Lifes: Tolong Senyap, Ayam Hutan

By iha - 3/12/2013 02:30:00 PM

Assalamualaikum..

Haha.. aku memang takde idea nak letak nama tajuk yang lebih sedap. Tapi masa entri ni ditaip, aku tengah gelak memanjang. Sebab?

Aku ada satu masalah yang mana masalah ni berjaya mengusutkan fikiran aku selama beberapa minggu lalu. Korang bayangkan, dah la aku tinggal kat sebuah bangunan ala-ala kondominium (berangan), lepas tu TERdengar bunyi ayam berkokok dari SEBELUM SUBUH HINGGA SEBELUM MAGHRIB, apa perasaan korang?

Bukan ini ayam hutan yang dimaksudkan, beliau tak bersalah.

Aku suka dengar ayam berkokok, sebab aku jarang balik kampung. Kalau dengar kat kampung pun sejam dua je. Lepas tu dah senyap. Ye la ayam pun tau penat jugak, beliau bukan macam kita boleh minum Revive ataupun 100plus untuk dapatkan tenaga semula.. :P

Tapi berbeza dengan ayam ni, beliau berjaya menyedarkan aku sebelum subuh walaupun tingkap bilik aku ditutup dengan ketat. Kiranya aku patut berterima kasih pada ayam hutan tersebut. Tapi kalau waktu tengah hari masa matahari tegak atas kepala, sampai orang balik pejabat pun beliau masih tak berhenti berkokok apa kes?

Kata mak, bab berkokok waktu pagi bukan tugas ayam hutan. Jadi beliau memang berkokok ikut nafsu serakah je. Kalau aku tak tengok jam, mungkin aku akan sentiasa ingat Selangor masih pagi, huhu..

Cer bayangkan rupa ayam hutan tu macam ni.. :D

Sebenarnya sejak awal bulan Februari hari tu pegawai atasan dah beri arahan JANGAN bela/ternak apa-apa haiwan peliharaan kat rumah. Bukan, kat luar rumah sekalipun jangan bela. Tu undang-undang yang baru berkuatkuasa pada awal bulan lepas.

Dulu-dulu keluarga aku ada jugak bela burung puyuh kat rumah lagi satu tapi sekarang takde dah disebabkan pencemaran udara yang kurang menyenangkan, haha.. sekarang tak bela apa-apa pet, mak kata aku la pet dalam keluarga sekarang, ceh....

Jadi semua penghuni blok yang ada bela binatang peliharaan especially macam kucing memang tak dibenarkan untuk membelanya lagi. Kalau degil jugak, dengan tuan punya pet kena halau dari rumah. 

Aku tak tau kenapa beliau (pegawai atasan) TERlalu tegas pasal peraturan ni. Mungkin dapat aduan kot.. sebab rumah aku rumah abah okeh berjiran dengan pembela kucing, err sedap jugak sebut pembela ni. Kalau bukak je pintu rumah, bau najis kucing beliau terus berleluasa.. dah kena tegur pun diorang buat tak tau.. kalau tak buat penghadang kat gril, kucing akan masuk dan terus melepaskan apa yang ia mahu di alas kaki rumah aku rumah abah.

Akhirnya, jiran tersebut memberitahu bahawa mereka TERpaksa menyerahkan kucing-kucing pada kawan mereka yang tinggal di luar kem.

TETAPI, aku yakin yang diorang sorokkan kucing-kucing tersebut di dalam rumah. Kerana bau najis kucing itu amat mudah untuk dikesan.. :D


Berbalik pada kisah ayam hutan tadi, puas aku fikir macam mana nak buat ayam hutan berhenti berkokok. Memandangkan bilik aku berjiran dengan tangga blok dan pembela ayam tersebut tinggal di tingkat atas, jadi sangat senang bunyi ayam tu menceroboh masuk dalam bilik.

