Latest!

Lifes: Ikan Haruan yang Yummylicious!

Assalamualaikum..

Ekceli aku terbaca kisah ikan haruan ni kat blog kak +Farah Waheda Wahid di SINI. Kak Farah pulak buat entri tu lepas baca dari entri +PakcikLie PCL di SINI. Nanti lepas korang baca entri aku ni tolong sambungkan pulak tau. Tiba-tiba je ikan haruan ni jadi hot stuff. :P


Ni aku curi sikit ayat +Farah Waheda Wahid (hehehe jangan marah kak):

Sista'2x atau siapa2 yang biasa makan or dah pernah makan, silalah tolong set-kan positive mind pada saya supaya boleh telan Ikan Haruan ni...

Jadi aku pun rasa 'terpanggil' untuk brainwash sesiapa yang tak berkeinginan untuk mencuba ikan haruan. Jangan risau, bukanlah bermakna aku nak promote ikan ni bagai nak rak. Dua-dua sudut aku akan bagitau, positif dan negatif. Hehe meh ai ols nak kongsi pengalaman tak seberapa ni.

Walaupun abah kerja polis, tapi dulu abah ditugaskan untuk menjaga kolam yang kecil untuk 'kembangkan' modal dalam kelab polis (kecik mende, kalau main nyorok-nyorok pun boleh). Jadi dapatlah merasa beberapa jenis ikan air tawar macam jelawat, talapia, keli dan yang sewaktu dengannya. Kolam tu abah jaga sampai satu hari banjir teruk, kolam tu terpaksa ditutup.

Jadi masa abah jaga kolam tu aku pulak selalu kena operation. Kejap besi terkeluar la, tulang makin bengkok la. Lepas operate bermulalah sesi berpantang dalam tempoh yang sama macam orang lepas bersalin.

Bukanlah nak kata tak mampu, tapi kalau beli ubat gamat memang mahal. Yang ada jual botol besar-besar je, kalau beli memang dekat RM70 sebotol. Tu harga 10 tahun lepas. Jeli gamat pulak takde jual dekat dengan kawasan perumahan. Kalau bernasib baik ada la jiran yang bagi percuma. Jadi, asal sakit je takde muka balak lain selain ikan haruan. Huh bosan titew..

Credit dan Credit

#Rasa gamat Healin jauh berbeza dengan jeli gamat biasa (LUXOR). Kena tahan nafas bila makan..

To be honest, sekali makan ikan haruan aku akan mintak tambah lagi lagi dan lagi. Padahal siapa yang kenal aku masa kecik dulu mesti tahu yang badan aku macam alien tak cukup bulan, cerewet Ya Rabbi..
Bagi pendapat aku yang memiliki tekak cerewet ni, ikan haruan sedap. Dah la sedap, baik untuk kesihatan dan luka pembedahan pulak tu. Rasa dia tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata apatah lagi madah pujangga. Haha..

TETAPI, to be honest jugak ikan haruan tak boleh makan terlalu kerap dan kuantiti yang banyak dalam satu masa. Mungkin tekak cerewet aku je kot yang mengalami macam tu. Kalau ikut pengalaman, aku akan rasa macam nak muntah dan loya-loya bila makan terlalu banyak. Nak bau ikan haruan tu pun dah tak boleh. Bukan sebab hanyir, tapi muak sangat.

Oh lupa nak bagitau tips hilangkan bau hanyir pada ikan haruan dan cara penyediaannya.
Izinkan aku jadi chef peringkat sekolah rendah kejap untuk kongsikan tips ni:

