Latest!

Lifes: Hadiah Untuk Pemenang

Assalamualaikum..

Bulan lepas aku ada jadi sponsor untuk Simple Giveaway by ArifahLee & ZunairahLee. Macam biasa, aku taja hadiah murahan, doodle untuk 5 orang. Tu je yang mak nenek mampu lakukan. Sekarang aku dah berhenti jadi sponsor, mungkin lepas ni aku kena tukar 'hadiah sponsor'. Jadi aku kena berhenti dan berehat kejap.

Aku tak tahu yang GA tu dah tamat lebih awal dari tarikh yang dijanjikan. Jadi aku pun tergopoh-gapah siapkan hadiah secepat mungkin. Kalau lambat siapkan nanti orang labelkan aku sama macam Ong Gedek Geduk tu pulak (mesti korang semua dah tau kan kisah ni). Cuma satu je doodle yang sempat aku siapkan, tapi terpaksa kerah otak tak kreatif ni untuk pelbagaikan corak / background setiap semua doodle.

Lakaran sebelum tidur. Dilukis waktu mamai :D

Chop! Nak ucapkan terima kasih buat +Nur Irdina sebab dengan baik hatinya beliau sudi buat watermark comel untuk aku. Terharu sangat-sangat! Tengkiu mengkiu Dina.. :)

Hadiah-hadiah doodle ni aku beri mengikut 'siapa cepat dia dapat'. So siapa yang tuntut hadiah paling awal dia dapat doodle mengikut urutan. Alhamdulillah buat masa ni semua bagi komen yang positif. Terima kasih.. :)

Bawah ni aku cuma nak tepek je, untuk pemenang aku akan hantar ke FB sebab nak letak nama.

 Untuk Fatin Diana

Untuk Aimi Rahim

Untuk Nur Atiqah Zulkifli

Untuk Husna Izzati

Untuk Syuhada Salleh

Maaf atas keburukan lukisan-lukisan diatas. Aku bukan manusia yang ada seni walaupun bekas pelajar aliran seni. Tapi aku harap hadiah tak seberapa ni dapat diterima secara positif. Fuh skema ayat kau iha.


Lukisan tambahan sebelum tidur semalam. Saja nak test, lama dah tak melukis secara serius.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
11 Comments

11 comments:

  1. Serius cantik gile !! Dina suke sangat yang warna biru tu . lembutt je kaler . Semua suwit suwit ! I loikee !

    ReplyDelete
  2. serius yang warna purple cik akak suka...mintak satu untuk cik akak...hihi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..iha :)

    memang berbakat iha melukis...klu serius insya Allah akan lebih mahir kelak :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh makin pandai Ihaa buat oodle ek..

    ReplyDelete
  5. fuyooo...kreatifnya dia..


    malu kiter

    ReplyDelete
  6. semua comel2!!! makin kratif iha! :)

    ReplyDelete
  7. cantik!!! comel doodle dia...>,<

    ReplyDelete
  8. kiranya FD yg terawal lah ni ek. hihi :D
    semuanya cantik, kombinasi warna yg menarik ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017