Latest!

Lifes: Mak + Aku = Kembar Tak Sama Umur

Assalamualaikum..

Semalam aku cakap aku sibuk kan, tak sempat blogwalking sangat kan, takde masa kan, tapi aku baru ingat esok hari ibu. Yes, buat julung kalinya aku terlupa. Oh sebelum aku teruskan entri ni, aku nak jelaskan serba sedikit mengenai Hari Ibu. Semua orang kena faham, hari ibu yang HARAM kita sambut adalah bukan HARI IBU (hari untuk mak kita), tapi MOTHER'S DAY.

Perasan tak perbezaannya? Dulu masa kecik aku suka panggil mak mother dan akak sister, sekali mak tegur jangan panggil macam tu. Seolah-olah aku panggil biarawati. Maklumlah beliau belajar kat Canossian Convent dulu. Yang haram bila kita sambut hari "Mother" mereka. Memang betul hari-hari adalah hari ibu, tapi apa salahnya kalau kita anggap hari istimewa tu sebagai reminder untuk kita mengingati insan yang kita sayang kan? :)

Ni aku nak warning korang awal-awal, entri ni memang panjang. Kalau tak sanggup baca jangan baca, tapi kalau tak keberatan aku nak paksa korang untuk baca jugak, lalala~

Untuk pengetahuan korang, hubungan aku dengan mak memang rapat, serius! Korang jangan terkejut kalau aku cakap yang mak aku kenal korang semua. Especially yang selalu singgah ke blog aku. Aku akan kenalkan, ceritakan dan tunjukkan blog korang kat mak.

Buat masa ni blog yang dapat pujian dari mak ialah kak +Farah Waheda Wahid. Mak suka tengok kumbang tu, hehe. Blog bro +Hatimi Tahirruddin pulak beliau suka tengok emoticons, mak kenal kak +Mieza Jhaa K, siap tanya siapa nama Mr. K tu.. huahua jawab jangan tak jawab kak. Incik +Amirul Ramli pun beliau kenal, kak +Mar Haini Abdul Rahim tak payah cakap la, TERLEBIH KENAL! Haha.. +miz ruha+Seneorita Baharin , +sha dhira+Nur Irdina, +Nina MaslizzaNick NashramDayang Deno, +boni kacak , +Aku Penghibur , +MaMa Rey , +Hanny Abdullah+Ayie Abas  dan baaaaaaaaanyak lagi kot yang aku dah kenalkan pada mak. Mata aku dah juling tak sekata masa nak mention nama ni. @_@

Kitorang ni even jarak 3 dekad, tapi rapatnya kitorang macam jarak 3 bulan je hoccay. Makan minum selalu kongsi, kitorang dah tak boleh habiskan air segelas atau secawan. Perut ni boleh isi separuh-separuh je. Jadi apa yang mak aku makan, aku makan. Apa yang mak aku minum, aku pun minum. Kalau makan telur yang best, mak akan makan bahagian putih dan aku makan bahagian kuning. Aku tak suka yang putih dan mak tak suka yang kuning, seronok jugak la dapat satu bahagian je.


Kitorang sama-sama tak suka make up, biasalah selalunya anak ikut ibu dia. Macam aku dulu sempat jugak memberontak nak pakai lipstick + blusher bagai, tapi bila pakai rasa macam tak seronok langsung. Jadi aku lebih berjiwa natural dalam bab-bab kecantikan ni.

Mak suka dengar lagu alaf baru macam Aizat, Yuna, tak kisah la asalkan artis baru yang ada bakat besar dalam bidang muzik macam boleh cipta lagu sendiri. anak dia boleh cipta lagu tak minat ke? huwaaa TETAPI aku pulak suka dengar lagu-lagu lama. Lagi lama lagi minat macam Nat King Cole, Andy Williams, Neil Armstrong ehh Neil Sedaka, Frank Sinatra, dan lagu-lagu purba yang sewaktu dengannya. Sampaikan mak cakap, jangan-jangan kitorang tertukar badan. Mak orang zaman sekarang, aku pulak orang zaman dulu.. -_-" Tapi kitorang tetap menghormati citarasa masing-masing. Takdenya nak gaduh atau memperlekehkan minat masing-masing.

Ambik kat Google, comel je gambar ni :D

Dalam memberi sebarang pandangan, aku dengan mak susah nak bercanggah dalam sebuah perbincangan. Kadang-kadang (kadang-kadang ye), aku ataupun mak akan bersungguh-sungguh menyuarakan pendapat mengenai sesuatu topik dan salah seorang akan diam tanda menghormati setiap pandangan yang diberi. Susah kitorang nak bergaduh. Walaupun adakala mungkin kita rasa tak betul dan tak setuju, tapi tak semestinya kita kena lawan dan balas balik, better diam dari mengelakkan sebarang pergaduhan. Itu cara kitorang la..

