Tutorial: Transparent Bawah Header

By iha - 6/11/2013 10:32:00 PM

Assalamualaikum..

Tadi masa jalan-jalan cari pasal kat blog orang lain, terjumpa entri dari +Wanie Zunidan yang meminta bantuan untuk menghilangkan background putih.

Pinjam ye Wani :)

Mungkin Wani maksudkan macam ni:



Kalau betul cara macam ni yang Wani nak, aku tau la sikit-sikit. Meh sini cikgu ajar, murid-murid sediakan buku nota, pen dan liquid paper. Liquid paper amatlah diperlukan sebab cikgu iha selalu salah ajar. Maklumlah, cikgu cetak rompak. xD

1. Pergi ke Dashboard > Layout.

2. Drag gadget dan letakkan di bawah header. Pastikan gadget yang ingin diletak betul-betul di bahagian bawah header.


Murid tambahan: Err cikgu iha, kenapa saya dah cuba tarik sampai lebam tapi tak dapat jugak nak letak gadget kat bawah header?

Cikgu iha: haipp, cikgu tak habis ajar ni *cover malu*

Sebelum tu cuba korang check balik kat header. Ada tak 5 titik berwarna putih (ayat tak komersial) kat sebelah kiri header?


Ataupun kosong macam kat bawah ni?


Okey bawak bertendang murid-murid, bawak bertendang. Kalau kat sebelah kiri tu takde tanda titik, maknanya header korang dalam keadaan terkunci (locked). Bila locked, korang takkan dapat pindahkan header kemana-mana dan sebarang gadget pun takkan boleh letak kat bahagian atas mahupun bawah header. Jadi sila ikut cara dibawah ini:

3. Pergi ke Template > Edit HTML Jump to widget > Header1.

4. Nanti korang akan nampak kod ni id='Header1' locked='true'

5. Tukarkan true kepada false. Lepas tu Save template.

6. Buka Layout semula. Nanti akan ada 5 titik macam gambar diatas. Kemudian drag gadget yang korang nak letak kat bawah header macam biasa. Dah siap tekan preview. Kalau berjaya boleh Save arrangement. :)

Note:
-Pastikan header anda transparent.
-Maaf diatas kepanjangan entri ini. Kalau tak faham dengan ayat berbelit cikgu cetak rompak boleh tanya lagi.

  • Share:

You Might Also Like

16 Geng Banyak Bebel

  1. Dasatt la akak Iha . Akak iha jadi cikguu wuuuu wut wuttt (dah macam nak kene tendang).

    #tau tak kak selama ni dina dok heran garu2 kepala macam orang utan memikirkan bende header tak boleh alih tu . Akhirnyaaaaa . Heeee maceh hakak :DD (hakak ? kahak ? xD) jangan tendang saya o.O

    ReplyDelete
  2. eemmm...setakat ini akk belum ada masalah mcm tu, tapi boleh save ni, kut2 lepas ni masalah melanda thanks Iha

    maaf ye baru berkesempatan singgah

    ReplyDelete
  3. ohhh macam tu ke???? ingatkan apa titik2 putih tu...rupanya background

    Senarai Blogger Malaysia Yang Cantik 2013
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/senarai-blogger-malaysia-yang-cantik.html

    ReplyDelete
  4. tengs for this tuto.... lepas ni kalau ena nak edit blog sendiri, boleh la godek2 kat sini.. nampak kemas

    ReplyDelete
  5. Penceroboh datang nak komen...hihi...

    penat2 cik akak mesti ingat nak singgah adik ila nie...:)
    wah hebat lah cikgu...anak murid yang nie reti baca je...nak practikalkan nya lambat lagi tau...tak reti..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah , terima kasih iha . Jadi dah , cuba tengok blog wani , hehe . Syukran Jazakallahukhoiro (:

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..iha zaliza :)

    bagus nya entry tutorial iha nih..ada yg ayie x tahu lagi sebelum nih.

    ReplyDelete
  8. rajin cikgu ni mengajar murid-murid yer...hehehe.

    ReplyDelete
  9. oooh ingatkan apa lah tajuk ni td...hehe apa2 pun tutorial yg bagus... :)

    ReplyDelete
  10. Akak tggu masa rajin baru nak belajar..bila xtau lah..blog akak pn tak bertukar..asyik cenggitu je... hehe

    ReplyDelete
  11. gud info.. :)

    Tolong doakan untuk sahabat ejulz yg tgh tenat ni k.. terima kasih "Doakan untuk dia"

    ReplyDelete
  12. waaa.. bagus tutor ni.. iha leh jadi cekgu tutor blog dah ni.. heee..

    ReplyDelete
  13. hahaha...nice sharing cikgu iha..^^

    ReplyDelete
  14. kita dah penat mengedit blog..hehe..cukup la yg simple2 yg ada sekarang nie..hehe..

    ReplyDelete