Assalamualaikum..
Wah boleh tahan buang tebiat jugak aku ni tiba-tiba nak cakap peghancis. Maksud tajuk kat atas tu "Hai! Selamat datang! Terima kasih!" Ya, terima kasih berjuta-juta lemon buat awak, awak, dan awak yang sudi komen di belog ini sampai lebam. Aku terharu weyh. Dalam masa 3 hari aku mendiamkan diri untuk publish sebarang post dan komen, aku dapat komen sebanyak ini:
Klik pada gambar kalau nak lebih jelas.
Siapa la agaknya yang komen macam tembak pakai M16 tu ek? Hehe.. siapapun orangnya, terima kasih diucapkan. Aku tak tipu yang aku betul-betul terharu. Tapi yang memang palingggggg tinggi sekali sudah tentu cik +Noor Liyana kita. Terima kasih ye kak SP sudi main tembak-menembak dengan iha.. :D
Semalam pulak, tengah syok pusing-pusing dekat dashboard, TERnampak pulak entri ini:
Aku TERkejut + TERkesima + TERperanjat + TERmelatah + TERgamam seketika. Nampak notification Google+ kak Mar ada tag nama aku.
Aku memang takde kerja malam tadi selain printscreen. xD
Kat entri ni jugak nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih tak terhingga buat +Mar Haini Abdul Rahim. Seronok dapat kenal dengan akak walaupun BARU SEHARI kitorang jadi jiran blogger (harini masuk dua hari la). Keprihatinan anda terhadap diri ini membuatkan saya berasa seperti menjadi penyanyi terkenal seangkatan Justin Bieber (wek wekk).
DAN yang terakhir, aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih buat pengikut/followers yang ke-300! Masa kejadian ialah pada hari rabu (6 Mac) tapi aku je malas tahap gaban nak buat WW.
Klik pada gambar untuk berkenalan dengan awek comel ini. :)
Sedikit info mengenai tuan tanah. Aku kena panggil dia kak Shad sebab beliau sebaya dengan abang aku. Bila dapat kawan yang lebih otai ni buat aku rasa kembali ke zaman keMUDAan balik. boooo~
Terima kasih sudi follow blog ni. Maaf kerana hadiah memang tak disediakan sebab penaja tetap dah lari ke Afrika Selatan (sila buat-buat percaya). Tapi sebagai tanda penghargaan, iha CUBA selalu singgah dan komen seperti menggunakan air rifle gun. (haruslah highlight kan)
Moga kita semua kekal menjadi sahabat dunia akhirat. Amin.... :)
P/s: Selamat Hari Wanita buat semua yang rasa diri tu wanita. Yang rasa diri tu masih bawah umur macam aku ni, sila tunggu hari raya nanti untuk kumpul duit raya. LOL~
24 Geng Banyak Bebel
Amboi syokye... Kak mar memang baik.... Semua orang suke dia hihih.... Tahniah eh akak.... Saye tinggal blog seminggu pon entri tak terusik hahaha...
ReplyDeleteTerima kasih dik.. Dina jangan risau, nanti akak serang belog Dina bertubi-tubi ye.. hehe..
Deleteselamat berkenalan..cheqkaq dtg dari blog JCB Marhaini
ReplyDeleteTerima kasih Cheq Kaq.. salam kenal ye.. :)
Deletewah tahniah...patut la lu takde update semalam...sibuk buat printscreen rupanya...haha..
ReplyDeleteHaha.. lu pon tau kan yang wa ada penyakit malas sikit nak update sekarang ni..
Deleteassalamualaikum ... selamat hari wanita pada iha juga ...
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.. wah terharu ni, terima kasih kak.. :)
Deletewahhh untungnye :)
ReplyDeletehai.. teman dh follow sini sambil klik2 nuffnang.. sudikah follow teman balik.. =)
ReplyDeletehttp://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/jom-main-kelik2-nak-u-kelik-i-i-kelik-u.html?showComment=1362765325763#c8663677856735105648
Patik sudah follow, terima kasih kerana mengeklik nuffnang patik.. :D
Deletesalam kenal, singgah sini, balas kunjungan dan follow awak... ^_^
ReplyDeleteTerima kasih kak Farah, salam kenal jugak.. :)
Deleteehehe. tq sayang. awek comel?. *blushing sekejap*. jutaan terima kasih jugak sis shad ucap kak iha, sudi mention my nme di siti. awek comel plak tu. ni yg sayang iha ni. hehe :)
ReplyDeletehehe, ai lebiu too lah.. :D
Deletehai iha...!
ReplyDeletebetul...iha rajin komen..
percaya la...berbaloi rajin komen nih..
:)
nanti nampak la hasilnya..
kak dayah dulu rajin komen..
kebelakangan nih dah malas..
setakat baca..
komen jugak tapi dalam hati yo lah...hahaha...
:)
Bagus tips ni, iha nak komen dalam hati jugak la pasni, :D
Deleteapapun terima kasih diucapkan buat kak Dayah sebab sudi jugak komen tempat iha nih.. hihi..
wah, bestnya..
ReplyDeletedapat komen banyak pastu ade org review lagi.
blogger peramah mesti ramai yg suka :)
sebab saya pakai tips2 yang ada kat blog cikgu la ni.. hehe..
Deletedari blog JCB melawat sini ^__^
ReplyDeleteTerima kasih Miss Fluffy.. :)
DeleteWahhh3 tahniah dear ;) heee
ReplyDeleteterima kasih iha..tak tau nak cakap apa..apa2 pon semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat..insyallah suatu hari nanti klu ada rezeki kita boleh jumpa ya iha..kak SP memang terharu sgt..iha memang serba boleh..suka baca penulisan iha..:-)
ReplyDeletewah maknanya kita ni saling terharu-haru (perkataan baru dalam kamus DBP) :D
Deletetu la kan, ada rezeki insya Allah kita ajak blogger yang lain berjumpa sekali..
terima kasih kembali ye kak.. ;)