Kesihatan: Traumatic Brain Injury

By iha - 6/12/2013 10:37:00 PM

Assalamualaikum..

Hye you allsyolandanamaste.. okey aku dah tak betul. Ingat lagi entri 'misteri nusantara' sebelum ni? Alaa entri ni hah [klik].


Cita-cita aku kan nak jadi doktor tapi tak kesampaian (semalam cikgu harini doktor pulak....) jadi aku harap dapat la buat perkongsian mengenai penyakit yang baru aku belajar ni.

Ringkasan:
Traumatic Brain Injury (TBI) merupakan penyakit yang mengakibatkan kecederaan pada otak. Penyakit TBI boleh terjadi apabila seseorang itu pernah mengalami hentakan yang kuat pada kepala sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian tengkorak (tempurung kepala) dan boleh memberi kesan/impak negatif pada pesakit. Perlu ditekankan, penyakit Traumatic Brain Injury juga boleh membawa maut tetapi bergantung pada tahap keseriusan/kritikal kecederaan pesakit.

Antara punca utama wujudnya penyakit TBI:

  • Kemalangan jalanraya
  • Jatuh
  • Terkena tembakan senjata api
  • Bersukan
  • Lain-lain



Dicatat pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.

Antara gejala/simptom awal penyakit Traumatic Brain Injury:

  • Sakit kepala / Pening
  • Mual
  • Sukar tidur
  • Mempunyai masalah terhadap cahaya / bunyi
  • Mudah beremosi
  • Mudah berasa letih
  • Penglihatan kabur
  • Masalah memori (Alzheimer)


Anisocoria - Saiz anak mata yang berbeza merupakan simptom Traumatic Brain Injury tahap serius (kronik).

Rawatan:

Buat masa ni masih belum ada rawatan untuk menghilangkan penyakit TBI. Tetapi pesakit Traumatic Brain Injury boleh mendapatkan rawatan Neuroprotection, salah satu terapi untuk pesakit yang menghidap masalah Sistem Saraf Otak / Central Nervous System (CNS). Sokongan dari keluarga dan orang-orang terdekat juga amat diperlukan kerana pesakit berkemungkinan besar tidak dapat mengawal anggotanya akibat kerosakan saraf pada bahagian yang tercedera (mungkin ada darah beku di tempat kecederaan).

Sekian, yang menulis dengan penuh skema:


Sumber gambar TBI: Wikipedia
#Ingat nak publish esok, tapi takut orang salah faham dengan entri WW sebelum ni.

  • Share:

You Might Also Like

22 Geng Banyak Bebel

  1. perghhhhhh most of factors tu, ena alami... cuma Alzhemeir je tak ada... hehehe terima kasih share ilmu mengenai benda ni

    ReplyDelete
  2. Teruk juga sakit nie dik...mintak2 Allah lindungi kita...amin

    ReplyDelete
  3. ok dh faham..hiksss...akak ada mslh gn memory tp bkn sbb terhnatuk..mak kata byk minum ayaq ada semut...btw, good sharing dear..;)

    ReplyDelete
  4. dapat info baru lagi dari iha hari ni.... thanks! :)

    ReplyDelete
  5. erk, FD macam tergolong je sebab simptom2 tu :/

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik adik iha.. :D

    ReplyDelete
  7. eee.. seriau n seram pelak terbayang kepala kena tembak.. aduh.. hemm.. xde ubat untuk sembuhkan yea.. kesian pada org yg kena TBI ni kan..

    ReplyDelete
  8. uishhh bahaya kalau kena penyakit ni kan.. harap2 dijauhkan lah kan...:)

    ReplyDelete
  9. hishhhh...mana tau one day cite2 jadi doktor tercapai..yang penting don't give up..^^

    ReplyDelete
  10. wah....kemalangan kereta yang paling tinggi risikko...

    Tonton Online Drama Teduhan Kasih Full Episode
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/tonton-online-drama-teduhan-kasih-full.html

    ReplyDelete
  11. Dina pernah jugak ade tanda-tanda macam kat atas tu . Cuma masalah memori tu Alhamdulillah tak pernah ade .

    #Dina senanye ingat gambar dalam entri WW tu gambar cacing dalam perut . Ataupun gambar baby dalam perut . Hihihi (jauh bebenor).

    ReplyDelete
  12. terjwb sudaa benda nih xD ingtkan apa laaa...huhuhu :)

    ReplyDelete
  13. laa..siannye sape yg dpt penyakit ni
    aah kan..bahaya klo mana2 anggota bdan kita yg terkena hentakan/terjatuh dgn kuat
    takut de darah beku

    ReplyDelete
  14. kadang2 tu sampai teringin nak hilang ingatan, teruk betul

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..iha :)

    ayie tetiba teringat pd sukan tinju..memang terdedah dgn bahaya spt penyakit TBI ni kan..

    ReplyDelete
  16. tu dia...apabila profesor berbicara.... :d

    ReplyDelete
  17. Takut jgk sbb dulu kepala akak pernah jatuh menghentam lantai simen.. bengong sekejap..

    ReplyDelete
  18. oh.. otak bergegar..hoho..nice info.. ^^

    ReplyDelete
  19. penyakit yg berkaitan dengan otak memang bahaya kan?

    ReplyDelete
  20. bahaya kan Iha kalau berkaitan dgn otak ni..

    ReplyDelete