Lifes: Buat Top Commentators

By iha - 6/01/2013 12:55:00 PM

Assalamualaikum..
Dari malam tadi aku gigih siapkan entri ni tapi dalam hati dah berkata-kata dan meronta-ronta:

"Tido la, tido la.. wei tido la wei.." dengan suara ala-ala Masao, kawan Shin Chan.
Akhirnya, aku tertidur dekat pukul 4 lepas siapkan hadiah tak seberapa buat Top Commentators yang dikasihi. Sekarang aku belajar tidur awal sejak badan selalu rasa tak sihat. Nasib baik malam tadi mak sudi teman aku tengok menantu dia kat TV2 sampai dekat pukul 2 pagi. Hiks..

Untuk bulan Jun ni, aku nak buat kelainan sikit. Ye la selama ni aku tak pernah buat entri penghargaan buat kawan-kawan blogger yang datang dan komen banyak-banyak. Walaupun bulan Mei aku agak PEMALAS la jugak nak blogwalking, tapi diorang tetap meninggalkan jejak disini. Terima kasih you all. I all rasa terharu.

P/s: Terima kasih dalam bahasa Tamil apa ye?

Ok kat bawah ni adalah mereka yang baik hati selalu singgah ke teratak buruk ini:



Love yang tak menahan tu, haha. Klik pada nama untuk singgah ke blog awesome mereka. Bulan ni aku pilih 6 orang sebab haritu aku menang Segmen Ke 2 Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com. Walaupun Acik kata tanpa paksaan untuk masukkan nama beliau ke dalam bloglist, tapi orang berbudi kita kena la berbahasa. Plus Acik tempat ke-4 dalam senarai pengomen tegar.

BUKAN ITU SAHAJA, akhirnya aku berjaya siapkan keenam-enam doodle untuk 6 orang pengomen tegar tersebut. Dengan tema 'Superhero', aku buat doodle berdasarkan kerjaya mahupun 'ciri-ciri' blog mereka. Puas aku tahan gelak masa lukis doodle ni.

 +Hatimi Tahirruddin
TIMIZERO

Dalam banyak-banyak doodle, bro +Hatimi Tahirruddin paling cepat aku siapkan. Tapi taktau la beliau suka ke tak. Yang pasti, aku dah gelak terbahak-bahak masa buat ni. Jangan marah ye Cikgu Muzik :P

+Nina Maslizza
Nina Maslizza

Kak Nina bakal jadi 'Superdoctor'. Jadi terhasillah doodle ini. Kerja doktor bukan senang, nak lagi dapat pesakit yang banyak songeh (ehem, aku tak ekk).

+Nana Liena
Nana Liena

Kak Nana, mesti anda tertanya-tanya kan apa pulak kaitan lukisan ni dengan anda. Hehe, sebenarnya aku nak huraikan entri beliau yang INI. Kak Nana bukan brutal, tapi jangan buat dia marah. Nanti susah nak pujuk (ni yang aku baca kat entri kak +Nana Liena sebelum ni la, hehe).

+Mieza Jhaa K
Mieza Jhaa K

Doodle Kak Jhaa paling senang nak hasilkan. Sekali baca link blog je aku dah tau nak buat macam mana. Hihi diharap Kak Jhaa dan Mr.K tidaklah mengamuk melihat kartun diatas. :D

 +Nur Irdina
Nur Irdina

Perasan tak, doodle Dina nampak baik-baik je. Untuk pengetahuan semua, +Nur Irdina la yang edit blog aku ni. Aku kan takde masa nak makeover blog. Nasib baik Dina sudi tolong tukarkan. Apa yang lagi best, Dina tak kenakan sebarang bayaran pun! Betapa seronoknya aku rasa. Ikutkan memang aku nak bagi something tapi tuan punya badan taknak. Jadi haruslah aku lukis baik-baik untuk Superheroin ni (takut kena marah) :P


Hehe.. maaf ye Acik. Pertama kerana ada kesilapan ketika melukis rambut, kedua kerana meja tu senget, ketiga kerana saya tidak mahir melukis bahagian tangan, dan mungkin ada beberapa bahagian yang saya tak perasan. Bagi aku Acik memang layak digelar Pakar Motivasi. Tengok pada kebanyakan entri di blog Acik, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari nasihat beliau.
#Sesiapa yang ada masalah tu bolehlah kongsikan pada Acik :)

Lukisan aku masih buruk. Mohon maaf zahir dan batin kalau ada yang tak suka (sambil tahan gelak bila tengok doodle ni balik). Tahniah pada mereka dan itu tak bermakna aku lupakan kawan-kawan lain yang tak tersenarai. Sebenarnya aku dalam proses memenuhkan bloglist seramai 100 orang. Sekarang baru 52 orang, mungkin nanti aku kena buat entri pencarian bloglist.

  • Share:

You Might Also Like

12 Geng Banyak Bebel

  1. pengomen2 tegar tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. yuhuuu.. hampir menitis air mata daku tahu..hehe..

    *pantas aja bila dah dapat agak nama gua dimention dalam entri ni.. psikik betul..lol ..perangai..

    erk..cantik dah blog..smart..geng biru juga kita..kekeke.. give me 5 !!! :)

    okay la tu doodle..comel.. pedang pun pedang..macam samurai dah..ahahha

    ReplyDelete
  3. tahniah pada top komentar

    ReplyDelete
  4. wah terbaik lah doodle2 tu...dah ada perkembangan tu....hehe

    nampaknya wa punya doodle tu mmg best...sebab ada super power utk fire org...kira sama taraf dgn otromen jugak tu...hehe apa2 pun terima kasih byk2 wa ucapkan....

    LIKE dan +1

    ReplyDelete
  5. ooppss...lupa nak ucapkan tahniah utk superhero yg lain tu...hihi yg acik tu dah mcm gaya boss besar dah tu....

    ReplyDelete
  6. Hahahaha..Mr.k jadi superman akak jadi superwoman..dan kami bercinta..ketawa terkekek akak...terima kasih Ihaaaa..

    ReplyDelete
  7. Hahaha...tu Acikk ker??? kelas gituu..mcm Dato' Fadzilah Kamsah..

    ReplyDelete
  8. wahhh siap ada doodle ...cantiknye..acik suka !!! thanks so much :)

    ReplyDelete
  9. wahhh...ceria2nya doodle tu...tahniah buat mereka

    ReplyDelete
  10. cumil2 doodle tu..pandai buat..

    ReplyDelete
  11. akakkkkkk !!!!! terima kasih terima kasih terima kasih ! arigato thank you ! (over terlebih) .

    comellah doodle yg dina punye tu ! cayang ahkak ketat ketat ! seronok dapat jumpa akak . dina save dodol tu tauu :DD

    ReplyDelete