Tutorial: Buang Gambar Blog Dalam Galeri Telefon Pintar Android

By iha - 3/27/2013 09:23:00 PM

Assalamualaikum..

Sepatutnya aku nak update entri ni esok tapi lupa pulak ada temujanji dengan Dr. Dragon. Err nama sebenar Dr. Naga. Suka suki suku sakat je aku translate nama beliau.

Bukan kisah doktor ni yang aku nak cerita, tapi aku nak kongsi serba-sedikit turtle ria (also knowing as tutorial) macam mana nak buang gambar blog yang TERmasuk secara automatik pada telefon pintar Android. Idea ni datang masa berjalan-jalan di blog +Aini Yunus . Kak Aini minta bantuan untuk menyahkan gambar-gambar blog beliau di telefon bimbit osem tersebut.

Ada 4 cara je sebenarnya dan ianya tersangatlah senang..

1. Pergi ke Settings → Applications → Manage Applications.
*mohon abaikan gambar kat belakang tu..


2. Pergi ke All → Gallery.


3. Klik Clear data tanpa rasa was-was, hehe..


4. Jangan menyesal untuk tekan OK.


Aku pernah kena macam ni sebab tu boleh tau.. gambar kat blog dah la ada beratus-ratus, masuk dalam telefon mau tak berat. Buat bazir memori je, nak posing maut lebih-lebih pun susah, Lol..

Sebenarnya gambar tu automatik masuk ke dalam telefon bila kita sign in blog kat browser. Gambar-gambar dari Picasa secara automatiknya akan melekat sampai bila-bila dalam galeri selagi tak buat clear data. Korang cuma kena buat benda ni sekali sahaja. Lepas ni sign in banyak kali pun gambar tu takkan masuk dalam telefon lagi.

Alang-alang tu jom kita terjah blog ibu yang hebat ni :)


P/s: Ambik header tanpa mintak izin dari tuan tanah. Jahat tak aku?

  • Share:

You Might Also Like

14 Geng Banyak Bebel

  1. Waa akak bab android mandroid nie pon pandaii ;)

    #dina ade "posing maut" kat instagram, pastu muncul sekali dalam gallery tablet... Cepat cepat gi delete... Kalau kakak(kandung) nampak dia kata syok sendiri pulak ekekek... *panjangnye kemengarutan ini*

    ReplyDelete
  2. owhh lagu tu eyh dik, baru akak tahu..hee..noob betol la kan..heee

    ReplyDelete
  3. wah nice info ni...tak pernah blogwalking pakai android...kiranya mcm cache jugak la tu ye....penuh la memori camtu...

    ReplyDelete
  4. salam zaliza :)

    tutorial yang jarang2 org terfikir nih...tapi bila kena masanya mmg mustahak kan..:)

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Timakasih yer iha buatkan turtle ria ni.hehe
    Sayaaaaanggg iha banyak2
    Lega rase

    ReplyDelete
  6. salam, good info, tnx :)

    ReplyDelete
  7. wow nice sharing :0 bru tahu

    ReplyDelete
  8. Ihaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ait untungglaa pkai aindroid, tgk eja pn salah.. akak fon cabuk je :P

    ReplyDelete
  9. almaklumlah,,HP tak canggih mcm Iha,so if nak post gmbr dari hp..memang tak da gmbr lah

    ReplyDelete
  10. tq so much sis fo the info...so useful to me..thanks a lot..mmuahhh.. :)

    ReplyDelete
  11. thankssssssss. kene clear data rupenyeee. patot lah xhilang2 folder auto back up tuuu. uhuhuhuh. slalu dok clear cache je.

    ReplyDelete
  12. Mcmane kalau saya x nk delete semua pic yg ada dlm picasa,hanya sesetgh pic je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak boleh kot. Saya cadangkan screenshot gambar yang anda taknak buang dari handphone. Selamat mencuba! :)

      Delete