Lifes: 11 x 3 Things About Me (Part 3)

By iha - 6/03/2013 03:33:00 PM

Assalamualaikum..



Yeayyyy kena tag lagi (sambil menari samba kat dalam bilik). Haha aku buat-buat tabah je masa dapat tau kena jawab 11 x 3 soalan lagi. Sebelum ni aku dah jawab 33 soalan dari tiga gadis awesome kat entri INI dan 33 soalan lagi dari tiga gadis yang gorgeous pulak di entri INI. Kiranya blogger yang tag aku kali ni merupakan gadis ke-7, 8 dan 9 yang bernama Aida Syazwani, Miss Za, dan PuTeRi. Maaf ya u alls sebab I alls lambat jawab. :)

11 Soalan bertubi-tubi dari Aida Syazwani:

1. your full name on I/C
Puteri Nurul Nur Farah Siti Natasha Syakila Binti Mat Saleh
Nur Nabihah Binti Mohd Fazali


2. your first love,when?
Tadika. Nama dia Syafik. Muda setahun. Muka dia comel. (over pulak jawapan) :D

3. your hobby?
Gelak tanpa sebab.

4. your dream?
Tahun depan saya jawab :D

5. your favourite food?
Banyak sangat. Antaranya kat SINI.

6. perkara paling jijik penah buat
Jadi 'perempuan ganas' semata-mata nak pertahankan diri sendiri.

7. picture of u, show it in the post
Erkk.. tengok gambar kat atas sekali tu boleh? Saya tak berapa suka bergambar, muka saya tak comel macam Kak Ton. :D

8. your first car/bicycle/motorcycles?
Wilcha. Tapi ramai orang kata nampak macam basikal BMX. Haha..

9. had failed in your subject?
Banyak kali TT_TT

10. the most hard and easy subject to learn?
Matematik dan Sivik. Hahaha..

11. what are you doing right now?
Jawab soalan sambil letak kaki atas meja komputer. Kurang sivik punya orang xP



11 Soalan Bikin Peluh dari Miss Za


1. Ada allergic tak?
-Pada habuk dan cuaca panas, nanti kulit rasa gatal-gatal dan dapat penyakit ekzema.

2. Pergi pantai, panjat gunung, shopping, hangout dengan kengkawan, tidur sepanjang hari, mana paling best?
-Tidur of course.


3. Warna yang korang menyampah. Ada tak? Ce list kan.
-Emas. Haha..

4. Movie paling bengong pernah korang tengok. Apa perasaan masa tu?
-Kung Pow. Movie mengong yang paling terbaik, hehehe..

5. Pernah tengok hantu tak? Jin ke, jembalang ke.. Kalau pernah, apa yang korang buat bile nampak bendalah tu?
-Tak pernah tapi rasanya ada beberapa kali TERnampak kelibat masa kecik dulu.
Tutup mata ketat-ketat >_<

6. Nama paling pelik pernah korang jumpa.
-Gollum. :D

7. Tempat paling best pernah korang pergi.
-Hospital, sebab ada makanan sedap-sedap.

8. Lagu yang korang asyik dengar kebelakangan ni.
-Galneryus - Angel of Salvation

9. Ayat yang selalu korang sebut.
-"Kalau orang cakap ni mak jangan marah ye" ayat bila nak mintak sesuatu kat mak. xD

10. Langkah yang diambil untuk hilangkan stress.
-Buat lawak bodoh / Buat benda yang kita suka.

11. Apa yang korang dapat dengan berblogging or dengan kata lain, apa advantages yang blog bagi untuk korang.
-Dapat kawan baru, pengalaman baru, duit baru. Eh?

12. Apa yang korang da buat untuk diri korang dan orang sekeliling sepanjang hidup korang ni? Tak perlu jawab sebab ni soalan yang ke 12.  Cuma sekadar renungan bersama. Peace. ^_^
-Hehe kalau macam tu kita jawab dalam hati je ek..

