Assalamualaikum..
Kelmarin masa dating dengan mak, ada la satu perbualan yang ringkas (tak termasuk gosip selama 2 jam)..
Aku: Mak tau tak kalau setiap hari Rabu, blogger akan buat entri Wordless Wednesday.
Mak: Tau, jadi? (hebat kan mak aku, dia tau je pasal blog)
Aku: Jadi, orang rasa nak cari kelainan sikit la. Ingat nak buat tajuk entri yang lebih kurang macam tu tapi pada hari yang berbeza. Masalahnya takde idea pulak.
Mak: ....
Aku: Contohnya la, hari Khamis kita buat Talkless Thursday. Jumaat apa pulak?
Mak: Bla bla bla bla bla bla bla..
Aku: Ha'ah la.. mak memang osem tau. Terima kasih!
Kalau mak baca blog aku ni mesti beliau bangga tahap gaban. Maka aku kena buat keputusan untuk sorokkan entri ni dari beliau buat sementara waktu, haha..
Hatta maka, aku senaraikan kat sini antara cadangan aku dengan mak mengikut nama baru dan tujuan pada hari tersebut:
Monster Monday
Entri yang mungkin gila-gila sebab nak bagi 'mood' pada pekerja dan pelajar untuk hari pertama yang agak tertekan.
Talkative Tuesday
Nak taip entri panjang-panjang pun lantak pi la.. :D
Wordless Wednesday
Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu aku jelaskan, hehe..
Treasure Thursday
Tipu la kalau takde pengalaman berharga/bermakna dalam hidup kita kan. Mungkin kita boleh kongsikan sama-sama..
Fadhali Friday
Ni aku cuba jugak cari nama-nama yang best kat Google. Dan aku tertarik dengan nama Fadhali. Fadhali bermaksud kelebihan ataupun keutamaan dalam bahasa Arab. Nak publish entri yang berilmiah + Islamik sikit. Kira dalam blog macam tak lengkap pulak kan kalau tak berdakwah.. :)
Searching Saturday
Maksudnya bukan mencari sabtu ye. Entri yang lebih kepada info kot (ada pulak 'kot'). Tapi seboleh-bolehnya taknak formal/rasmi sangat. Contoh dalam info tu kena ada humor sikit-sikit ke dan tak terlalu panjang. Hujung minggu macam bosan pulak kalau nak letak entri skema kan..
Songlist Sunday
Aku tak rasa entri ni aku akan taip panjang-panjang. Tapi berkemungkinan akan letak senarai lagu yang aku suka dengar dalam minggu tu dan aku akan jelaskan serba sedikit kenapa aku suka layan lagu tersebut.
Haa over tak aku ni? Sila komen dan tegur kalau rasa idea aku ni langsung tak bernas, tak janji lagi bila boleh rasmikan nama-nama ni. Mungkin bila otak dah blur baru boleh gunakan agaknya. Kalau ada sesiapa yang TERtarik dengan nama-nama tu dipersilakan untuk merasmikannya dulu (haha ayat budak bajet hot)..
P/s: Malas nak publish komen buat sementara waktu.. sebab lepas publish je entri ni, aku nak sambung rehat balik.. tuan puteri nak beradu 5 hari 5 malam, hehe..
P/s: Malas nak publish komen buat sementara waktu.. sebab lepas publish je entri ni, aku nak sambung rehat balik.. tuan puteri nak beradu 5 hari 5 malam, hehe..
29 Geng Banyak Bebel
idea yang bagus. dan kalau awak kekalkan penulisan mengikut susun atur tu, mungkin blog ni akan jadi blog multi entri :)
ReplyDeletebest jgk cadangan nih...jadi ramai la yang dapat idea nak update blog everyday.. tak la terfikir-fikir dan last2 jadi malas pulak..
ReplyDeleteIhaa thanks sudi join teka teki akak.. jawapannya memang debommm ...hheehee
Wahhh hebat lah idea akak tu... Rase macam nak gune je ekekek... *bertuah betol*
ReplyDeleteDina suke talkative tuesday... Boleh taip berjela jela... Muahaha...
#dina akan usahakan yg Fadhali Friday tu... InsyaAllah =)
best2 suke2 ! nii boleh kasik akak idea utk updte tetiap harii.. hihi mak iha mmg osemm ! selamat berehat 5 hr 5 mlm dinda.. moga kt bjumpa lg :D
ReplyDeleteeh eh eh, setiap hari pun ade ye kata2 tujuan tu... wahh, untuk hari khamis ngn rabu je ena tahu..
ReplyDeletehebat mak sis, mak akk blog pun dia tak tahu apa dia.. hehehe
hai adikkk...muahhh lama tak cit cat kan. Wahhhh bagus lah idea-idea sume tu..mmg terbaik gitu..bila nak buat ya..;)
ReplyDeletePerghh.. rancangan mak n anaklah ni ye..??unik juga cadangan baru iha ni..hehe.. >_<
ReplyDeletehaha dah ok dah tu nama2 tu...tapi apa2 pon tuan blog kena rasmikan dulu lah...takkan org lain nak rasmi pulak tak syok lah...hehe
ReplyDeletemak kamu mmg ohsemmm...monster monday..haha suka nm tuh!!
ReplyDeletehebat mak awak.mak saya xtau pun saya ada blog..apatah lg nk ckp psl blog..hoho
ReplyDeleteoh..tidak. sy baru tahu pasal wordless wednesday.. haha.. fadhali friday tu terbaaek bunyi dia.. hehe.. sangat2 bernas
ReplyDeleteAdvancenya mak dia.. Fuyyooo banyak gila idea.. Boleh jadi pencetus idea baru dunia blogging ni.. :-)
ReplyDeletewah, suka idea2 nie.. hehe, kdg2 ada la jugak, publish entry bertajuk begitu.. hehe, menarik.
ReplyDeleteMenarik jugak idea tu kak! Rasa macam nak curi. hahaha kidding2. :D
ReplyDeletewaiting entry dari iha ... buat yg best2 tau ...
ReplyDeletewah memang terbaikla kan huhu
ReplyDeletewahh3 hebaattttt tajuk2 tu eyh...Mak iha memang sangat awesome! ^________^ terbaekk lah.hihiihh
ReplyDeleteassalamu'alaikum..
ReplyDeleteblog Anda sangat bagus..
salam kenal,,
kito orang budak Indonesia..
wah..nice
ReplyDeletemenarik la iha
boleh jd rujukan utk sy buat entry ni
wordless wednesday..hurr,,, saya buat tak tahu jer stiap rabu
ReplyDeletewah!!!...setiap hari ada entry tertentu...bagos2x..hehe
ReplyDeleteHaha , okey !
ReplyDeletehehe.. i ok jeee...
ReplyDeleteidea yang superb..hehe..apa kata adik mulakan dulu..kalau ada yg start ada la yg ikut..ehehe..nice idea from ur mom la..sprting..kirim salam yea.. :)
ReplyDeleteWaHh good idea
ReplyDeletesangat kreatip.. bagus3 ;)
ReplyDeletehaha,, kreatif,, anak dia msti kreatif kan?
ReplyDeleteBagus idea tu .. Cadangan yg bernas , tak adalah blog kita kosong dan macam tak ada idea sebab hari-ii kita dh ada kategori untk dipuslishkan :)
ReplyDeletewah...ok gak....kretip la iha...=D
ReplyDelete