Latest!

Lifes: Cerita Anak Perempuan dan Superhero :D

Assalamualaikum..

Sila baca entri sambil hayati lagu ni. Biar korang tersedu-sedan. :P


Abah, walaupun kita tak terlalu rapat. Tapi kita selalu cuba belajar 'mengenal' antara satu sama lain. Kadang-kadang kita lebih banyak berdiam diri sambil perhatikan perangai masing-masing. Kiranya abah akan perhatikan orang senyap-senyap, orang pun tengok abah dari jauh. Bukan kita sengaja buat macam tu, tapi sifat kita berdua berbeza. Bila darah A bertemu darah A, ibarat positif bertemu positif.


Abah, walaupun orang selalu banyak senyap, tapi tak bermakna orang tak pernah ingat segala jasa abah sejak orang kecik dulu. Orang ingat je bah, cuma tak berani nak flashback balik. Maklumlah, hati kaca..
Orang ingat lagi macam mana abah selamatkan orang masa terjatuh dari bilik air dulu. Masa tu lantai licin, abah terjatuh tapi sempat peluk orang. Orang pulak yang over menangis padahal tangan abah yang luka, orang tak jatuh pun. Rupanya hampir seluruh badan orang patah, muka abah nampak bersalah sangat. Tapi bila fikir balik, orang yang patut minta maaf kat abah.


Abah ingat lagi tak, masa kita duduk kat Cheras dulu. Rumah kita kat tingkat 8. Nak dijadikan cerita kedua-dua buah lif selalu rosak. Jadi tak ada pilihan selain abah kena dukung orang. Masa tu muka abah berpeluh-peluh. Kalau abah ingat lagi, orang lap peluh abah. Peluh abah yang menitis pun orang biarkan je jatuh ke muka orang. Walhal masa kecik orang jenis cepat geli dengan peluh orang lain. Tapi pengalaman tu mengajar orang menjadi lebih matang. Rasa sebak dan bersalah sangat-sangat. Tapi orang tahan je.


Abah, ingat tak masa tahun lepas. Masa kita sekeluarga pergi HKL sebab masing-masing berebut nak derma buah pinggang. Waktu nak balik, abah tolak wilcha orang. Sambil bawak tu abah nyanyi lagu Isabella kuat-kuat. Tergelak-gelak orang dengar abah nyanyi. Yelah suara abah kan kuat. Kalau tak, takkan masa duduk kat tingkat 8 dulu boleh dengar suara abah kat bawah bangunan.


Masa abah nyanyi tu kan, pakcik yang berjalan ikut laluan yang sama pandang kita. Pakcik tu tersenyum sambil geleng-geleng kepala. Orang pun tertunduk muka, malu dan gembira sangat. Masa tu kita ditimpa ujian, tapi sokongan keluarga mampu buat kita bergelak ketawa.. :')


Abah ingat tak, masa harijadi Firdaus haritu, kita sempat buat sketsa tak berbayar:

Abah: "Harijadi kamu bila?"

Orang: "Dah lepas la.."

Abah: *diam* "Kenapa Nabihah tak bagitau abah.
Tengok macam Firdaus tu, dia tak tahu malu, sebab tu dia bagitau abah."


Serentak kita gelak masa tu. Memang orang terharu bila abah cakap macam tu. Tapi bagi orang hadiah harijadi yang orang nak tiap-tiap tahun ialah bila ahli keluarga kita masih lengkap. Hadiah lain orang boleh mintak waktu hari biasa kan abah kan. :D


Abah, orang sebagai anak perempuan yang comel, orang rasa terharu bila abah tak pernah sisihkan orang dari masyarakat. Ramai anak anggota polis yang OKU, tapi kebanyakannya diorang sorokkan anak istimewa kat rumah. Berbeza dengan abah, selagi boleh promote anak dara abah yang comel macam Kak Ton ni abah akan promote habis-habisan.


Abah, masa abah jadi 'terkenal' kat Youtube dulu, abah tak tahu yang orang asyik menangis fikirkan pasal abah. Orang rasa macam nak maki hamun dan santau je makhluk tuhan yang aniaya abah sampai ke Facebook. Menangis orang tengok diorang edit video dan gambar abah, diorang cuma tau huru-harakan tempat,  lepas tu orang macam abah yang jadi mangsa keadaan. Tapi abah relax je, abah kata:
"Orang gila buat apa nak layan. Nanti tolong printkan gambar abah masuk Youtube ye. Abah nak tampal kat dinding". Ayat abah kelakar, tapi orang rasa macam nak menangis. Nasib baik anak abah ni pandai control macho tau.


Abah, bila mak tak ada kat rumah, abah layan dan jaga orang dengan baik sangat. Kadang-kadang layanan lebih daripada mak (err mak, mohon jangan terasa). Abah ingat tak, kalau tengok TV, bukan main serius kita tengok. Hihih.. tapi kalau layan wrestling, abah akan suruh orang translate.


