d sisi Allah wlu mcm mana pun tanggapan org dan layan mereka

    ReplyDelete
  12. manusia memang kuat berdengki n berprasangka buruk..mereka fitnah abah iha ..tak apa..at least pahala dipindahkan ke abah iha.. kan? hehe.. asalkan kerja halal dan tak langgar undang2 dah cukup syukur.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017