Kitorang jugak bukan jenis suka keluar rumah dan shopping. Kitorang akan keluar kalau ada urusan tertentu sahaja. Ramai jiran yang bersimpati dengan kitorang, ada jugak yang tanya: "Hish tak bosan ke duduk terperap kat rumah je??" Mestilah tak! Sebab orang macam kitorang ni, macam tak cukup waktu je nak buat kerja dalam masa sehari, serius. Kalau takde kerja pun, akan cuba adakan kerja yang berfaedah. Tapi saaaangat-sangat jarang okey kitorang ada waktu lapang. Istilah "Bosannyew titew" langsung tak pernah wujud dalam diri masing-masing. Kitorang akan keluar jalan-jalan kalau semua orang dalam keluarga tak sibuk. Selalunya waktu raya je macam tu.

Mak seorang yang sporting. Percaya tak kalau aku cakap kitorang pernah duduk sekelas dan belajar sama-sama masa aku tingkatan dua dulu? Nanti aku ceritakan kisahnya, saja bagi korang suspen dulu. Apa yang pasti, waktu tu aku jeles sangat dengan mak sebab kawan-kawan sekelas semua seronok berkawan dengan mak je, dengan aku diorang jarang giler tegur.. haha makan masa jugak la aku nak buang perasaan jeles tu. Lama-lama baru aku pasrah redha :D


Mak dan aku sama-sama suka kartun, bapak segala kartun yang paling kitorang suka sekali mestilah Spongebob Squarepants sebab perangai kitorang lebih kurang macam watak-watak dalam kartun tu. Tapi bukan cerita Spongebob Squarepants je, Dragon Ball, Mirmo Zibang, Slam Dunk, Naruto, Chibi Maruko Chan, Yu-Gi Oh!, Digimon, Pokemon, Doraemon, Catdog, dan beribu-riban kartun lagi kitorang akan tengok sama-sama. Kalau diberi pilihan untuk tengok drama Melayu ke, Hindustan ke, Korea ke, kitorang memang akan pilih kartun dulu. Mak yang lebih ingat nama-nama kartun berbanding aku. Kadang-kadang tu mak ada marah kenapa aku tak download cerita kartun yang dia nak. Hihi.. that's why I love my mak a lot.

Aku selalu cakap, muka aku nampak banyak ikut mak. Tapi mak asyik nafikan. Pastu kan aku pun tahan gelak bila tiap kali jumpa orang luar, diorang cakap:

"Muka anak memang ikut betul-betul macam muka mak. Lagi-lagi mata tu,"

Macam ni kot muka aku gelak tak ingat dunia.

Mak adalah idola aku, mak seorang yang susah nak menangis. Aku selalu cuba belajar jadi insan sekuat mak tapi failed pulak. Mak pandai control airmata dia, aku boleh tahan sekejap je lepas tu buat-buat lap habuk. 11 kali aku masuk bilik pembedahan pun, mak cool je. Padahal selera makan mak langsung takde waktu tu, heheh..

Aku tak dapat bayangkan macam mana satu hari nanti kalau aku hidup tanpa mak. Mak, jangan pergi dulu tau.. biar orang yang pergi dulu okey? :D

Err aku dah blur taktau nak taip apa lagi.. rasanya dah teramat panjang ni. Kalau ada sambungan lagi, masa harijadi beliau nanti aku buat entri lain. So ada 1 permintaan aku nak mintak tolong dari korang semua. Tolong bagi satu ucapan hari ibu yang unik sikit boleh? Aku nak buat suprise untuk mak esok. Wiee~

Being a full-time mother is one of a highest salaried jobs... since the payment is pure love.
~Mildred B. Vermont



Source Images HERE

Selamat hari ibu buat semua wanita yang banyak berjasa kepada insan yang bernama anak....


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
26 Comments

26 comments:

  1. tnpa ibu bapa..ilang lah satu doa y akan dimkbulkan oleh Allah.. wahh!! rapat sgt2 iha ngn mama iha... :) sonok baca...heheh :) smga terus bhgia disamping ibu tersayang.. <3 mama

    ReplyDelete
  2. Wah, bestnya ada mak macam tu!

    ReplyDelete
  3. Lepas ni taklah ragu2 nak sambut hari ibu...

    ReplyDelete
  4. so sweet... twin.. hehe.. sis shad.. ooppss, no more sis-sis, kak shad dgn mak pun xsuka mekap.. hehe. sama.. betul laaa, mak selalu pandai control air mata.. boleh tak nak buat ucapan... Mak, You are my Hero.. Ops, nnti ayah marah pulak. hehe.
    dear adik kesayangan Iha, kita bertuah sebab masih ada mak disamping kita kan,, Alhamdulillah.. Kirim salam + peluk dari kak shad untuk mak Iha.. okkey. psstt, jgn jeles ye. lain kali kak shad peluk iha pulak. hehe. dah macam karangan pulak..

