Lifes: Hari Penuaan Mak :P

By iha - 6/06/2013 02:39:00 PM

Assalamualaikum..

Semalam aku sengaja buat-buat taktau yang aku ada blog, haha.. ini semua gara-gara nak jadi 'anak yang taat' dekat mak. Alhamdulillah 5 Jun yang lepas genaplah usia kembar aku yang ke-49. Perangai je kembar, umur tak kembar :P

Seperti yang dijangka, aku tak dapat nak beli apa-apa hadiah tahun ni. Tipu la kalau cakap tak sedih, jadi untuk tebus rasa bersalah tu, ayat-ayat manis je aku keluarkan semalam sambil ikut ke mana sahaja mak pergi. Err, kecuali masa mak mandi.

Dalam dekat pukul 12 tengah hari, kak Ain (akak no.2) singgah ke rumah kejap waktu rehat makan tengah hari. Sempat la beliau belikan untuk mak 2 slices kek Secret Recipe. Blueberry Cheese dan Hazel Cheese (gigih aku cari nama kek ni kat website Secret Recipe, haha).

Blueberry Cheese

Hazel Cheese
(tak sempat nak tangkap sebelum abah makan)

Lepas je akak no.2 balik. Abang aku, Fauzan pulak buat suprise. Dia bagi mak bungkusan besar kat dalam plastik.


Mak bukak dengan perlahan-lahan. Cermat je. Aku pun dulu mak ajar buat macam tu jugak. Tapi bila dekat 5 minit masih tak bukak-bukak lagi, aku tiba-tiba hilang sabar. "Mak, koyak je la. Orang dah gelojoh nak tau ni". Mak gelak.

Sebelum tu mak dah pesan, jangan bagitau hari ni (semalam) hari jadi mak kat abah. Mak nak tengok abah ingat ke tak. Tiba-tiba masa mak tengah syok bukak bungkusan tu, abah balik dari kerja. Automatik aku gelak sebab dah kantoi. Abah tanya kat aku:

"Hai, asyik senyum je? Mesti ada apa-apa ni."

Aku diam dan tengok mak. Mak buat muka innocent sambil sabar bukak bungkusan hadiah.
"Eh, apa ni?" Tanya abah lagi bila tengok bungkusan besar tu. Aku dan mak diam sambil senyum.
"Mintak maaf la ye. Saya tak ada apa nak bagi". Lepas abah cakap macam tu, terus abah nyanyi lagu sweet-sweet. Tergelak kitorang.

Nak tau apa hadiah dalam bungkusan tu?

Tadaaaa~

Ni hadiah dari abang Fauzan dan 'sister-in-law to be', kak Hana. First time aku tengok gajah cuma ada dua kaki. Hahaha.. tapi comel kot! Mak memang suka bantal macam ni.

#Psttt kak Hana, thanks bagi pinjam novel dan bagi mak hadiah comel ni. Akak memang osem! :D

Tiba-tiba dapat kejutan baru lagi, dalam dekat pukul 2 petang, abah bagi pesanan kat mak:
"Kalau Yati bagi kek karang, bayar guna duit kat atas meja tu."

Abah bagi pesanan macam tu sebab nak sambung pergi kerja. Mak tanya bila abah telefon, abah kata tadi. Baru aku teringat, dalam pukul 1:30 petang aku ada dengar abah telefon seseorang dengan kuat. Ingatkan abah sembang dengan kawan sebab tu aku taknak dengar perbualan tu.

"Mak, setiap orang ada cara seprais yang berbeza. Abah lagi hebat, suprise dari segi perancangan tiba-tiba". Aku dengan mak gelak lagi.

Abah telefon dalam pukul 1:30. Kitorang dapat tepat pukul 4 petang. Haha.. kesian acik tu (jiran), mesti penat dia buat kek tergesa-gesa.


Mungkin aku jakun, baru harini (semalam) aku tau kat kotak kek ada quote macam ni.
Selama ni tengok kotak kosong je -_-


Tudiaa ayat. Aku tak tau perkataan SAYANG tu dari siapa.
Sebab Cik Yati (yang buat kek ni) pun panggil mak SAYANG jugak.


Semalam kek tak berusik pun sebab sibuk makan sup tulang.
Comel tak pinggan Koko Krunch Kak Ton? xP

Dalam pukul 6 petang, kak Lat (akak sulung) pulak datang rumah kejap lepas balik kerja. Yes, satu lagi kejutan. Nak tau apa dia kejutan tu? Dua bantal baru dan sebiji kek! Terkekek-kekek aku gelak. Kebetulan sehari sebelum hari jadi mak, mak siap cuci peti sejuk.