Berbekalkan sedikit kesabaran dan keredhaan yang ada, aku cuba buat-buat tenang sambil karok lagu rock kapak yang bernada tinggi. Dekat setengah jam aktiviti menyihatkan suara (kononnya) dijalankan, baru aku sedar yang ayam hutan tersebut langsung tak berkokok. Haha.. sengal kan beliau ni. Lepas 5 minit aku diam, baru ayam tu sambung 'menyanyi' balik. Ingat kita ni tengah berduet ke? Untung la ayam ni, takde pegawai dapat tangkap lagi suara merdu beliau..


Tiba-tiba mengidam nak makan ayam hutan, ada sesiapa boleh ajar aku tak macam mana nak tangkap ayam hutan? Ayam dah ada, tangkap tak reti (sambil senyum dengan penuh sarkastik)..

P/s: Ketika entri ni ditaip, ayam masih berkokok. Grrr..

  • Share:

You Might Also Like

19 Geng Banyak Bebel

  1. Haha.... Rasa tension jugak kan bile setiap masa tak diam diam.... Rasa nak jerit je kat telinga ayam tu suruh diam..... Tapi apakan daya... Datang sikit dia dah lari hahaha...

    Cikgu dina kata, kalau ayam berkokok tandanya malaikat datang turun... Sebab ayam nampak malaikat.... Tu ustazah kat sekolah bagitahu heeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo gitu ek Dina, kalau macam tu dikira satu rahmat la kan malaikat turun.. terima kasih ye bagitau.. :)

      Delete
  2. Ayam hutan ni cantik lagi dan pelik sikit dari ayam kg ni ha.. hehehe rasanya ayam hutan ni berkokok lagi nyaring....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu, dan yang penting sekali ayam hutan lagi sedap dimakan.. nom nom nom

      Delete
  3. Dah lama x dgr ayam berkokok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasang je ringtone ayam berkokok kat handpone.. hehe..

      Delete
  4. sabar ya iha..sabar itu separuh dr iman..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tengah sabar kak, kalau tak dah lama iha lastik ayam tu dari tingkat bawah.. :D

      Delete
  5. Samelah kita! Sy suka balik kampung. Bila pagi dengan nak maghrib seronok dengar ayam berkokok..
    Tp kadang-kadang waktu tengah hari pon bising.. tu yang kena tahan sikit telinga tu. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tapi yang bestnya, bila dengar bunyi ayam berkokok je MESTI otak kita akan teringat kat kampung kan? :)

      Delete
  6. hehehe...sape plak pg bela ayam dalam rumah flat tu...ayam hutan plak tu...kalau ayam serama ada jugak org bela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tmpt wa tinggal ni mmg kawasan hutan sebelum ada bangunan kondominium (berangan), ada yg bela ayam hutan sbb nak tangkap ayam hutan kat hutan yg lain.. ayat belit2 lak hehe..

      Delete
  7. ehehehe, adoii ayam tu memang nak kena kan iha, bising ja kojenya, amik senapang tembak terus je ayam tu pastu buat redang ayam, perghh sedap tu...ahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih ganaihnya idea akak.. tapi iha setuju la jugak :D

      Delete
  8. haha iha jd pet keluarga?? siyes akak tergelak2, comel sgt kot tu kena jd pet :P ngeh3 plus patut ayam tu asik nak goda2 je dgn suara beliau . haha~

    #akak xsuka bau jajahan kuceng huhuk sesak napas ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe kak Mar.. ada ke patut iha diiktiraf pet? ada ke?? huahua.. mak iha pon tak kasi bela tucen sbb ada asthma..

      Delete
  9. hahaha...suka lah baca entry Iha ni..lucu... gmbr2 dia pun boleh connect dgn poin Iha..good2..keed writing dear... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke kak.. bila baca balik mcm skema pulak entri ni.. terima kasih.. :)

      Delete
  10. Semalan g crik ayam hutan dlm ladang kelapa sawit kul 12 mlm....pas2 sesat...nasib ada google map....jumpe jalan besar...kolo x bermlam la dlm kebun tu huhuhu

    ReplyDelete