11 Soalan Dasyat dari PuTeRi

1) Awak suka tengok kartun anime x? Kalau suka, kartun animes apa yg awak minat.??

-Serius banyak sangat. Lagi suka tengok anime dari kartun omputih. :D

2) Apakah yg akan awak lakukan jika ada masa lapang?
-Buat lagu macam Puteri jugak.

3) Apakah IMPIAN awak yg mungkin mustahil untuk awak capaikannya tpi awak benar2 mahu mendapatkannya?
-Doktor pakar bedah. Tapi lepas nampak kepala hancur terus cancel serta-merta nak jadi doktor.

4) Apakah cita2 / kerjaya yg awak impikan & apa yg akan awak lakukan untuk mencapai cita2 tersebut?
-Penulis. Tonjolkan impian tu, buktikan kalau kita boleh kejar cita-cita tersebut.

5) Pernahkah awak mencintai & merindui seseorang yg awk cintai namun tidak berani untuk meluahkan kepadanya?
-Pernah, masa tadika dulu. :P

6) Adakah awak sanggup melepaskan CINTA awak kerana terpaksa mengikut pilihan keluarga awak?? Kalau x sanggup, apakah yg akan awak lakukan agar parents awak dapat menerima pilihan anda sendiri??
-Itu tandanya dia bukan jodoh kita. So lepaskan je la. Pilihan keluarga adalah yang terbaik..

7) Awak nie jenis orang yg macam mana kalau berhadapan dengan orang yg berlainan jantina & umurnya hampir2 jew ngan awak? (Means that HE / SHE is not to old from u..)
-Jadi peramah tapi tetap ada batas-batas pergaulan. Kalau lagi senior baru rasa segan sikit.

8) Perkara apakah yg membuatkan awak berasa sangatttt marah & sakit hati?
-Jenis manusia yang bermulut laser. Rasa macam nak laser mulut dia. Haha ayat dah berbelit-belit.

9) Apakah hadiah yg palinggg Istimewa yg awak ingin hadiahkan to your parents?
-Kejayaan diri sendiri dan simpan duit untuk mak abah pergi umrah.

10) Apakah yang ingin awak katakan kepada seseorang yg amat ISTIMEWA dalam hidup awak sebelum awak pergi dari dunia ini?? :'(
-Haiyaa jangan sedih-sedih maa, semua olang akan pigi jugak lorr (tiba-tiba jadi cina pelat).. :D
#bahagiakan orang yang kita sayang, kalau kita sedih takde guna kan? :)

11) Jika awak tahu yang awak tidak mempunyai masa yang cukup untuk hidup, apakah perkara yg paling utama awak ingin lakukan & laksanakannya??
-Tambahkan amal ibadat. Mohon keampunan dariNya.

#Aku malas nak betulkan warna font. :D
#Ada sesiapa yang boleh hentikan permainan ini? Hahaha..

  • Share:

You Might Also Like

5 Geng Banyak Bebel

  1. permainan ni mmg x henti2 sejak sy mula masuk dunia blog...hahahah~~ adeh~ >.<

    ReplyDelete
  2. ya Allah...rajin betul adik akak yang sorang ni...ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. ada..meh saya tolong stopkan game ni..ahaha.. kata ja 'im surrender girl..walah...!!!'

    ReplyDelete
  4. huuuuu makkk haiiii....jenuh nak menjawab tu...soalan exam pon tak byk camni...hehe

    ReplyDelete
  5. segmen ni sape yang anjurkan pon tak tau . kalau berterusan , sampai tahun dina kene mengundi pon wujud lagi game ni . (ape kaitan dengan undi?) errr tiada maksud yang tersirat disitu ye :DD

    sekian sahaja komen saya wahai Puteri Nurul Nur Farah Siti Natasha Syakila Binti Mat Saleh :D (mohon jangan tendang saya)

    ReplyDelete