"Nampak tak strategi mak disitu?" Aku tanya akak aku sambil gelak.
"Mana ada, mak kosongkan sebab nak buat dadih la." Jawab mak tapi join gelak jugak.
Semalam 3 tingkat kat peti sejuk letak kek hari jadi mak. Haha..

Bantal ni tak boleh blah, memang merah menyala you (sebenarnya maroon).

Muka lembu macam lukisan Yoshito Usui :D

Kek Secret Recipe Chocolate Indulgence 2kg.
Sepotong tu dah selamat menginap kat perut abang Fauzan :D

Dalam setengah jam kemudian, ada orang ketuk pintu rumah.
"Haih, hadiah apa lagi ni mak?" Tanya aku.
"Entah" Jawab mak.
Kitorang gelak. Asyik gelak je kitorang semalam. Rupanya jiran bagi nanas.


"Mak tengokkk, hari jadi mak sampai jiran pun bagi hadiah tau." Lagi sakan kitorang gelak. Apapun semalam aku tumpang bahagia tengok mak happy. Selalunya tiap-tiap tahun satu keluarga akan berkumpul sebab hari jadi mak jatuh waktu cuti sekolah. Tapi tahun ni akak-akak aku dah ada komitmen lain. Tu pun syukur sangat-sangat bila diorang sempat singgah ke rumah kejap.

Malam sikit, sambil menjalankan tugas sebagai 'hamba' seketika, aku cakap kat mak:

"Mak, orang mintak maaf."

"Kenapa?"

"Adik-beradik yang lain semua dah bagi hadiah. Orang je yang tak bagi."

"Kau jadi hamba aku selama-lamanya pun dah cukup."

"Eh?"

Mak gelak. Ceh, terkena lagi. Senang cakap memang best la semalam. :)
P/s: Mak kata "Jah, kau dah ada kawan baru. Gajah (sambil peluk hadiah patung gajah)."
(-_____-)

#Nanti aku publish komen dan blogwalking tempat korang ye. Sekarang tak boleh, tangan aku kena ekzema, tskk~ (kesat hingus kat dinding)~

  • Share:

You Might Also Like

51 Geng Banyak Bebel

  1. Untong ade mak lagi... selagi ade mak tu....sayang mak....kasihi ayah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah yob.. terima kasih sudi mengingatkan awok..

      Delete
  2. Wahh ! sambut birthday macam meriah gamak nya :D
    - Semoga hidup mak iha dirahmati Allah -

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kebetulan Wani.. bila tak arrange betul2 camni la jadinya.. Amin.... tq ye.. :)

      Delete
  3. kirim salam pada mak iha yer... happy belated birthday pada mak iha... semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan, bahagia di dunia juga akhirat...In Shaa Allah...Amin...Kakak doakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. done! thanks for the du'a akak sayang.. iha pun doakan baby akak dlm keadaan baik2 je.. :)

      Delete
  4. wahh.. bestnyaaa.. banyak suprisee.. hihi ^^ paling suka part last tuu.. jadi hamba yea..? hahahha

    happy belated birthday untuk mak sis Iha. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn Lissa.. iha pun jeles dgn mak tau.. tapi seronok jgk jadi hamba ni, dapat 'tempias' hadiah dari mak :P
      thanks for the wish dear.. :)

      Delete
  5. mesti mak senyum tak berhenti semalam kan, happy family forever uolsss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bukan senyum je kak, siap gelak terbahak2 lg.. InsyaAllah, doakan yg terbaik buat kami ye :)

      Delete
  6. happy birthday mak cik ..wahh sambutan meriah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas ucapan ye acik.. Alhamdulillah berkat didikan mak masa kitorang kecik2 dulu, mengingati birthday keluarga.. :)

      Delete
  7. Replies
    1. sayang mak jugak! (sayang la ayah sekali, nanti dia jeles) :D

      Delete
  8. hehehhehe.. byknyer kejutan mak awk dpt..hehehhe.. :) xpe la awak jadi anak y taat y sllu di sisi mak awak..heheheh :))

    ReplyDelete
  9. wahhh3 meriah dan penuh surprise ye harijadi mak iha ^______^ Btw happy belated birthday aunty! May Allah bless u ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fewitt tenkiu menkiu akak sayang diatas ucapan tu.. tu la kak Anie, dgn kita2 sekali terkena tanjat tau.. :D