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu..hihi...:)

    ReplyDelete
  6. wahhh anak mak minat spongebob..ini ohsemm..hehe apa pun mak la org terdekat dgn kita..love my mum tooo!!>,<

    ReplyDelete
  7. Kirim salam kat mak ye hihi. :D

    ReplyDelete
  8. Yes name sy ada! Yeaay... hahaha.. Time kasih. Dan selamat hari ibu jugak. Nampaknya sy kena mula membalas budi ibu kembali. Sebab dah dewasa lah katekan. hehe..

    ReplyDelete
  9. waahhh akak ingat kena mention pasai apa laa.. hehe soo terharuu pasai jalija capslock TERLEBIH KENAL tu ! hahaha nk lari nyorok bawah tilam.. takut kantoiii slalu buli jalija :PPPP

    sweeeetnyeeeee... kalo jalija akak adore 1.5, mak iha akak adore 1.5 kuasa 2 :P *sila jgn jeles, kekekeke.. dik, nak wt ucpn tu kat komen ni ke kt mane ??? tlg respon ye, akak nk wt ucpn paling special :DD

    ReplyDelete
  10. aloo acik jugak aada :) wahh mak kamu beruntung dapat anak seperti iha.. tak pernah lupakan mak.. setiap perbezaan dan persamaan itu sebagai pelengkap kamu n ur mom

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    Tq Iha kenakan mamahanny pada Mak Iha (terharu sangat), MamaHanny je tak kenal mak Iha..huhuhu sedih(bilalah kita boleh kenal2 rapat kan kan). Beruntung Iha dapat mak mcm tu dan mak Iha pun beruntung dapat Iha..Selamat hari Ibu buat beliau ya..

    ReplyDelete
  12. selamat hari ibu kepada ibu sis ye... =D

    ReplyDelete
  13. wah....ingatkan wa kena tag utk segmen tadi....hehe untunglah lu sebab boleh berkembar-kembaran dgn mak....tu pun salah satu nikmat hidup jugak tu....

    untuk Pn Haliza: selamat menyambut hari ibu, semoga anak puan merangkap "kembar puan" itu tidak akan degil2 (hehehe) dan akan sentiasa menjadi anak yang solehah...semoga puan sekeluarga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  14. wah,,bukan stakat brkenalan dgn iha jer..skali2 dgn mak iha ;) kim salam kat mak..cakap selamat hari ibu.. by d way..muka akak pun sebijik dgn mak akak..

    ReplyDelete
  15. As-salam iha sayang..wah3 terharunya baca entry ni... :D so sweet lah ibu iha ni.. ^____________^

    Ucapan utk Ibu Iha~ Semoga aunty sihat2 selalu,panjang umur, dimurahkan rezeki, & happy2 sokmo bersama family tercinta...Selamat hari ibu, May Allah bless u aunty ;)

    ReplyDelete
  16. bila baca citer ni..Iha dan mak Iha mcm kembar la..bestnya.. byk keserasian..:)nak tunggu sambungan akan datang..:)dan jg lupa pic..

    tq ya Iha kenalkan MaMaRey pada mak Iha..Kim salam dgn mak Iha..selamat hari ibu untuk mak Iha..semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.:)

    ReplyDelete
  17. hahahaha.. lawak baca entri Iha ni.. part yg minum air satu cawan yg sama tu x sama, tp mkn telur tu sama.. mak teman x suka telur kuning.. dia mkn telur putih dan yg kuning 2 bg teman.. hihihi.. bab kua umah lak.. iha n mum x suka kua umah kan? mcm teman ni lak mak teman suka jea ajak teman kuo gi shopping brg kegemaran dia.. hihihi.. masing2 mcm2 pe'el mak kita yea iha.. heee...

    iha! akak nk tau apa nama gelaran iha kat umah cepattt! aha...

    ReplyDelete
  18. wah.. mak awak suka blog saya?hehehe.. kirim salam kat mak tau :)

    ReplyDelete
  19. alamak...segannya iha... kirim salam kat mak iha yer...cakap kak Farah kirim salam.. ^_^

    ReplyDelete
  20. Wahhh..
    Mak pun rajin baca blog ek..... =D
    Selamat hari ibu untuk mak kamu ye.. =D

    ReplyDelete
  21. Cik akak datang nak jemput Join GA cik akak...


    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

    ReplyDelete
  22. Terbaik!!! Best2,tersenum sensorg.^__^

    ReplyDelete
  23. Terbaik!!! Best2!! Tersenyum sorg2 bc cerita iha.^___^

    ReplyDelete
  24. hehe..bestnya mak Iha sporting.anak mak macam adik beradik..selamat hari emak yea.. :)

    ReplyDelete
  25. Cik akak datang nak jemput Join GA cik akak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017