Latest!

Lifes: 11 x 3 Things About Me (Part 2)

Assalamualaikum..


Aku dah tetapkan hari Senayan (Isnin) adalah hari untuk aku menyertai sebarang Segment, Contest mahupun Giveaway. Soal jawab juga tak terkecuali. Minggu lepas aku dah buat entri 11 x 3 Things About Me dari Wani, Bella, dan Lissa. Jadi minggu ni izinkan aku menjawab soalan sahaja. 11 perkara tentang diri aku, 11 soalan yang aku beri dan 11 orang mangsa tag masih orang yang sama seperti dalam entri sebelumnya. Kalau tak kena tag tapi nak jawab jugak dialu-alukan, hehe..

#Dengar cerita bro +Hatimi Tahirruddin nak join tapi aku lupa pulak nak tag beliau, kihkih.. *perangkap* :P

Okeh ni antara soalan yang aku terima dari Adik Dina, Kak Deno, dan Kak Qeela. :)

11 Soalan Perangkap dari Nur Irdina :p

1. Korang pernah ade pengalaman cinta monyet tak ? (haha)
~Buat masa ni tak pernah lagi bercinta dengan mana-mana monyet.
(mesti Dina bengang dengan jawapan aku nih) xD

2. Apa makanan & minuman favourite korang ? Bagitau kenape .
~Banyak sangat! Nak bukti? Klik sini. Kalau minuman pulak, obses gila kat susu sampai jadi obes. Haha..

3. Apa tujuan korang berkawan dengan dina ?
~Sebab gadis yang bernama Dina ni kelakar, memahami, bersikap matang walaupun baru berusia 13 tahun. Rugi siapa yang tak berkawan dengan beliau. Kalau zaman dulu dah boleh kahwin dah budak ni. Dik, sila jangan kembang sebesen :p

4. Korang tak suka orang jenis apa ?
~Talam dua muka. Takpun cakap besar, rasa macam nak sumbat anak lipas kat dalam mulut dia. HAHAHA..

5. Apa motif sebenar-benarnye korang letak bloglist ?
~Belum terbuka pintu hati lagi nak letak bloglist dalam blog. Cuma letak kat notepad dan ColorNote kat handphone cabuk. Tujuan utama sebab senang nak blogwalking.

6. Korang pilih kasih takk ? (muehehe)
~Sejujurnya kadang-kadang sifat tu wujud. Hee..

7. Korang rasa korang berfikiran matang tak ?
~Oklah Dina, akak jawab seploh je soalan Dina. Yang soalan ke-7 ni akak nak Dina sendiri yang tolong nilaikan. Thihihi sila jangan marah..

8. Korang suka buka facebook atau blog atau ape-ape je laman sosial ?
~Suka sangat-sangat tapi tu dululah. Sekarang lebih fokus kat blog je.

9. Apa pendapat korang tentang perangai dina ? (mohon cucur ehh jujur)
~Dina baik! Ni jawapan akak yang bubur ehh jujur. Jawapan selanjutnya sama macam kat no.3. :)

10. Korang pernah ade kawan baik ? Cerita serba sedikit pasal dia ye .
~Masa sekolah rendah ada 2 orang, masa sekolah menengah ada seorang. Tapi yang bertahan sampai sekarang masa sekolah menengah je. Beliau sangatlah baik, tak pernah tak melawat bila tiap kali masuk wad.. (sambil pasang lagu Brothers - Teman Sejati, huhu..)

11. Pengalaman yang paaaaling korang tak boleh lupakan adalahhhh ?
~Banyak jugak antaranya masa rumah jiran terbakar yang kebetulan waktu tu kaki dua-dua berbalut, doktor pakar belanja kek harijadi dan sambut ramai-ramai kat wad, Ada kesilapan masa pembedahan, bila bangun melalak je kerjanya. Lagi satu rasa sakit kat lutut pastu bila tengok rupa-rupanya besi dah ada kat luar lutut, 2 bulan kemudian baru betulkan balik.
(maaf jika jawapan ini berunsur 18SG) :D

11 Soalan Cepumas dari Dayang Deno, jeng jeng jengggg..

1. tujuan anda berblogging
~Tujuan asal nak kenalkan dan sebarkan pada masyarakat tentang penyakit Osteogenesis Imperfecta di Malaysia.


2. kenangan manis dalam berblogging
~Bila menang segmen/GA dan dapat kenal kawan-kawan yang sekepala. Hehe..


3. kenangan pahit dalam berblogging *ada atau tak ada? kalau ada, nyatakan
~So far Alhamdulillah takde.. :)

4. subjek paling diminati zaman sekolah
~Masa sekolah rendah Pendidikan Seni walaupun tak pernah dapat A, haha.. masa sekolah menengah pulak suka sangat kat Sivik dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Nampak tak semua subjek yang diminati adalah subjek yang takkan masuk dalam peperiksaan besar? :D

5. subjek kurang diminati zaman sekolah *jika ada nyatakan kenapa.. hehe
~Matematik. Antara subjek yang membuatkan diri ni rasa nak menangis ketika belajar. Huhu maklumlah bukan budak pandai..

6. pernah kena denda tak zaman sekolah?
~Tak pernah sebab cikgu tak sampai hati :p

7. suka lagu apa?
~Buat masa ni The Promised Flag - Galneryus dengan Gekkouka - Janne Da Arc.