Abah, walaupun abah bukanlah seorang yang handal speaking, tapi abah seorang yang SANGAT PANDAI dalam Bahasa Melayu. Serius, orang tak dapat nak jadi macam abah. Sekali abah menulis, memang boleh buat ramai orang menangis. Teringin nak ikut jejak abah. :)


Abah, dalam banyak-banyak lelaki yang orang kenal kat Malaysia ni, belum pernah lagi orang jumpa lelaki yang bersuara 'kuat'. Kebanyakan orang bersuara nyaring, tapi abah pulak kategori 'kuat'. Kalau abah nak panggil seseorang, tak payah guna pembesar suara. Kalau abah nyanyi, perghhhh.. memang mengancam. Cuma.. abah selalu salah lirik. :D


Abah, kalau ikut keluarga sebelah abah, orang respek sangat-sangat dengan abah. Sebab abah satu-satunya ahli keluarga yang berhijrah. Adik-beradik abah yang lain masih duduk berdekatan kampung lagi. Tapi abah 'mengembara' sampai ke ibu kota. Abah dulu orang susah. Alhamdulillah, sekarang kita dah 'mampu'. Cara abah berfikir pun jauh dari adik-beradik abah yang lain. Walaupun abah bukanlah minat pada sebarang teknologi terkini, tapi abah boleh masuk dengan perangai anak-anak dia. Abah tau PSY, Twitter, dan yang seangkatan dengannya. Cayalah abah! Haha..


Abah, ikutkan ada banyak lagi kenangan kita. Cuma orang takut orang TERfeeling habis. Hehe.. abah kena ingat, walaupun orang jarang bercakap dengan abah, tapi orang selalu doakan yang terbaik buat abah.


I LOVE YOU TILL JANNAH. n_n


Masa kat Depoh Pulapol. Abah yang letak tangan kat mulut. Posing gitu..


13 April 1985. Abah punya style macam agung kat duit. Haha..


21 September 1982. Masa ni ada Hari Perpisahan / Pertukaran Semboyan kat Jalan Gurney.


3 Oktober 1980 (apesal aku buat tahun makin ke belakang ni). Waktu ni abah tengah bergambar kat depan Kelas Semboyan Tampin. Sebelah kiri tu pakcik Imran. Tak pasti pernah jumpa ke tak.

September 1983.

P/s: Sengaja buat entri gila panjang. Hari Bapa punya pasal, korang baca la sampai pening ye.. :p


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
20 Comments

20 comments:

  1. segak n bergaya!! xD kes aniaya org lain tapi relax n tabah je abah awak :)

    slmt hari bapa utk smua bapa :)

    ReplyDelete
  2. slalu klo entry panjang yumida slalu skip baca
    kali ni konsentret
    sebak baca..ni klo abah iha baca sure bergenang air mata
    selamat hari bapa buat semua ayah di dunia ni
    pic agung tu mcm tergelak sikit..hikhik..aah..mmg mcm lam duit tu

    ReplyDelete
  3. terssedu sedan akak baca ni iha..*lap ingus jap* sob sob :') sebenarnya ayah kita banyak berkorban demi anak2 dan keluarga tercintaa kan..

    ReplyDelete
  4. hannafauzann16/6/13 3:44 PM

    Handsome abah mung hikhik

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari bapa...so sweet iha nie..^^

    ReplyDelete
  6. byk kenangan iha dgn abah ya . boleh citer berjela lagi . teringat arwah abah ... al fatihah .

    ReplyDelete
  7. sweetnyaaaa .. hee terharu pulak lissa baca..

    ReplyDelete
  8. entri ni meaningful :) teharu.. selamat hari bapa

    ReplyDelete
  9. jemput join


    http://www.akupenghibur.com/2013/06/segmen-review-ke-3-by-akupenghiburcom.html

    ReplyDelete
  10. Waa...lagu habis sebelum habis membaca.. besarnya pengorbanan ayah Ihaa..kak jhaa dgn ayah pn diam jgk..tp syg..sbb xtau nak cakp apa..time ada hal pnting baru ckp..

    ReplyDelete
  11. perenggan yang pertama kita baca senyum..entah kenapa..hehe.. lebar ja senyum..nampak???
    ayah memang seboleh2nya kalau dia tengah rungsing dia tak akan tunjuk kat anak2 dia..ayah kan cool.. :')

    selamat hari ayah.. ^^

    ReplyDelete
  12. kemain lagi ayah Iha bergaya ek. hihi! selamat hari bapa *lambat pulak*

    ReplyDelete
  13. waah segaklah abah. hehehhe. kasih ibu mmbawa ke syurga, kasih bapa mmbawa bahagia :D

    ReplyDelete
  14. sronok dn terharu je bca =) mmg besar prgorbnan ayah awk..lain dr yang lain..jga ayah awk elok2..jsa sorg bapa sgt besar...smoga bhgia sllu disamping family

    ReplyDelete
  15. Hai..
    Salam kenal.. =)

    Jangan lupa follow sy balik ye..
    Kalau sudi singgah-singgah lah dkt page AZ Collection..
    Mcm-mcm pilihan peplum ada,barangan kesihatan pn ada..
    Nak tempah KRAF FELT pn blh..
    https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002

    Nak mintak tlg LIKE page blh? Thanks.. =)

    ReplyDelete
  16. ooh polis hutan ye...hehe apa2 pun selamat hari bapa kepada beliau....

    ReplyDelete
  17. kasih ayah setiap masa, pengorbanan dalam membesarkan kita, takkan pernah kita lupakan, penat lelah setiap hari dalam mencari rezeki utnuk keluarga, me to I LOVE MY ABAH...

    ReplyDelete
  18. seronok baca entry Iha ni..rindu pula kat arwah bapa

    ReplyDelete
  19. Jasa ayah sentiasa di kenang...in shaa Allah...

    #psssttttt gambar kedua tu mcm agong lahhhhh
    ...hihi

    ReplyDelete
  20. Sedih jugak bila baca entri ni .

    #Dina dengan abah dina pon tak rapat jugak . Teringat waktu kecik-kecik dulu . Mak suka marah-marah dina pastu dina lari kat abah dina . Sekarang ......................

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017