Lifes: 27 Februari 2003

By iha - 6/20/2013 10:51:00 AM

Assalamualaikum..


Kali ni aku nak kongsi cerita adventure sikit boleh? Saja nak flashback kisah 10 tahun lepas. Kejadian ni berlaku sehari lepas hari jadi aku, hari Khamis. Masa tu dua-dua kaki bersimen, kaki kiri masuk besi dan kaki kanan doktor patahkan dari luar (tak belah kaki untuk luruskan tulang).

Petang tu aku dengan selamba badak sumbunya tak pakai pakaian yang bernama baju, umur pun baru 9 tahun, saiz badan macam budak 3-4 tahun. Ada bau hangit, macam bau orang bakar sampah. Aku tak hairan. Tiba-tiba..

"Abang, ada asap kat bawah," mak bagitau abah dengan nada tenang. Sepanjang hidup aku belum pernah lagi tengok mak melatah bila dugaan hebat datang. Abah tengah minum petang, bila tengok rupanya ada kebakaran. Hah kebakaran?!

Ayat mintak penyepak xD

Mak dengan muka cemas cepat-cepat angkat aku dan letak ke kereta sorong. Aku pun kalut jugak waktu tu, jadi kaki langsung rasa tak sakit. Padahal paha patah sebab ada kesilapan teknikal masa operate. Bawak keluar dari rumah, lif tak boleh pakai. Waktu kecemasan mestilah bahaya kalau pakai lif. Apa lagi, dari tingkat 8 tu mak mintak tolong akak sulung aku angkat kereta sorong sama-sama turun tangga sampai bawah bangunan.

Kat tangga dah sesak dengan jiran-jiran yang berlumba-lumba nak turun bawah. Masing-masing berusaha selamatkan diri. Mak kata kecewa la jugak waktu tu sebab takde sorang pun jiran yang sudi menghulurkan bantuan pada kitorang. Tapi bila fikir balik orang tengah panik, apa yang diorang buat semua secara spontan.

Masa dah nak sampai bawah tu, bunyi letupan kuat di tempat kejadian. Fuhh memang macam cerita dalam movie dah. Alhamdulillah kitorang selamat sampai ke tingkat bawah. Semua penghuni blok beratur di tempat letak kereta dan hanya mampu melihat kejadian mengejut tu. Tiba-tiba makcik dari kedai runcit datang dekat aku sambil bagi tuala. Huhu malu weh.. tak pasal-pasal aku buat free show masa nak turun tadi.

Ni CONTOH gambaran masa kejadian.

Lepas bomba siap 'buat kerja', kitorang naik semula ke tingkat atas masa dah nak masuk waktu maghrib. Rasanya kalau tak silap kitorang naik guna lif macam biasa. Masuk rumah, hambek kau! Serius sedih, macam rumah kitorang pulak yang terbakar. Yelah tempat kejadian kat tingkat 7, betul-betul kat bawah rumah kitorang. Jadi asap pun menetap kat rumah kitorang.

Dinding hitam, karpet kotor, beberapa hari lepas kejadian barang-barang elektrik macam komputer, vakum, peti sejuk, mesin basuh dan TV terus rosak. Bau asap masih tak hilang-hilang walaupun dah lebih seminggu kebakaran berlaku. Karpet la yang sadis, pergi hantar kedai untuk cuci tapi hasilnya tetap hitam dan kotor. Harga mencuci tu pun dalam seratus lebih. Takde pilihan lain selain kena buang terus. Perghh, kalau Allah nak bagi ujian tu memang tak diduga dan bermacam cara. Yang penting redha dan jangan meratap.

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita. :)

Esoknya (28 Februari) dah kena bangun awal pagi sebab nak ke hospital, cuci luka dan tukar simen baru. Bagi aku bulan tu memang kenangan pahit la. I hate it I hate it. Haha..

Tengah ingat balik kenangan dulu, mak pun cerita la kejadian yang sama masa umur mak 9 tahun. Rumah mak terbakar sebab ada orang yang dengki dengan keluarga mak. Arwah tokmak guru besar dan arwah tokbah polis. Kira ada la manusia yang diupah untuk buat kerja tak berfaedah tu.

Mak kata waktu tu pun mak tak pakai baju jugak. Hahaha, terus aku bantai gelak. Tak sangka aku dengan mak ada dua persamaan masa kebakaran. Pertama kitorang kena masa umur 9 tahun, kedua kitorang tak pakai baju masa kejadian, muahaha..

Eee tak malu.. :p

  • Share:

You Might Also Like

11 Geng Banyak Bebel

  1. alhamdulillah semuanya selamat..

    ReplyDelete
  2. haha sampai terlupa nak pakai baju ek. maluuuu >,<

    ReplyDelete
  3. HAha sweet la kisah Ihaa..dalam sayu ada manisnya.. hebatnya dugaan yg melanda family Ihaa.. sunggub tabah mak dan abah Ihaa..

    ReplyDelete
  4. singgah bls kunjungan.. follow sudah..

    baru2 ni ada jugak saksikan kebakaran dpn mata kat jln kuching, kl.. kilang potong kereta hangus..! huhu..

    ReplyDelete
  5. hahaha..tergelak akak baca..
    lawak kan..
    mesti segan je..lagi2 kalau makcik yang bg tuala tu ingat apa kita buat..hehe

    ReplyDelete
  6. umah pak ngah yumida terbakar 2 thn yg lepas
    yg sedihnya dh nak dekat bulan puasa
    mmg dugaan yg besar
    terbaru..di sibu swak membabitkan kebakaran lebih 100 buah umah..petang semalam..sedih tengok

    ReplyDelete
  7. Dugaan tu dikkk...
    Hehehehe...sama lah tak pakai baju...alahaiiii..

    ReplyDelete
  8. ishhh serious ke ni?? pengalaman tu

    ReplyDelete
  9. haha boleh sama pulak ye kena masa umur 9 tahun dan tak berbaju... :D

    ReplyDelete
  10. Boleh jugak same eh akak dengan mak akak dulu . Heheh . Memang betul-betul kembar tak seiras dan tak se-umur gitu !

    #nasib baik waktu tu 9 tahun . Aiyak !

    ReplyDelete
  11. tp xpe..umur 9 tahun, tak kesah sgt kalau tak pakai baju..kuikui

    ReplyDelete