 Basuh ikan haruan macam biasa. Jangan terlalu basuh sangat, takut lendir pada ikan tu akan hilang. Bila lendir hilang, hilanglah khasiatnya. Berapa banyak perkataan 'hilang' aku taip?
 Letak ikan atas dulang kemudian potong ikan dengan cara 'potong mayang'. Rasanya orang-orang yang superb dalam bab memasak mesti tau maksud potong mayang tu kan, hehe..
 Taburkan sedikit bawang putih, bawang kecil (merah) dan halia.
 Taburkan juga daun bawang dengan daun saderi.
 Kemudian tambahkan sedikit garam untuk menyedapkan perasa.
 KALAU nak lagi rasa yang wallaa wallaa heyy heyy (mende aku merepek ni), boleh tambah Ajinamoto a.k.a Pak Aji, ataupun kiub ayam sikit. Tapi bagi aku sampai garam je pun dah cukup kot.
 Kalau mak dulu cuma kukus bukan buat sup. Bila buat sup takut pembaziran kuah akan berlaku, asyik makan isi je. Tempoh kukus tak lama pun, lebih kurang dalam 10 minit.

Jadi buat semua yang sedang berpantang ataupun bakal berpantang, aku cadangkan makanan paling utama sekali korang kena makan adalah ikan haruan.

Ikut pengalaman, ikan haruan memang dapat sembuhkan luka dengan cepat. Jahitan dari lutut hingga buku lali boleh sembuh dalam masa 2 minggu. Jahitan dari siku hingga pergelangan pun sama. Insya Allah..

Dan yang paling penting sekali, bagi aku ikan haruan antara 'penyembuh luka' paling cepat berbanding jeli gamat dan yang seangkatan dengannya. Tapi kalau ada sesiapa yang boleh bagi cadangan selain ikan haruan dipersilakan. Maklumlah.. rambut sama hitam, tekak lain selera ◔◡◔


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
12 Comments

12 comments:

  1. betul tu ..haruan memang cepat kecutkan ataupun sembuhkan luka operation... sedap jgk ikin nie bila rasa heheehe

    ReplyDelete
  2. sy mkn je ikan tu..hehehe :)

    ReplyDelete
  3. jarang makan ikan haruan.. tekak takleh terima sangat :/

    ReplyDelete
  4. wah..buat masak sambal haruan ni pun sedap
    org kate la..yumida pernah mkn masa kecik
    bila besar dh x mkn
    entah..
    hormon bilang no..no..no...
    puas di try juga..tp itulah..memilih kot
    tp haruan ni byk kebaikan dri segi perubatan

    ReplyDelete
  5. mungkin kalau taknak nampak sgt keharuanannya tu kena masak ala2 fusion gitu...hehe pastu plating cantik2 mcm masterchef...mesti syok dan berselera nak makan....

    ReplyDelete
  6. ena tak pernah lagi makan ikan ni... bila baca entry liza ni, tetiba rase nak makan.. nak try.. hehehe

    ReplyDelete
  7. byk khasiat ikan haruan...kwn sy dulu dia ada luka dalaman dia makan pati ikan haruan..dh sembuh...huhu tapi sy jrg mkn ikan haruan..:P

    ReplyDelete
  8. akk pun tak pernah makan, dan rasanya memang tak boleh makan, sekarang kan banyak yg dibuat ubat, beli je yg itu, tapi akk still tak blh makan heee

    ReplyDelete
  9. nice info..kita tak pernah makan haruan..hehe.. susah sikit nak makan ikan..hho..tapi pati haruan suka minum.sedap..yummy yummy..! hehe.. tiap yang Allah ciptakan ada kelebihannya.. :)

    ReplyDelete
  10. cara penceritaan iha ni...cam best giler jer ikan haruan ni...hurmm... akak tengah membayangkan ni...

    ReplyDelete
  11. ikan haruan dan jeli gamat ni dua2 pernah cuba masa pantang lepas bersalin dulu..tapi yg siap sedai pny..kalao ikan haruan yg baru nak masak ni blm pernah try lagi..

    ReplyDelete
  12. mak dina dulu pernah operate . pastu sepanjang berpantang tu mak dina makan ikan haruan je . mak dina kata tak sedap tapi terpaksa telan heheh .

    #tapi dina tak pernah pulak rase . hihih :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017