8. artis yang diminati?
~Ni sebahagian je tau: Celine Dion, Mago de Oz, Avenged Sevenfold, Scorpions, Black, Azlan and The Typewitter, Masatoshi Ono, Yasunori Hayashi, Zamani, Melly Goeslaw, Daniel Henney. Semua tu stok suara yang nyaring dan merdu kecuali Daniel Henney. *sibuk je Daniel ni* :p

9. suka  filem apa?
~Bukan kaki movie jadi cuma suka Hantu Kak Limah Balik Rumah je kot. Hehe..

10. apakah desert kegemaran anda?
~Mostly makanan yang berasaskan keju macam cheesecake, cheese tart, tiramisu etc..

11. pendapat anda tentang dayangdeno *jujur tau..:)
~Kak Deno kuat dan tabah! Kalau iha yang ada kat tempat akak, mau meroyan 48jam tanpa henti. Kak Deno antara idola iha sekarang.. plus Kak Deno comel :)

11 Soalan Comel macam Kucing dari Qeela Aini ^_^

1. Ape makanan favourite korg?
~Lebih kepada western food (tadi dengan Dina jawab lain) haha.. :D

2. Binatang yg plg geli / takot / fobia?? Hahaa
~LIPAS! Dengar nama 'lipas' tu pun kita rasa macam nak jumpa bomoh Siam dan suruh bomoh Siam santau itu lipas. Senang cakap semua jenis serangga kita geli/takut/fobia. Tskk~
P/s: Lipas tu menatang ke? Bukan serangga?

3. Ade wishlist yg dah tercapai?
~Alhamdulillah ada. Antaranya belajar duduk, belajar uruskan diri sendiri, belajar buat blog tanpa bantuan sesiapa dan jadi penulis walaupun masih amatur.

4. Movie paling scary / gile yg korg penah tgk?
~Scary Movie, hahahaha.. yang sebetulnya Final Destination. Seram meh -_-"

5. Perkare yg plg senang buat korang menyampah / tak suke / sakit ati?~Orang yang banyak membebel (err banyak songeh la senang cakap), asyik soal benda yang sama berulang-ulang kali dan orang yang cepat merajuk.

6. Boyfriend / Girlfriend / Wife / Hubby or kawan, sape lg utame? Mueheheee
~Kawan sahaja. Kalau dah kahwin nanti baru utamakan hubby. Tapi sekarang utamakan family dulu :)

7. Suke speaking / org yg berspeaking tak?
~Suka speaking satu dua patah perkataan je. Tak kisah orang tu nak cakap bahasa apa sekalipun, asalkan boleh faham. Kalau nak cakap bahasa Urdu pun patik tak kisah :D

8. Comment / any cadangan korg terhadap blog Qeela nh?
~Blog akak sweet dan comel sebab ada banyak kucing, hehe..

9. Kalau tgh free korg suke buat ape?
~Korek hidung. Ehh bukan-bukan, bukak SoundCloud, susun jadual untuk keesokan harinya, main game dan suka belajar sesuatu yang baru. Err yang pasti semua perkara itu terpaksa dibatalkan jika tertidur.

10. Korg suke or takot or takde perasaan kt kucing?
~Biasa-biasa je. Suka tengok kucing tapi tak pandai dan tak boleh sentuh. T_T

11. State 1 keunikan korg :)
~I can read your mind. (gelak jahat) >:)

Fuh fuh fuh, tamat jugak akhirnya. KALAU ADA yang nak tanya lagi, Insya Allah aku akan jawab tapi tunggu Isnin depan la pulak ek. Bahaya kalau jawab dalam masa terdekat, boleh sembelit. :P


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
7 Comments

7 comments:

  1. Hehe cuteeee sangatt :) thanks tau sudi jwb and sporting melayan si tukang tag neh. heheheee :)

    ReplyDelete
  2. Akak minat giler matematik..eh mcm mana ni.. terbalik pulak kita..

    ReplyDelete
  3. hehehehhe wahh ada jugak persamaaan nie :)

    ReplyDelete
  4. panjang tul ... mmg sah si iha ni suka bercakap ... heheheee

    ReplyDelete
  5. jawapan pertama akak kat soalan dina pon dah buat dina tersembur air liur menahan gelak . bhahaha ! monyet ehh .. takpe2 satu hari nanti pasti ade haha xD (k gurau jangan la nanges pliss) <-- aik!?

    ehem-ehem akakkkk~~~ nak cakap samting nihh ~~ . Gile nganga tauu tengok jawapan nombor 3 tuu . Nanges I dibuatnye . (lap hingus) . Hua huaaa! (macam serius tapi last2 keluar pasal hingus lak T__T)

    syoknye ade kawan baik yang setia waktu susah senang (mood sedih jap) . Dina takdee~ waktu seronok je ramai . Waktu keluar air mata , sedih, keluar hingus hijau,semua taknak layan . (luah perasaan kat akak pulak kihkihh)

    If you don't mind ahkakk . nak tell samting lagii . Kite ade keunikan yang same . Ahakkss (perasannn) . Sila jangan tampar saya :pp

    ReplyDelete
  6. wah marathon jawab soalan....hehe nasib jawapan tak perlu ikut skema permakahan... :P

    PS: dari mana lu dgr cerita tu? ni semua fitnah yg mempunyai agenda politik jahat semata2...kihkihkih

    ReplyDelete
  7. hehe.. iha tolong jawabkan soalan yang blogger tag utk kita boleh tak? kita guna kuasa telepati..nanti kita bagi tahu jawpannya apa.. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017