Latest!

Lifes: Penjelasan Entri Bergambar Cincin

Assalamualaikum..

Masih ingat entri Wordless Wednesday 10 semalam? Alaa gambar ngada-ngada aku tunjuk cincin tu. Haa meh sini aku jelaskan kenapa dan mengapa aku tunjuk.

Euww sangat ngada-ngada aku letak frame love bagai. :P

Siapa yang beri cincin ni? - Mak aku. Bukan mak orang lain. Puan Haliza sendiri yang bagi. Kisahnya bulan Mac lepas aku duduk sebelah mak. Saja je aku gedik pakai cincin mak. Maklum la aku tak berapa minat pakai barang kemas. Lepas sarungkan seminit dua terus nak pulangkan balik. Sekali mak suruh pakai, katanya cincin tu sesuai dengan jari aku. Sebelum ni aku ada try cincin semua orang yang agak rapat tapi semuanya longgar. Cincin ni je yang ngam.

Mak kata barang kemas bukan untuk disimpan, aku pun pakai je la cincin ni sampai semalam. Kelmarin abah baru perasan aku pakai cincin pemberian beliau kat mak. Abah pun kata sesuai dengan jari aku. Aku pun iyakan je la sebab aku tak rasa lawa pun. Mak pakai lagi cun. Taknak bagi mak baca la entri ni, nanti beliau bangga tak terhingga dengan pujian aku, haha..

Lagipun terus-terang cakap, bila pakai ni rasa 'selamat' je. Saja nak kasi orang sekeliling a.k.a kenalan dulu-dulu tanda-tanya dengan status aku sekarang. Bila tunjuk cincin ni baru orang diam. Kalau diorang tanya baru aku pulak yang diam :D

Jadi tak payah la fikir aku ni dah bertunang ke apa. Takkan la tergamak aku nak tunang senyap-senyap kot. Korang kawan-kawan aku kena tahu kalau aku ada seseorang. Aku takkan rahsiakan. Heh tapi bukan sekarang la, soal cintan-cintun ni jatuh kat nombor sejuta empat belas dalam hidup aku. Haha nampak tak betapa tak pentingnya.

Banyak lagi yang aku kena kejar dalam hidup, kejar cita-cita dulu sebelum kejar cinta. Tapi kalau masih ada diluar sana yang menyingle tu meh la kita berkenal-kenalan. Dari korang hantar mesej ON CINTA untuk cari pasangan baik berkenalan dengan aku terus :P


Ehh cerita belum habis lagi. Ekceli cincin tu terpaksa ditanggalkan semalam akibat berlaku satu kejadian yang tak diingini. Pagi semalam masa bilik gelap aku nyaris-nyaris nak terjatuh ke lantai sebab masih mamai. So aku tahan pakai tangan, disebabkan aku lupa yang aku ni 'terlebih kuat', jari manis ni tertarik ke belakang dan tulang berbunyi kuat. Terus segar mata aku. Kalau dah patah tu sakitnya tak payah cakap la.

Kamera kabur pulak. Boleh nampak ke kesan lebam kat bawah jari manis tu?

Jari makin bengkak, aku dah rehatkan elok-elok pun tangan ni makin biru. Tapi aku taknak give up. Aku tetap cuba buat macam kaedah hospital buat dulu. Kalau bawak pergi hospital pun tak boleh buat apa-apa. Doktor tak bagi usik. Jari pun dah ada tanda-tanda tak dapat nak bergerak. Jadi aku harap korang faham la kenapa blog korang aku cuma tinggalkan 1 komen je. Hantu Komen jatuh sakit la, hahaha..

#Saat ini saya terharu dengan pengorbanan kembar saya. Beliau tolong kemaskan bilik saya, beliau tolong sikatkan rambut tak terurus saya dan beliau tolong masakkan bubur untuk saya (dah 4 hari gusi bengkak). Thanks Mak Lija (nama gelaran yang boleh buat gaduh) :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
15 Comments

15 comments:

  1. hehehe . akak ni buat suspen sebab tu orang ingat akak nak bertunang .

    nampak sangat lebam tu akak . Nanti jangan mamai mamai lagi tauu . Nanti jadi lagi teruk pulak errr Nauzubillahh .

    cepat sembuh ye jari manis akak tu . biar kekalkan kemanisan jari itu (merepek ape ni) . hehe sori ye akak . dina bukan nak paksa akak BOM blog dina . tau tauuu . sorry ehhhh (buat muka kucing takde misai) :DDD

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh ye iha
    cantik cincin tu

    ReplyDelete
  3. assalam,

    kesiannya...harap2 cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. terjawab jugak persoalan yg membelenggu..hihi..ala² jatuh ye...aduhai dik...careful tau..apa pun hope jari tu baik cpt ok...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, smpi centu skali iha?
    Kesiannyaaa. Iha hati2 yaaa.
    Kesiannya, sama mcm ummi akak, hari tu smpi jatuh tangga, bgkak kepala, tp alhamdulillah, semakin baik in shaa Allah. Jaga br kemas baik2, jaga diri juga baik2 =)

    ReplyDelete
  6. inshaa allah , jari tu akan cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  7. alah wat suspen je...hehehe...

    PS: mmg nampak lebam kat bawah jari tu...

    ReplyDelete
  8. heee... ingtkan cincin tunang xD hek3....

    ReplyDelete
  9. Patut juga sepi dik..semoga cepat sembuh ye sayang :)

    ReplyDelete
  10. eheks. Ingat dah bertunang la ritu. Buat debor je. Apepun, semoga cepat sembuh ye. Tak mengapa, kami bloggers faham. =D

    ReplyDelete
  11. akhirnye terjawab.. semoga iha sehat sokmo dan dapat jjalani hari hari yang indah :)

    ReplyDelete
  12. akk pun tak suka pakai barang kemas, cincin lagilah tak suka, susah nak buat kerja,

    jaga diri baik2 je Iha

    ReplyDelete
  13. nampak lebam tu..sakitnya tu Iha..
    tabik dgn Iha yg kuat semangat..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah Iha..mesti sakit kn...alala.. cian dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017