      Delete
  10. WAhh meriahnya sambutan birthday mak Ihaa..byk dpt hadiah..haha gajah 2 kaki tu macam lucu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ni yg best ada akak n abg kak Jhaa.. diorang dah mampu nak bg mak hadiah.. iha n adik goyang kaki je la.. hehe.. comel kan gajah 2 kaki tu :D

      Delete
  11. hehehe bestnya.. banyak cake pulak tu.. happy bday for ur mom :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cake tu dah tak banyak skrg, haha.. btw thanks kak Nurul! :D

      Delete
  12. wah utg puan haliza dapat hadiah bertubi2 tu...hehe

    PS: nama jah dgn gajah tu mcm catchy pulak mendengarnya....hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, jeles tau dengan mak, haha..
      amboi amboi amboi.. 'jah hut' la awak ni :P

      Delete
  13. Hapi bday untuk mama adik ye...
    semoga menjadi mama yang penyayang dan makin hebat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal alamin! Terima kasih ye cik akak sayang :)

      Delete
  14. wah..kek yg sedap2 lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek lebih sedap bila orang belanja, hehe..

      Delete
  15. Wah bestnya! cakap dekat mak akak yang bakal menantu dia ehemmm wish selamat hari jadi. kahkahkah.

    best sangat tengok kek tu. dah lah kite ni peminat kek T-T..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok akak dah bagitau mak yg bakal menantu ehemmmm dia wish.. terima kasih atas ucapan ye adik ipar xD

      #laa yeke, mesti Nunu pandai buat kek kan? :)

      Delete
  16. waaaah... selamat hari jadi ke 49 jugak kepada puan sy ucapkan.. hehe.. sedap pulak kek tu nampaknye.. tapi buah yang paling best buah nenas tu laa.. my favaourite tuuuuu~ hak3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks Amirul.. owh peminat nanas, nanti sy ugut jiran sy suruh bagi awak nanas 1 lori ok :D

      Delete
  17. happy belated birthday buat mak Iha ya.. pasti dia seronok dikelilingi org2 yang menyayangi dia..bahagia sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mama.. Alhamdulillah.. harap mama pun happy2 dengan As'sya k.. :)

      Delete
  18. wah ! seronoknya dapat banyak kek . Boleh tumpang makan nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kak Vee.. kenapa lambat bagitau, kek dah nak habis ni, ayokkk..

      Delete
  19. waa.. hepy nye baca,,, untungnya mak dia ea..hehe (^___^)
    suka bila tengok family happy... teringat keriangan dan keriuhan kat rumah,,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, harap family kita sentiasa happy sokmo ye kak Trah :D

      Delete
  20. Sodapnyo CK tgk kek SR tu. Slruuupppppp. Mmg sdap kek dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CK, ehh slruppp tu mcm makan megi je.. hehehe..

      Delete
  21. assalamualaikum..iha zaliza :)

    best laa family iha zaliza...mesra dan akrab..penuh kasih syg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Ayie :)

      Alhamdulillah.. moga keluarga sy terus mesra macam ni.. harap Ayie pun macam tu jugak ye :)

      Delete
  22. alaa...bahagianya kalau ada keluarga besarkan? apa pun Happy Birthday mak, semoga panjang umur dan selalau bahagia bersama keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... Alhamdulillah kak.. terima kasih ye atas ucapan tu.. harap keluarga kak KY pun bahagia hendaknya :)

      Delete
  23. happy birthday kepada mak iha...semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segalanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal alamin.. tengkiyuuu kak Puteri sayang.. :D

      Delete
  24. sweet betul ur mom eh Iha..happy belated birthday to ur mom...

    ReplyDelete
  25. tetibe dina sedih pulak . birthday mak dina takde pon beli kek . dina nak sangat bagi kek kat mak dina bulan 11 ni (birthday beliau) . InsyaAllah .

    akak , dina terliur gile tengok kek chocolate tu . dina pernah rase sepotong kek tu je . sebab mahal . ni pulak 2kg ambek nyahh . tudiahh bak sikit . haha :D

    pssstttt ... akak tolong bagitau mak akak yang dina cakap epi besday kat beliau . (lambat wish pastu suruh orang pulak). Muehehehe~~~~

    ReplyDelete
  26. alamak sweetnyer family iha!!hehe tergelak2 akak bc...apa pun Hb kat mak iha ye...may Allah bless all of you always..:)

    ReplyDelete
  27. kita dah terlambat..huk huk.. kirim salam pada mak ya..kita tak pernah lagi sambut BD..huhu..beli kek dah macam tu ja..lol..abaikan..hehe.. semoga mak sihat sentiasa,diberkati n bahagia selalu ya.. :)

    semua bantal2 tu comel.. hehe

    ReplyDelete