­
­
Lifes: You're My Inspiration :) - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Lifes: You're My Inspiration :)

By iha - 5/14/2013 02:26:00 PM

Assalamualaikum..

Nama tajuk diatas merujuk pada seorang wanita yang amat aku kagumi akan ketabahannya (baru intro dah jiwang ayat aku). Eheh takdelah. Aku cuma nak buat entri santai je ni, malas nak buat ayat berat-berat. Nanti korang tak gelak pulak kan kalau aku serius.


Sebenarnya aku nak kenalkan korang kat seorang hamba Allah ni, Aku mula berkawan dengan dia masa 12 Mei 2012. Entah la taktau kenapa, instinct aku suruh add dia jugak dekat FB. Oh sebelum tu lagi aku dah kenal dia. Tapi cuma skodeng anak dara orang dari jauh macam tu je la.. hehe..

Dia baik, elok je bait-bait ayat yang dia taip. Kalau aku memang tak la.. korang sendiri pun boleh nilai gaya penulisan aku macam mana kan. Sungguh exotic.. :D

Dia seorang yang tabah, penyakit yang dihidapi tidak menghalang dirinya untuk terus melangkah ke hadapan. Bukan setakat tabah dari segi penyakit je, tapi seorang yang cukup kuat untuk melawan kata-kata fitnah dari orang sekeliling.

Aku ingat lagi masa dia kena tuduh bukan-bukan. Dia seorang yang cukup sabar. Ikutkan aku nak balas kasar dah kat orang yang suka suki suku sakat fitnah akak kesayangan aku ni. Tapi dia tak bagi, dia suruh aku doakan baik-baik pada orang yang benci kita. Aku banyak belajar bersabar dari dia. Berbeza dengan perangai aku masa sekolah dulu, pernah baling tupperware kat kepala kawan lelaki.


Dia juga seorang yang pandai berpuisi. Setiap puisi yang dinukilkan memang osem. Aku surrender la bab-bab macam ni. Langsung tak reti. Ada satu perkara yang aku rasa ralat sikit, aku tak sempat nak ambik puisi yang dia pernah bagi kat aku dulu. FB dia dah ditutup atas sebab-sebab tertentu. Akak, boleh buat puisi yang baru tak? *sambil buat muka tembok + buat muka nak mintak penumbuk* :D

Pengalaman yang paling menyedihkan antara kami, saat berita penyebaran bahawa dia telah 'tiada' akibat penyakit yang dihidapi. Tak tidur malam aku sebab menangis tak henti-henti (bukan senang nak potong bawang lama-lama macam tu).


Dah la kena fitnah, lepas tu bila dapat tau yang dia masih ada, semua kawan-kawan sibuk maki hamun dia. Kesian sangat.. mana yang dapat aku betulkan, aku cuba jernihkan keadaan antara kawan aku dan kawan dia. Tapi sampai sekarang aku taktau siapa yang ngada-ngada sebarkan berita palsu macam tu. Kalau aku jumpa orang tu, aku bakar bulu hidung dia (maaf, tak serius pulak).

Sejak dari kes tu, kalau boleh aku taknak abaikan lagi persahabatan ni. Selagi ada peluang dan ruang aku cuba hargai baik-baik. Tu pun baru-baru ni aku sibuk sangat sampai tak sempat nak bukak Whatsapp. Dia selalu wasep aku tapi aku selalu lambat balas. Huhu, sorry kak..

Dia yang dimaksudkan adalah Nur Auni, bukan nama sebenar tapi tuan punya badan selesa dengan nama tu. Akak, selamat ulangtahun yang pertama buat perkenalan kita. Sekejap je dah setahun kan? Yang best kita boleh kenal masa adik siapkan kad hari ibu tu. Ingat lagi tak?

Ahaks~ xD

Akak suruh upload gambar kad tu kat FB, malam tu lepas siap jahit kad hari ibu, adik terus tangkap gambar. Esoknya bila mak dah tanggalkan benang kat kad, gambar dalam telefon terus hilang. Lepas minta maaf kat akak entah tiba-tiba je kita jadi kawan rapat. Mungkin ada jodoh kot xD

Rasa macam baru je lagi kita main tukar-tukar lagu pebret, padahal dah dekat setahun. Rasa macam baru je lagi kita sedih sama-sama disebabkan orang yang sama, padahal sebelum bulan puasa tahun lepas lagi. Semoga akak terus kuat untuk melawan penyakit akak. Kalau pergi Jepun lagi jangan lupa bagitau adik. Sampai hati tak ajak adik tau.. :p

:P


Adik sayang akak! :)

  • Share:

You Might Also Like

11 Geng Banyak Bebel

  1. entry ni sangat manis iha sayang.. :') heee...

    ReplyDelete
  2. ya Allah tabahnyaaa dia.. memang mulia sifat bff sis tu... ena pun kalau kena maki, kne fitnah, memang hilang dah bajet lembut ena ni.. muehehehehhee

    ReplyDelete
  3. moga hubungan trus kekal selamanya ... bkn mudah nak cari kawan yg faham kita

    ReplyDelete
  4. semoga nur auni happy2 selalu...hehe....

    ReplyDelete
  5. semoga persahabatan kalian kekal hingga ke syurgaNya :)

    ReplyDelete
  6. Waah.. seronoknya ada kakak. Adik beradik saya semua lelaki jadi kat rumah tu riuh je lah dengan berkelahi. haha. Semoga hubungan iha dgn kakak tu kekal.. :-)

    ReplyDelete
  7. Itulah bahana fitnah..memang menyakitkan hati.. Kesian kawan dik Ihaa tu..

    ReplyDelete
  8. org² yang tabah...difitnah lagi..semoga hubungan yg dibina berkekalan ye dik..truly friendship:)

    ReplyDelete
  9. sweet entry... yup...biar orang tu benci ker, cakap yang bukan2 ke, fitnah yang bukan2 ker...kita diam jer...x perlu nak kata apa2... Allah lebih tahu segalanya... cuma perlu diam, sabar dan tenang...doakan yang baik2 buat dia walaupun dia x doakan yang baik buat kita... Allah tu adil...

    ReplyDelete
  10. izinkan dina menangis ketika membaca entri ni . Huaaaa ! sungguh tragis la kisah akak tu dan akak ni .

    Ayat dia exotic ? Waaa (tabik jap) . Dina punye ayat dah la tunggang terbalik . Siap accident lagi tu merempit je keje . (eh ehhhh !).

    Jahat gile la orang yang fitnah tu . Orang sakit pon nak fitnah . Tak puas hidup agaknye . Nak rase kene rendam dalam air mendidih kott . Biar buat gulaiiiiii (sambil mata terbeliak tanda kejam) . Bukan setakat terbakar bulu hidung, bulu ketiak, mata , kening, bulu kaki pon hangus hangit terrrbaraiii . biar tau rasa !!! (hehehe) .



    ReplyDelete
  11. susah nak cari kawan susah senang bersama.. :)
    sangat la sweet korang nie.. harap hubungan korang berkekalan ya..dan moga2 korang berdua sihat sejahtera n dijauhkan dr orang2 yang zalim..

    siapa la berani2 buat fitnah mcm tu kan..mmg mnyusahkan

    ReplyDelete