Lifes: Al-Fatihah Buat Perwira

By iha - 3/01/2013 07:42:00 PM

Assalamualaikum..

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga diatas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Sebak pulak bila aku taip balik bait-bait lirik lagu ni. Lagu yang dikira semangat tapi dalam masa yang sama merupakan sebuah lagu yang "trauma" dan "fobia" sebagai anak polis. Mungkin aku seorang je yang rasai ketakutan macam ni..

Petang tadi adik aku ada tanya mak apa yang jadi kat Lahad Datu. Disebabkan aku tak tengok berita sekarang jadi dikira TERtinggal keretapi la jugak. Mula-mula tak ambik tau langsung. Sekali bila aku dengar macam serius je apa yang berlaku harini, terus aku bukak Facebook.



LAHAD DATU - TERKINI

2 Komando Polis 69 - Terkorban
5 Polis - Cedera Parah

10 Penceroboh - Ditembak Mati
1 dari 10 Penceroboh Yang Mati - Adalah Wanita (Cuba Menyerang Menggunakan Parang)

10 Penceroboh lagi - Menyerah Diri
Lain-lain Penceroboh - Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah.

Sidang Akhar diadakan oleh Ketua Polis Negara pada jam 5.00 Petang ini. Berita secara rasmi akan diberitahu melalui Sidang Akhbar ini.

Sinopsis :

- Penceroboh yang mendakwa dari Keluarga Sultan Sulu menuntut Sabah dari Malaysia.
- PBB tak sahkan Askar Sulu itu sebagai persatuan yang sah.
- Presiden Filipina meminta adik bongsunya yang bersama penceroboh tersebut pulang semula ke negara asal atau bersedia menerima tindakan dari Pasukan Keselamatan Malaysia.
- Malaysia mengadakan rundingan agar penceroboh beredar dari sabah tanpa apa-apa kekerasan,
- Tempoh diberi. Namun Sultan "Sulu" berkeras tidak berganjak dan rela bertempur.
- Pagi, 1 Mac 2013. Penceroboh serang hendap pos kawalan Polis Komando 69 dengan melancarkan serangan Mortar. 2 Vet 69 terkorban, 5 cedera parah.
- Polis 69 dan PGA menggempur kubu Penceroboh.

Al Fatihah dan takziah.

Moga negara kita Aman dan Sejahtera serta Dirahmati Allah. Amin.

Automatik aku teringat kat seseorang. Ya, seseorang. Dia pernah mintak aku rahsiakan identiti dia memandangkan dia bekerja sebagai perisik. Ahli keluarga dia pun tak tahu apatah lagi teman wanita dia mengenai kariernya yang bahaya tu. Dari dulu lagi, dia pernah bagitau aku yang negeri dia memang tak selamat. Tapi aku abaikan.

Bila baca kisah Polis 69 dan PGA menggempur kubu penceroboh ni, aku teringat kat dia memanjang. Risau pun ada. Sebab dulu sebelum dia bergerak ke 'medan bakti', aku mesti bagi pesanan dan semangat kat dia. Siapa lagi dia nak harapkan selain bukan aku, orang-orang yang dia sayang sah-sah tak tau kan..

Sekarang aku tak tahu perkembangan terbaru pasal dia. Kalau dulu cerita ni tak tersebar kat media pun aku dah risau, inikan pulak bila 1 Malaysia heboh dan kecoh. Aku harap tak ada lagi perwira kita yang terkorban.

Al-Fatihah buat pahlawan-pahlawan Malaysia. Beruntung kerana gugur pada hari yang cukup mulia. Semoga kamu ditempatkan diantara golongan yang syahid..

NOTA PENTING! :
 Sila JANGAN kaitkan kes ini dengan mana-mana parti politik (Kerajaan mahupun Pakatan Rakyat). FIKIRKAN tanggungjawab kita sebagai rakyat langkah-langkah memperketatkan keamanan negara. SUARA kita cukup mahal.

 Sila JANGAN SESEKALI menghina perajurit kita. Cukuplah sebelum ni korang kata polis ni anjing kerajaan. Setiap hinaan korang pada pegawai keselamatan akan berjaya mengalirkan airmata aku bila terbayangkan wajah abah, sepupu, ayah saudara, dan arwah atuk.

  • Share:

You Might Also Like

6 Geng Banyak Bebel

  1. Harap perkara ni dapat diselesaikan dengan aman. Aminn...

    ReplyDelete
  2. semoga tak ada apa2 yang buruk macam ni berlaku lagi.. =)

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah...Allah sentiasa menlindungi kita semua...amin

    ReplyDelete
  4. semoga kes ni boleh setel dgn cepat....al fatihah buat mereka yg terkorban dan takziah kepada keluarga yg terlibat....

    ReplyDelete
  5. makin ramai yg meninggal. moga roh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete