Latest!

Lifes: Cikgu Paling Baik - Bahagian 1

Assalamualaikum..

Iklan tak berbayar: Entri ini agak panjang. Ini entri penghargaan buat bekas guru-guru aku.


~Teringat masa dulu, setiap murid dalam kelas semuanya kena ikut rentak, nada, dan lenggok suara ketua darjah bila bagi ucapan pada cikgu. Kalau ketua kelas tu ada masalah sakit tekak dan tak boleh jerit kuat-kuat pun, dijamin murid-murid akan tiru suara macam tu.

~Teringat masa dulu, kalau cikgu marah sebab murid-murid bising ketika cikgu sedang mengajar, semua terdiam kejap. Tapi mesti tak sampai 10 minit kelas jadi macam pasar borong balik.

~Teringat masa dulu, kalau cikgu panggil nama kita dan tanya soalan, mesti hampir kesemua murid dalam kelas akan pandang kita. Waktu tu rasa rimas sangat, macam nak cakar muka sorang-sorang.

~Teringat masa dulu, bila kerja sekolah tak siap je, alasan paling 'basi' sekali ialah buku tertinggal kat rumah ataupun hilang entah kemana.

~Teringat masa dulu, waktu paling seronok sekali bila cikgu tak dapat mengajar lepas tu ada cikgu ganti masuk kelas. Cikgu ganti pulak akan cakap: "Buat kerja masing-masing."

Banyak betul perkataan "teringat masa dulu", ayat macam nak mintak pelempang sedas dua je aku ni kan. Tapi lagi kita ingat, lagi sebak pulak. Entri ni aku hasilkan sempena Hari Guru esok.

Aku ada banyak pengalaman masa zaman sekolah dulu-dulu (ayat macam dah 10 tahun je tinggalkan dunia sekolah, eheh). Pergi sekolah ni bukan setakat belajar BM, BI, PJ dan yang sewaktu dengannya je, tapi sekolah antara 'tempat terawal' yang mengajar kita erti persahabatan, menghormati orang yang lebih tua, macam mana nak kumpul duit, cara disiplinkan diri, dan perkara-perkara yang mengajar nilai kehidupan.

Macam yang pernah aku ceritakan sebelum ni, masa sekolah rendah dulu aku pakai katil untuk belajar dalam kelas. Belajar dalam keadaan baring. Sejak darjah 1 lagi aku dah didedahkan dengan ragam manusia. Ada cikgu yang sentiasa beri sokongan, ada cikgu yang tak tahu nak buat apa bila nampak aku, ada jugak yang tak suka aku, ada cikgu yang nak jadikan aku anak angkat. Hehe bila fikir balik, kalau takde pengalaman macam ni mesti hidup tak adventure kan.

Masa darjah 1 sampai 6, Alhamdulillah aku sentiasa dipertemukan dengan cikgu yang baik-baik. Ramai cikgu yang dengan rela hati ingin membantu aku dalam bentuk pelajaran, kewangan mahupun kebajikan. Mana boleh aku lupa masa aku tak reti baca jawi, masa aku tak reti mengaji, darjah 5 masih pegang buku Pendidikan Jawi darjah 1, darjah 6 Ustazah Hapisah cuba bukak kelas Iqra'. Ya aku ingat lagi jasa baik ustazah itu. Ustazah taknak aku tulis sebarang ayat Al-Quran dalam tulisan rumi, Alhamdulillah hanya mengambil masa 3 bulan sahaja untuk aku khatam Iqra' dan baca ayat-ayat suci Al-Quran dengan lancar..
jazakallahu khairan kasira ya ustazah.. :')


Aku ingat lagi, cikgu Raizuddin (kalau tak silap ejaan nama) sangat-sangat bersabar semasa mengajar aku. Dulu aku tak boleh tulis laju-laju, tangan cepat lenguh dan terpaksa pinjam buku dari kawan untuk salin balik. Tapi cikgu Raizuddin berdiri kat tepi katil aku sambil baca balik satu-persatu nota yang tertinggal. Tu belum lagi cikgu TERtumpahkan air kotak perisa coklat kat atas katil aku. Sambil cikgu bacakan dia siap cuci cadar lagi. Haha, bila teringat balik rasa bersalah sangat, dengan cikgu pun aku nak buli. Tapi setahun kemudian, aku dengar cerita cikgu Raizuddin sakit. Tapi aku tak tahu sejauh mana kesahihannya. Sayang sangat lost contact macam tu je..

Oh ada lagi, namanya cikgu Norhayati Jaafar. Cikgu pertama paling baik dengan aku. Antara cikgu yang sporting biarkan aku makan masa tengah belajar, hehe. Darjah 1 dulu aku ni jenis cepat lapar walaupun kurus macam alien, tak boleh tunggu waktu rehat. Cikgu Norhayati selalu belanja aku makan, aku bagi cikgu duit belanja sekolah sebab rasa bersalah, tapi cikgu taknak. Masa hujan lebat, cikgu akan jauhkan katil aku dari tepi tingkap ke tengah-tengah kelas. Hehe kesian kawan-kawan aku yang lain terpaksa angkat meja kerusi masing-masing. Rasa sayu je bila teringat balik betapa susah payahnya cikgu tarik katil aku yang takde roda.

Cikgu Nor Fatimah Binti Yahya, cikgu yang paaaaaaling rapat dengan aku. Rapatnya kitorang lebih dari hubungan cikgu dan anak murid. Berkongsi makanan, bersuap, bergosip, macam-macam lagilah, hihi. Dalam banyak-banyak cikgu, aku paling teringin nak jumpa cikgu Fatimah balik, dah 7 tahun tak jumpa. Aku pernah update status kat FB tentang surat terakhir yang aku dapat. Baca sini. Err pada yang geng hati kaca macam aku ni, sila jangan menangis bila membacanya. Aku takkan bertanggungjawab kalau korang menangis. :p


Cikgu Musliha, guru subjek Muzik yang sangat menghormati aku. Walaupun aku dulu tak pandai nak lap hingus sendiri (budak hingusan), tapi cikgu Musliha layan aku macam orang dewasa. Datang kat katil aku dan mengadu perangai kawan-kawan aku. Cikgu Musliha sentiasa puji aku kat depan kawan-kawan. Taktau pasal apa. Padahal aku kan buta not muzik, serius takde kelebihan langsung kot aku waktu tu. Antara cikgu kesayangan aku jugak ni :)

Cikgu Siti Aminah pula seorang guru yang sentiasa kata aku pandai, sedangkan aku cuma budak 'cepat belajar' je, bila exam, result hampeh jugak. Aku taknak cakap panjang pasal cikgu Aminah sebab beliau telah kembali ke rahmatullah pada hujung tahun lepas. Aku takut 'TERpotong bawang' malam-malam macam ni sebab ia satu kehilangan yang besar bagi aku. Al-Fatihah buat Allahyarhamah..

Tuan Haji Mohd Yusof bin Md Nor atau panggilan aku terhadap beliau ialah Ustaz Yusof. Ustaz memang seorang yang baik dan paling banyak berkorban untuk aku. Ustaz tak pernah sindir aku tak pakai tudung dulu (zaman aku jadi budak liar). Ustaz la satu-satunya guru yang berkeras adakan kelas aras bawah untuk aku mudah belajar. Walaupun ada seorang dua cikgu tak puas hati dengan aku, tapi Alhamdulillah.. berkat pengorbanan ustaz, aku berjaya tamatkan pelajaran sehingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs.


Dan yang terakhir sekali, aku teringat masa dapat keputusan UPSR, guru besar Pn. Shamsiah peluk aku. Katanya semoga aku dapat sekolah yang lebih bagus dan cikgu yang lebih baik dari mereka. Kata-katanya begitu bersemangat sekali. Aku yang masih mentah masa tu rasa tersentuh sangat. Nasib baik dapat tahan menangis. Setahun kemudian, Guru Besar juga dijemput Ilahi.. terus terang cakap, memang susah nak cari cikgu sebaik arwah. Al-Fatihah..

Serius kan entri aku kali ni? Sekali sekala. :) Entri tentang hari guru tak habis sampai sini je, esok aku nak buat sambungan. Sebab ada ramai lagi guru-guru yang aku tak sebut.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
7 Comments

7 comments:

  1. Waaaaaa...serius suka sangat2 baca setiap entry iha ni. Selamat hari guru buat semua cikgu guru ustaz ustazah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kamu masih boleh ingat akan cikgu2 kamu.Xdapat bayangkan kalau mereka ni semua tiada.. apa yg akan terjadi pada kita..

    ReplyDelete
  3. sedihnya..ingatlagi ya nama2 beliau semuaa..akak tak teringat semua..wuhuuu..

    jadi cikgu bukan setakat kita kena sampaikan ilmu..kena buat amal juga.. al-fatihah ya utk cikgu Shamsiah

    ReplyDelete
  4. wahhh mmg ramai betul cikgu2 yg terlibat dalam entri ni....selamat hari guru kpd diorg.....

    ReplyDelete
  5. serious,kdg² bila terkenang balik cikgu² yg rapat dgn kita rs rindu pulak kt depa..jarak & masa yg memisahkan kita dgn cikgu²..apa pun they are the best teacher!

    ReplyDelete
  6. hehe..banyak jg teringat tu Iha..

    dah lama tinggalkan zmn sekolah ada yg dah lupa nama..tp Iha ingat nama2 cikgu Iha..:)

    ReplyDelete
  7. serius sedih entri ni . baguslah kalau akak ade banyak kenangan manis . takmo pahit-pahit .

    Dina cume tak puas hati kat cikgu yang benci akak . Kenape la mesti ade yang macamtu kat dunia ni . Tak berperikemanusiaan ke ? Huhuuu tengah geram membara ... Mengapaaaaaaaaaaaaaaaaaa . (k cukup)

    Akak , sakit pon ade beruntungnye jugak . Akak dikasihi ramai :')

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017